Wednesday 31 December 2014

Niat yang tak kesampaian di tahun 2014

Sedar tak sedar....lagi beberapa jam lagi dah nak masuk tahun 2015...

Cepat betul masa berlalu....

Harapanku agar dapat menulis 100 entri dalam blog kesayangan pada tahun 2014 ini tak tercapai...huhu....  :(

Kesibukan mengatasi segalanya.....hmm ye ke...? Atau ketidakrajinan mengatasi segalanya...? Hahaha.....apa apa la zy...

Tapi apa apa pun aku dah cuba sedaya upaya aku untuk kekal aktif menulis blog pada 2014....... pencapaian yang agak membanggakan jugak...sebab berjaya menulis hampir 50 entri.....lebih lebih lagi sejak tukar handphone huawei   honor pada bulan Ogos lepas cabaran makin menjadi jadi untuk menulis blog melalui handphone...... Ya...!! Aku suka tulis blog guna handphone.....

Sejujurnya aku lebih suka menulis blog dari handphone samsung aku yang dulu.... keypad nya sangat nyaman digunakan... smooth dan tak ada halangan daripada auto type ni...... kalau ada pun sangat minima....

Tengok la ni...keypad huawei  honor ni...perkataan yang ntah hapa hapa yang keluar.....menguji kesabaran betul..!!



Ini yang buat aku nak kumpul duit beli iphone 6 ni.....hehehe....azam 2015

Just sharing..

Thursday 4 December 2014

Tips Jimat Melancong ke Perth

Duit bukannya ada banyak sangat pon...
Semakin kurang .....
Dah tak berkepuk-kepuk sangat semenjak ada komitment rumah ni....
Haru gak woooo...
Disebabkan aku beli rumah guna company loan....
Bila dapat gaji....gaji jadi ciput je ...sebab dah di potong awal2 ansuran rumah tu.....

Nangisss...... :'(


Tapi kegatalan tapak kaki nak mengembara tengok negara orang memang tak boleh hilang ....
Bajet ciput pon ciput la...
janji dapat jalan2.....

Oktober lepas ...ku berjaya bercuti ke Perth 5 hari 4 malam...All-in rm2000 total damage untuk aku..
Ikut perkiraan aku yang kurang pandai Matematik ni....
Rm2000 untuk percutian kali ni boleh dikategorikan sebagai percutian SANGAT jimat cermat...
almaklum la ye...duit Australia ni lagi besaaauuu dari duit kita....

Tips

1. Tiket flight - yang ni tak payah bagitau pun aku rasa ramai yg dah tahu.
Rajin-rajin la tengok harga flight tiket secara online...boleh gi kat direct webpage airline tu...atapun nak tengok kat skyscanner ke ..kayak ke ...farecompare pon ok...
Harga tiket MAS pergi & balik ku dapat dalam rm 1000 +- .

Jangan lupa juga ajak 2-3 orang kawan untuk join trip ....sebab ini juga dapat mengurangkan sedikit kos melalui kaedah sharing is caring....trip ke Perth ni kami pergi berempat..



2. Accomodation / tempat bermalam....kalau nak betul-betul berjimat cermat Perth memang ada banyak kemudahan untuk bermalam secara backpack yang berdekatan dengan  bandar...tapi kena perlu bersiap sedia la nak berkongsi bilik air, bilik mandi, tempat makan, tempat rehat, dapur dan juga tempat tidur dengan backpackers lain.

Kalau nak lagi berjimat, sila pilih tempat yang mempunyai khidmat bas ke bandar Perth  secara percuma contohnya  perkhidmatan Central Area Transport Service a.k.a CATs.... ada yellow, red, blue & green CATs...boleh refer sini http://www.transperth.wa.gov.au/Timetables/CAT-Timetables untuk jadual dan stesen bas CATS...

Selain CATs korang juga bleh pilih tempat bermalam di sekitar Free Transit Zone....rujuk sini http://www.transperth.wa.gov.au/Tickets-Fares/Free-Travel/Transit-Zones

Semasa di bandar Perth ku pilih tinggal di Malibu Apartment... ini bukan tempat backpackers ye...huhuhu... tak sanggup la nak kongsi mongsi ni. Malibu Apartment sangat reasonable harganya....dengan harga Aud 100 per night ku dapat satu unit studio apartment dengan dapur yang lengkap dengan peti ais, tempat masak, pinggan , mangkuk, kuali bagaii....ada mesin basuh juga ye...hehe..

Malibu Apartment ni juga berada dalam kawasan Free Transit Zone makanya aku boleh naik bas pergi ke bandar Perth secara percuma....suka kannn free free ni....hihi... tapi Malibu ni yang tak best nya tak dak Wifi jadi terpaksa la ku beli SIM card vodafone 1 GB data plan dgn harga AUD15 huhuhu

Malibu Apartment ni goreng pisang panas....selalu je fully book...huhu...tengok ni......bulan december 2014 almost everyday fully book...




3. Makanan....Silalah masak ye.....Makanan kat Perth ni standard kalau pi makan kat kedai paling koman pon Aud 10 per meal, kalau convert duit Malaysia mau nak dekat RM30....seingat aku la kan....x terjumpa pulak gerai-gerai kecik tepi tepi jalan macam gerai goreng char kuey teow kat Malaysia ni di Perth.....susah gak nak cari makan yang murah-murah...

MAKAnya ...dah alang-alang ada dapur kat bilik kami...memang fully utilize la dapur tu...

Untuk cari daging lembu atau ayam yang halal kat Perth....memang tak akan ada label halal pada bungkusan makanan tu.. apa yang boleh korang buat ialah check  jenama atau brand ayam atau daging tersebut sama ada ia termasuk dalam senarai kategori halal ke tak....sebab ada setengah jenama halal dan ada setengah jenama yang  tidak halal...tapi korang boleh check website ini untuk maklumat lanjut senarai jenama halal di Australia...mudah kan ....weeee http://www.halalsquare.com.au/groceries/index.php/frozen-food/poultry.html

tapi paling selamat beli je lah seafood ....atau jadi vegetarian kejap untuk beberapa hari...lagi murah dari beli  ayam atau daging..


4. Kemudahan pengangkutan.... kemudahan public transport memang tip top di kawasan bandar Perth... banyak juga kemudahan bas percuma seperti yang telah saya terangkan di point nombor dua di atas, ada juga perkhidmatan train di sediakan di Perth.

korang boleh rujuk webpage ini untuk rancang perjalanan anda di sekitar Perth dan juga pekan lain yang berdekatan...
http://www.transperth.wa.gov.au/Journey-Planner





Hanya di sekitar bandar Perth saja kemudahan pengangkutan awam sangat superb dengan adanya free CATs buses.... selain bandar Perth, pekhidmatan bas percuma CATs juga ada di Fremantle dan Joondalup.

Tapi di Swan Valley dan  jugak di tempat-tempat luar bandar yang lain, adalah di nasihatkan sewa jelah kereta ye... tapi sila la rancang agar dapat sewa kereta seminima hari yang boleh....minyak kat Perth mahal wooo...

Hari pertama kami di Perth  kami bermalam 1 malam di Swan Valley iaitu kawasan yang terkenal dengan wine region dan juga food region. Kami menyewa kereta selama 24 jam......haaa.....kalau memang plan nak sewa kete jangan lupa bawak GPS atau smartphone yg ada Waze tu ek....

Di sinilah terserlah kebaikan pergi bercuti bawak 2-3 orang kawan.....kita boleh tong-tong duit sewa kereta , minyak dan hotel...hehe....semua bajet dikira dengan bahagi 4...:)



5. Orang Malaysia yang mahu melancong ke Australia perlukan visa.... visa Australia adalah dalam bentuk electronic....banyak juga website-website yang menjalankan khidmat permohonan visa secara online .

Dan harga  yg perlu dibayar untuk buat visa Australia ni aku tengok tak sama rate...ada yang AUD 10...ada yang AUD 35 pon jugak... nasib baik la kawanku sorang tu ada member kerja dengan travel agency...maka nya kami hanya perlu bayar visa sebanyak Rm20 jer....soo sesapa ada kawan keje travel agency baiklah mintak tolong kawan tu buat visa ek....

Last but not least aku nak cete pasal kastam/imigresen Australia ni....mana yang depa suruh declare tu ..declare la dengan sejujurnya, sebab derang ni strict.....kalau tak declare tak pasal pasal kena denda Aud 50000 pulak karang.... dan mana mana yang ada bawak makanan yang berunsurkan daging...contoh nya rendang ayam Brahim ke...kari daging ayam brand yang dalam tin tu ke....sila lah jangan tanggalkan label dan ingredient pada kotak atau tin tu ekkk... karang depa ni banyak soal bila tak de label atau ingredient ni...

6. Tip yg terakhir dariku...shopping la berpada-pada.... kurang shopping itu konpem dijamin boleh berjimat cermat yang amat sangatttt...

Tapi boleh ker tak shopping..? Aku kalau berjalan aku suka beli t-shit yang ada tulis nama-nama tempat yang aku pergi.......kat Fremantle...ada satu kedai ni....antara kedai souvenier yang paling depan sekali di  Capuccino Strip..jual t-shirt Fremantle 5 helai AUD 20....tshirt2 tu dia sangkutkan jer di depan kedainya...aku pon apa lagi borong la tshirt tu...hehehhe...boleh la buat pakai dalam rumah...

Lagi satu kedai souvenier yang aku rasa berbaloi pergi ialah kedai-kedai kat area Murray Street  dan juga Hay Street...pendapat peribadi aku kedai souvenier dekat sini murah sikit dibandingkan dengan di Fremantle

Alamak......terpanjang pulak entrii....huhuuhu...meh kita belanja gambar sikit...













Just sharing....

Saturday 22 November 2014

Anggun Ayu Spa - promosi november & disember 2014






Huwaaaa..! Baru je sehari menjejak kaki kembali ke KL dari Melaka.....handphone ku terima  whatsapp mengenai promosi di Anggun Ayu Spa... Kalau ku tau pasal promo ni masa kat Melaka kan syiok...konpem pegi buat massage kat sini...
Pakej bali full body massage + lemon face refreshing rm90 tu sangat tempting hookkkehh..rasa  macam esok je nak balik Melaka semata-mata nak buat spa.










Just sharing....

Friday 21 November 2014

Kudap kudapan ~ nugget ikan homemade





Ini adalah kudapan favourite ku sejak dua  ni..daripada melihat gambar di atas tu, korang dah  rasa sedap tak fish nugget homemade ni?
Sedap....wa cakap lu...kalah fish manhattan dan fish & co.....

Belum cuba belum tau ye...

Meh saya bagi resepi....tu pun kalau nak la.

Bahan-bahan
1. Ikan  dory fillet frozen yang dibeli dari tesco.
2. Tepung goreng serbaguna adabi
3. Minyak untuk menggoreng.

Ini bahan basic....dah ada tiga bahan ini pun cukup. Tapi untuk jadikan lebih kick saya tambah serbuk lada hitam, serbuk lada putih, McCormick mixed herbs, sedikit tepung gandum , sedikit tepung jagung dan garam pada tepung goreng serbaguna  adabi tu kemudian digaul rata.

Tapi kalau korang nak improvise kaw kaw...boleh la tambah serbuk kari ke...rempah sup ke.........rempah briyani ke......opppss......lelebih plak.... jangan  lelebih sangat karang terlebih rasa rempah dari rasa ikan.

Cara masak.
1. Defrost ikan dory kemudian toskan airnya.
2. Perah sebiji limau nipis ke atas ikan dory.
3. Potong kecil ikan dory sesedap saiz.
4.  Salut dan gaul rata ikan dory dengan campuran tepung serbaguna adabi.
5. Goreng di dalam minyak yang cukup panas sehingga garing.

Siap...enak dimakan begitu saja.




Just sharing....

Thursday 20 November 2014

Ini kisahku ~ claim tune insure

Ni saya nak cerita..
Cerita pengajaran bagi saya..
Dalam hal hendak claim insurans...
Especially bab travel insurance ni...

Pernah juga saya claim insurans sebelum ni..
Pernah claim dari personal accident maybank.... tak de la serius mana accident tu...terpelecuk je...prosesnya senang...cuma bagi resit dan medical report serta isi borang claim...dalam masa sebulan dah dapat duit...tak banyak songeh pun.

Tapi.....
Baru-baru ni saya tak berapa sihat...
maknanya saya tak dapat travel naik flight  ni.....ada bisul yang agak besar tumbuh di tempat yang sensitif 3-4 hari  sebelum fly....
Saya rasa tak selesa la kan nak travel ..

Mula mula tu....selepas tak naik flight ... tak terfikir pula nak claim claim ni...sebab x pi jumpa doctor pun....
Selepas beberapa hari...Tetiba bisul tu pecah la pulak kan...berdarah...dan baru la terhegeh nak jumpa doktor...
Doktor picit picit nanah dan darah bagi keluar.....dah berlubang kecik kat situ bila dah habis darah dan nanah keluar...euww..

Selepas tu datang pulak idea nak claim / refund tiket flight yang saya tak dapat naik tu....maka saya bertanya doktor  untuk dapatkan medical letter mengenai penyakit saya ni yang menyebabkan saya tak naik flight....keesokannya medical letter tu siap....

Maka bermulanya cobaan saya untuk claim dari Tune Insurance...
Untuk pengetahuan kita boleh online claim...
Sangat mudah....


Website untuk online claim


Setelah key in no policy yang kita terima melalui email setelah kita purchase travel insurance melalui website Air Asia, online claim form akan dipaparkan. Semua dokumen yang  di kehendaki seperti medical letter &   booking itinerary boleh di upload dalam online claim
Hampir 2 bulan jugak baru ada response dari  Tune insurance ni....malangnya permohonan claim saya tak berjaya......dengan alasan tarikh medical letter tu selepas tarikh travel date saya . Sikit punya hal tak dapat claim?


Adoi.Adoi...sakit hati gak ok....

Sekarang ni saya tengah coba nak claim airport tax..yang dalam rm100 lebih jugak harganya. Tapi kali ni saya kena berurusan dengan  customer service AirAsia...bukan Tune Insurance...

Saya buat complaint untuk tuntut airport tax kat sini...

Ask AirAsia eForm




Dah 3-4 hari dah....tapi tak ada lagi khabar berita.......semoga dapat la claim ...Airport tax pun jadilah...




Just sharing....

Monday 3 November 2014

Fillet ikan dory & daun selasih

Sejak ku ketemu hobi bercucuk tanam....
Otak ku sentiasa ligat berfikiran resepi apa yang sesuai di masak dengan pokok-pokok yang ditanam di kebun sekangkang kucing ku ini...

Semalam berjaya menyambar 3 keping fillet ikan dory frozen dari tesco dengan harga RM 5.99. Saya bercadang nak masak grill dalam kertas aluminium. Selalunya ikan tu saya perap dengan McCormick's Mixed herbs...tapi rasa macam dah jemu pulak.....

Makanya....saya pon pergi la ke kebun saya tu mencari idea bahan perapan.
Hasilnya...saya telah mengutip daun selasih dan daun sweet basil. Kemudian saya tumbuk daun-daun ni dengan bawang putih kemudian ditambah sedikit olive oil dan sedikit pati ikan bilis sebagai bahan perapan.

Sedap jugak idea dari  kebunku ini.

Inilah dia idea dari kebun...ikan dory grill dimakan bersama salad yg dipetik dari kebun juga



Ps...abaikan kalau rasa bahasa saya entah apa apa...  tengah sakitnya hati menaip blog guna handphone huawei nii....bengong...




Just sharing...

Monday 29 September 2014

Tanam Lobak Putih ... saya boleh...!!

Selamat tengahari...

Alhamdulillah...baru lepas santap makan tengahari...mata layu mengantuk.......nak buat keje macam.....waktu lunch kot...nak buat keje apekebenda...? Huhu

Kalau orang yang rajin....sure dia akan buat juga keje di waktu lunch kan....
Tapi harini aku tak rajin....muehehehe... cuma tetiba terasa rajin nak ber blog....

Hari ni rasa macam nak cerita macam mana semangat berkebun itu timbul....

Pertama sekali....of course la....salah satu langkah ku untuk berjimat cermat untuk barang dapur.....almaklum barang semakin naik smuanya.....

Kedua....sebab aku rasa lagi syok kalau masak dapat main petik petik depan rumah je..tanpa perlu nak start keta dan pi ke kedai semata-mata nak beli daun kesum....dan secara x langsung boleh jimat  petrol....

Ketiga....paling syok ialah bila kita dapat makan sayur yang fresh lagi rangup dan manis..........betol...saya tak tipu........lepas tuai dan terus masak sayur tu.....rasa sari manis sayur yang ditanam sendiri sangat puas hati.......

Setakat pada hari ni....saya dah pernah rasa tuai tanam sendiri sayur kailan..lettuce/salad...sawi bak choy....daun selasih....sweet basil...kunyit...kesom...daun limau purut...daun pudina....limau kasturi..daun kari....daun kadok...serai...kangkong...

Sekarang penantian saya adalah pada si lobak putih ini......

Sedang menunggu hari untuk menuai si lobak putih......harap2 tercapai la hasrat......amin




Just sharing....

Tuesday 16 September 2014

Permit Pembantu Rumah ~ Lanjutan Tahun Ketiga

Assalamualaikum....

Mmm...rasa macam dah lama je saya tak bagi salam bila saya pos entri kat blog ni....eehheheheh...
Selalu main terjah jerr....
Hari ni jadi baik sikit.......tapi sikit je laaa....

Kisah pasal permit pembantu rumah lagi....
Tak abes~abes kan...?
Bila la nak abes ni..? Haha....
Pasal menguruskan maid ni...banyak cuti yang saya terpaksa amek....

Naseb baik la masa maid saya ermergency nak balik kampong sebab kakak dia meninggal masa bulan puasa tempoh hari...ada seorang abang sepupu yang ada kenalan di kedutaan indonesia dapat tolong uruskan keizinan bercuti untuk maid  saya ....... terima kasih abang zaidi!!

Itupun sebab cuti saya dah tinggal 3 hari je ok..! Huhu....

Kali ni...untuk lanjutan permit tahun ketiga...saya tak mahu lengah lengahkan urusan saya dengan imigresen...

3 bulan sebelum tempoh tamat permit kita dah boleh apply untuk lanjutan......

Makanya.... semalam saya pergi la ke imigresen jalan duta...konon-konon ingatkan nak pi amek special pass untuk buat fomema......sebab saya dengar-dengar dari sumber yang tak brapa nak sah.....pemeriksaan fomema kena buat sebanyak 3 kali selepas maid masuk bekerja di  Malaysia....

Tapi-tapi -tapi....pegawai imigresen tu kata dah tak payah buat fomema dah bagi lanjutan permit untuk tahun ketiga........

Saya hanya di suruh untuk terus membuat pembayaran sebanyak RM 610 (fuhhh banyak tuuuu) untuk dapatkan permit tahun ketiga....

Alamak....tak bawak cash.....terpaksa la pegi cari ATM.....alhamdulillah dalam kompleks ada ATM bank Islam......

Tak sampai setengah jam.....urusan permit dah selesaiii..........yahhhhhuuuuuu..!!!
Tapi melayang RM610....

Resit bayaran lanjutan permit maid untuk tahun ketiga






Just sharing....

Monday 15 September 2014

Permit Pembantu Rumah~ terlambat buat fomema

Entri ini kesinambungan dari link di bawah

~ Itsy Bitsy Itchy Typie Hand~: Denda kompaun saman permit PRA lambat perbaharui - keputusan


Bila dah dapat special pass untuk lanjutan permit bagi tahun kedua , makanya bolehlah untuk proceed buat pendaftaran fomema medical checkup...

Saya rasa lega.....sebab itu maknanya hanya 3  langkah sahaja lagi untuk dapatkan permit tahun kedua pembantu rumah asing setelah bertungkus lumus bagai nak rak hampir 2 bulan lebih melalui prosedur yang agak leceh untuk perbaharui permit yang sudah terlebih tamat tempoh ..........almaklum , 3 bulan terlebih tempoh tuuuuu....

Special pass yang imigration bagi tu....rupanya ada tempoh 30 hari saja..

Saya punya special pass ni akan tamat tempoh 13 June 2014


Saya ingatkan pada mulanya tempoh 30 hari adalah tempoh untuk pergi daftar fomema sahaja.....bukan termasuk sehingga keputusan perubatan dari fomema keluar....

disebabkan ofis fomema sudah pindah agak jauh dari imigresen jalan duta......kerana sekarang ...paling dekat pun untuk daftar fomema yang boleh saya buat adalah dekat Menara Takaful Malaysia Jalan Sultan Sulaiman...

Makanya.....saya dengan tak sengaja terlewat buat pendaftaran fomema akibat kekangan kerja....18 hari selepas dapat  special pass tu baru saya terhegeh pegi daftar fomema untuk maid....

Tik tok tik tokkk.....hanya 12 hari tinggal...

Maid saya pegi buat medical check up  4 hari lepas tu.....

Tikk tokk tiik tokkkk....hanya  8 hari je tinggal....

Keputusan pemeriksaan kesihatan fomema biasanya akan keluar 10 hari selepas tarikh pemeriksaan....

Makanya bila saya dapat keputusan fomema tu.....dah tamat tempoh 30 hari special pass tu.....

Dan di sini la kesilapan saya....tapi pada waktu ni saya belum sedar lagi kesilapan saya tu....

Cuma apabila saya pergi ke imigresen untuk  membayar permit untuk tahun kedua....maka masalah ini timbul..... dan baru saya tersedar saya sudah lebih tempoh 30 hari special pass tu....

Saya kena denda lagi.......kena denda rm100 akibat terlewat.....selain kena bayar denda saya juga terpaksa buat surat tunjuk sebab kenapa lewat .....nasib baik kat dalam kompleks imigresen tu  ada orang boleh bantu buat surat dengan bayaran rm5...

Selepas bayar denda dan buat surat tunjuk  sebab...saya dapat special pass yang baru....

Special pass baru selepas bayar denda....


Selepas dapat special pass baru....saya terus buat bayaran untuk lanjutan permit tahun kedua pada hari itu juga....cuma nak dapatkan sticker permit tu saya kena tunggu selepas kelulusan dibuat akibat kes lambat saya tu.....amek masa lagi beberapa hari juga la...imigresen pegang sebentar passport maid saya sementara  tunggu kelulusan.



Just sharing....

Monday 8 September 2014

si pokok kailan.....siang layu malam segar

Tak tau la normal ke tak keadaan pokok kailan ku ini.....
Almaklum first timer tanam kailan dan sayuran di kebun sayur sekangkang kucingku ini...

Almaklum jugak la kan....saya ni pun bukan pekebun sepenuh masa.....
Siram menyiram hanya ikut dan je kadang kadang....
Sebelum gi kerja...itu pun kalau sempat la....
Dan selepas balik kerja....selalu time maghrib la dapat masa nak menyiram kebun....
Agak agak ada pantang larang tak siram pokok time2 maghrib....

Inilah akibatnya nasib malang kailan bila dapat si pekebun part time ni....

Bila siang..(itupun gambar ni saya snap masa saya lari kejap balik umah time lunch  tertinggal barang)



Dan bila hari menghampiri malam pulak macam ni rupanya.....


Of course la kan....saya paling happy bila tengok si pokok kailan ni segar macam ni......
Penat lelah menyemai dari benih semua hilang bila tengok pokok segar....

Tapi adakah ini normal bagi pokok kailan?

Ntah...saya pun tak ada jawapan yang pasti...
Marila kita pi tanyakan orang yang pakar di facebook kebun bandar jom tanam sendiri...


Just sharing....

Tuesday 26 August 2014

Semai benih cili tapi tumbuh maman....

Entri yang lepas....saya ada merungut...tentang kadok naik junjung..
Sampai pokok cili saya pon di tenggelami pokok kadok...

Kompiden je kan saya kata pokok cili...
Memang la kompiden.....1~2 bulan lepas...saya la terbongkok dok semai benih cili dalam pasu tu...

Bila biji yang disemai bercambah....
Gembiranya hati Allah saja yang tau...

Tapi semalam...tetiba saya rasa kesian pulak pokok cili ni terlindung dengan pokok kadok.
Jadinya...saya yang baik hati ni pun angkat la pasu tu....untuk alihkan pokok tu ke tempat yang lebih lapang lagi.....

Bila dah tak terlindung dengan pokok kadok...
Baru la saya nampak dengan jelas pokok `cili` saya tu....

Aikss ... dah kenapa daun cili ni bercabang cabang macam daun maman pulak..

Memang di akui saya ada beli benih maman dari en is tanamsendiri... tapi setahu saya semai benih maman dalam pasu lain ...sampai sekrang tak tumbuh tumbuh lagi ....

Hahaha...rezki ko la maman...boleh terbang masuk pasu lain pulak dia....





Just sharing....

Tuesday 19 August 2014

gulai udang daun kadok...

Musim hujan minggu ni...
Ku lihat pokok kadok depan rumah betul betul naik junjung la.....
Giat betul dia berlingkar lingkar....sampai pokok cili ku pon dah tenggelam dengan kehebatan pokok kaduk naik junjung ni....

Geram punya pasal...
Ku kerat kerat daunnya...
Bukan kerat sesaja ya.....

Kerat dengan tujuan nak buat gulai udang dengan daun kadok

Sila layan gambar....

Sapa yang tere tu...
Saya rasa dengan tengok gambar sekilas je dah dapat tangkap macam mana nak masak gulai udang daun kadok ni.....








Just sharing....

Tuesday 12 August 2014

kegilaan handphone dari China : Xiaomi,huawei


2 minggu nak raya...
aduyai handphone Samsung ku TOTAL LOST! TOTAL DAMAGE!!!!

Time time nak RAYA laaaa pulak handphone minta diganti...
Jadinya bajet tak boleh ribuan untuk handphone...hanya RATUSAN SAHAJA YE..!

Hasil soal selidik...dari trend handphone terkini..
dan ku lihat persekitaran gajet-gajet di pejabatku ...
ku terdengar-dengar  seperti Xiaomi, Huawei berkumandang di selang seli dengan lagu-lagu raya..
OHOoo..! rupa-rupanya jenama handphone ni tengah trending kat opisku...

Handphone dari China?
erk..
aku agak skeptik bila dengar statement tu...
terbayang barangan China yang kadang-kadang tidak memenuhi kriteria KUALITI yang ku mahukan...

TAPI! bila ku baca spesifikasi handphone Xiaomi & Huawei ni..
My first impression adalah DASAT!
Siap dengan Quadcore Processor  (dah macam server pulak) & dual sim lagi tu...
Dan yang paling best adalah harganya yang TAK SAMPAI RIBUAN...
Tersenyum lebar aku ...

TAK PUAS HATI DENGAN HANYA MEMBACA SPESIFIKASI ...?
aku pon PINJAM 5 minit hanphone Xiaomi MI3 kepunyaan opismate ku...
PUAS HATI BABE..!

KEBETULAN ..
keesokkan harinya di website http://www.mi.com/my ada buat SALE....tepat jam 12 tengahari..
dengan cara ini....kita boleh beli handphone Xiaomi pada kadar HARGA PALING RENDAH...
tapi kena CEPAT....sebab kuantiti handphone yang dijual terhad...
dan selalunya macam GORENG PISANG PANAS...
beberapa SAAT je dah habis...





Dan aku pon turut terjebak...
tepat jam 11.55 pagi aku dah tercongok siap login lagi kat website Xiaomi.
tapi hampa...dalam masa 57 saat je...dah out of stock....
cedehhh...

TETIBA aku ternampak iklan ni...HUAWEI HONOR 3C....RM499 .. di LAZADA




DAN KEBETULAN JUGA....aku ada voucher RM35 yang ku dapat kerana telah membuat blog review tentang LAZADA....
dengan LANTAS dan PANTAS aku terus menyambar Huawei Honor 3c ni dengan harga RM464...

2 hari selepas itu...ku terima handphone yang telah ku order di LAZADA..
weee.....






Just sharing....

Sunday 27 July 2014

Mee Segera Paling Sedap Di Dunia

Waktu makan tengah hari di opis .....
Masa tu aku tak gi keluar lunch la....
Opkozz la kan...
Ni time puasa kot...

Tetiba kat opis ku terbau sesuatu yang sangat sedap....
Rupa rupanya ada chinese colleague ku sedang membuat mee segera...
Lain macam bau sedap dia....rasa macam nak bukak puasa terus......astaghfirullahalazim

Aku pon dengan curious bertanya laa...
Mee segera apa yang dia tengah makan....
Katanya ....inilah mee segera paling sedap dalam dunia...
Dalam ranking dunia....mee ini la duduk paling atas sekali...
Mak aiii......mee segera pon siap ada ranking jugak ek.....
Baru ku tau....

Dan terus....lepas keje je....ku pi tesco untuk merembat mee segera yang dikatakan terbaik di dunia tu....

Inilah dia.....
mykuali penang white curry noodles...
Memang terbaik....
Agak mahal sikit harganya...
Satu paket yang mengandungi 5 bungkus mee harganya hampir rm7...
Almaklumla....kena la jaga prestij tu kan

Tapi u olss kena hati ...ku dengar cerita mee segera ni dah ada company lain buat cetak rompak.....jadi sila pastikan anda beli yang original.....

Layaannnnzzzz....!!!!!
:-)









Just sharing....

Wednesday 23 July 2014

kuih raya ku versi jimat

biasanya kalau nak jimat haruslah buat sendiri kan....

saya buat kuih raya sendiri???
hohohoho.....

teettt ttooottt tiiittt tuuuuttt......

siaran tergendala sattt....

jawapannya...
memang tak la....

minat buat kuih muih...kek..biskut, cupcake....roti ...dan yang sewaktu dengannya..belum muncul dalam diri saya....
bila nak muncul agaknya tu ???

tahun ni azamku tak mau beli kuih raya banyak sangat
mahu pengelakkan pembaziran....

dan azam saya pun menjadi kenyataan....

taraaaa......!!
satu satunya kuih raya yang aku beli...kuih dahlia by Ruby Haryanie


lagi seminggu je nak raya....
hanya kuih dahlia satu balang ni je yang ada dalam stok kuih raya...
ini pun dah 6 ketul telah di ngap oleh saya....
ada harapan habis sebelum raya nampaknya....miahahahaha

saya perhatikan juga....
promosi jualan kuih raya oleh rakan-rakan ofis semakin berkurangan jika dibandingkan dengan tahun-tahun sudah...
akibatnya azam raya tahun ini untuk tidak membeli banyak kuih raya tercapai jugak...
agak-agaknya kenapa eh kurang promosi? adakah disebabkan harga tepung , mentega & gula dah naik ke?

cukup ke nak hidang kepada tetamu kuih satu balang kecik ni je?
OPKOOOZZZ LA TAK CUKUP!

jadi saya pun beli ni spicy curry cornflake sebanyak 1 kilo dari dapur dong   http://dongdandia.blogspot.com/2013/05/the-original-spicy-curry-cornflakes-by.html
    ...sedapp wa cakap lu...
sekali rasa pasti nak makan terus sampai licin....

spicy curry cornflakes



saya juga dah beli 5 bungkus rempeyek rangup kacang dal dan 5 bungkus rempeyek rangup kacang tanah yang saya beli dari kawan opis...
nama makcik yang buat rempeyek ni tak tahu pulak saya.....
jadinya tak dapat nak tolong promosi..

tapi rempeyek ni memang marrrbbbeleessss......the most delicous rempeyek ive ever taste....
kalau nak rasa sila la datang beraya kat rumah ye....

harap-harap dengan 3 jenis "kuih raya" ni ...mencukupi ......amin

Ps: rasa macam nak tukar post title "kuih raya ku versi kedekut je"

Ps Ps : saya tak de la kejam sangat untuk hidangkan HANYA 3 makanan ni kepada tetamu masa raya... opkooz la nanti ada hidangan utama...seperti ketupat lotong rendang....soto dan sebagainya...
.inshaallah


Just Sharing


Sunday 20 July 2014

proses menguatkan anak pokok sayur

sejak dua menjak ni semangat berkebun tetiba muncul...
dan aku pon dengan terujanya menyamai benih lobak putih....kangkung...kailan...sawi...kacang panjang dan selasih...
lepas 2-5 hari banyak cambahan yang kulihat....horayy....

tapi ada pula anak pokok yang tumbuh melonjong seperti tak berapa kuat dan senang rebah...
pokok sawi, kailan dan lobak putih  banyak yang lonjong-lonjong....
there's must be something wrong

so seperti biasa ku tanya pakcik glemer ku...
hasil carian membawaku ke laman tanamsendiri.com....pakar pekebun sayur...
dikatakan....anak-anak pokok yang kekurangan cahaya matahari akan tumbuh melonjong dan kurang kuat....maka proses pengerasan perlu dilakukan dengan meletakkan anak pokok di bawah sinaran matahari lebihkurang 4-6 jam sehari...

oo padanla lonjong....ku letak anak-anak pokok sawi, kailan & lobak putihku di bawah atap bumbung depan umah..
dan bermulalah sesi menjemur anakanak pokok ku....

anak pokok lobak putih yang lonjong











Just sharing....

Monday 7 July 2014

Bubur - masak guna slow cooker

salam ramadhan kareem

bubur slow cooker....
ini menu utama hampir setiap hari buka puasa pada ramadhan tahun 2014.

saya suka....sbab bubur ni tak berat sangat.... bagi yang ada gastrik dan banyak angin macam saya ni sangat sesuai..... perut pun tak terkejut sangat bila berbuka dengan bubur... kiranya efek bubur ni macam mukadimah saja untuk perut yg tak banyak bertugas masa ramadhan ni..... bila sahur nanti ataupun makan malam yang sebenar (kalau la sempat dinner) baru saya hentam betul2 makan nasi berlauk .....hehe...

senang je masak bubur pakai slow cooker.... main campak campak jerr .... selalunya saya akan campakan segenggam beras ....sikit hirisan halia....garam secukup rasa....sedikit lobak merah potong dadu.....beberapa helai sawi dihiris....sedikit daging cincang...sedikit virgin olive oil.....kemudian penuhkan air dalam slow cooker...... terus 'on' kan untuk masak......biarkan sampai masak.....

kadang2 saya makan macam tu je bubur tu.... kadang2 saya makan dengan telur masin.... kadang2 saya petik daun selasih dari depan rumah dibuat ulan kadang2 saya makan dengan lauk yg sudah dimasak untuk sahur....

senang....jimat....dan tak membazir....

Just sharing....

Thursday 3 July 2014

This is me... having anxiety attack :'(

Had a stressful day today.....
Missed my sahur today...
work late till 730pm...
gastrick attack...to add on..
and bang....!!!
suddenly this happen to me...
stop by the shopss....
dunno what to do.....huhu....
and suddenly i googled.....
and copy paste this article i found....
so much related of what i'm having now....

Troubled by Fear of Driving?

Fear of driving is a common and troubling problem, but it's a problem you can solve. The first step is to identify the specific nature of your driving fear.

Fear of Panic Attacks

People who experience panic attacks are often afraid of having one at the wheel. They're licensed to drive and generally have a good driving record. They probably drove without any problems, maybe for years, until they started having panic attacks, and then they became afraid.Their fear isn't really about driving. It's about panic attacks while driving. They worry that they won't drive safely during a panic attack, and that they won't be able to flee the scene as quickly as they want.

How They Drive

They often still do some driving, by limiting where and when they drive. They avoid highways. They stay in the right lane, where it's easier to pull off the road. They avoid bridges, tunnels, and any other road conditions which limit their ability to leave the scene as quickly as they wish, in the event of a panic attack. They avoid left turns, unless there's a traffic signal with a turn arrow, because they fear getting "trapped" in the intersection. They avoid driving at rush hour.They also use distraction and various safety objects. They may sing, or call people on their cell phones, to distract themselves from the thoughts of a panic attack. They may drink from a water bottle, and feel reassured by this. They may only drive when accompanied by a "safe" person.

Friday 27 June 2014

Denda kompaun saman permit PRA lambat perbaharui - bayar denda

Entri ni kesinambungan dari sini ~ Itsy Bitsy Itchy Typie Hand~: Denda kompaun saman permit PRA lambat perbaharui - keputusan 

Bila cuti dah lulus saya pon menuju ke Imigresen Jalan Duta.....
buat pengetahuan korang ....tempat kerja saya ni kalo nak cuti kena notis 7 hari....leceh kan...

Keluar rumah dalam pukul 9 pagi, kali ni saya angkut maid & suami saya ....hehe ...meriah sikit....

Kami terus ke bahagian penguatkuasa untuk bertanyakan kes kami...sambil menunjukkan kertas merah yg pegawai pernah beri masa sesi soalsiasat yang lepas...pegawai tu tak kata apa2 pon....kami pon duduk la semula....

tunggu punya tunggu......lama la pulakkk kannn..... sampai muka masing-masing dah boring.....ye la hampir 30 minit tercongok tanpa khabar berita.....tetiba pegawai penguatkuasa yang terperasan muka boring kami pon tegur dengan muka pelik.....dia kata kenapa tunggu sini....fail awak dah ada pegawai bawak ke unit lain untuk proses pembayaran kompaun (lupa pulak nama unit tu).....aiiyyooo...!! miscommunication betol la derang ni kan.... kalau bagi tau awal2 kan senang.....menyumpah la kami dalam hati dengan ketidakprofesionalan mereka2 ni....

Pergi la kami ke unit yang satu lagi untuk bayar kompaun.....
lama yang amat la kan nak menunggu giliran kami....
kebetulan waktu tu ada la sekumpulan 20 orang Turki ....macam datang dari satu famili mereka ni..tok nenek cucu smua ada....macam ada kes serius je depa ni....

jumlah masa menunggu giliran kami adalah hampir dua jam....hohohooooo....

tapi proses bayar kompaun kejap jer.....maid ku dipanggil untuk amek thumbprint...dan pembayaran dilakukan dan kami diberi resit.... aku kena bayar RM1100 semuanya....

passport maid ku di ambil untuk di proses....mereka akan kepilkan surat kebenaran tinggal lebih masa di dalam passport maid ..proses ni agak lama.....dan pegawai imigresen nasihatkan kami perlu kembali semula selepas waktu makan tengahari di sekitar pukul tiga petang....

tapi kami tak punya banyak masa dah....pukul 1 petang kena masuk kerja balik....
oleh itu hanya pada keesokkan harinya saja si suami pergi ambil semula passport maid..

bila dapat passport kembali...kami dah boleh teruskan proses daftar FOMEMA....


TAPI TAPI TAPI.....FOMEMA dah pindah...!!!!!
Makin jauh pulak tu kat tengah bandar KL....di Menara Takaful....

mengeluh panjang saya.......huhuhuuhuuuuuuu

kena amek cuti lagi gamaknya.......dan kena tunggu notis 7 hari lagi...

Saya perasan surat kebenaran tinggal lebih masa maidku yang dikepil dalam passport hanya valid  30 hari saja lagi....

Persoalannya sempat ke 30 hari ni? Dah laaa payah dapat cuti....cuti pon dah tinggal sikit jer...adoi la...

gambar di bawah menunjukkan dokumen hasil dari urusan di imigresen pada haritu


special pass yang dikepil di dalam passport


passport maid di cop untuk special pass yang valid sampai 13/6/2014

surat kompaun yang diterima

resit pembayaran kompaun...rm1100 melayang


Sambungan kisah ini di sini

Just sharing....

Tuesday 24 June 2014

Renew lesen memandu guna MyEG

Tahun lepas aku ada daftar MyEG untuk buat pembaharuan roadtax kereta selepas cobaan 2 hari berturut di pos ofis berdekatan pejabat ku gagal kerana terlampau ramai sangat orang di situ.....sampai waktu rehat lunch aku habis pon giliran aku tak sampai lagi....
Last last....dah fedup sangat.....aku pon daftar MYEG......senang je.....
petang tu jugak...ada orang hantarkan roadtax aku di pejabat....
caj MyEG pun x de la mahal sangat.....rasa aku tak sampai RM10 pon servis caj...
Tahun ni pulak...aku cuba guna khidmat MyEG untuk perbaharui lesen memandu aku.....
alhamdulillah...senang je.....
kali ni aku mintak MyEG poskan lesen aku di rumah pula....
selepas isi online form....aku pilih untuk renew 3 tahun.....bersamaan RM90...di tambah servis ePerkhidmatan RM 2 dan servis penghantaran pos RM 97.....
aku bayar online terus....pakai kredit kad....kalau pakai online bank (FPX) pon boleh.....
pastu esoknya.....aku dah dapat slip pembaharuan lesen memandu aku dah.....kejap jerrr.......
sayaaa sukkeerrrr....
Tempoh 3 tahun lagi...

Saturday 21 June 2014

Pokok tulasi a.ka holy basil....

Ada satu pokok ni....hidup subur dia kat depan rumah ni...... macam pokok selasih atau nama omputihnya thai basil....tapi lain baunya...... bau daun pokok ni lagi kuat dari daun selasih.... dan ini pokok selasih ku...hidup segan segan je... ini la akibatnya dapat tuan tanah yang suka sangat makan daun selasih buat masak lemak dengan labu manis.....rakus sungguh.... ya ampun....


pokok selasih cinonetku di dalam pasu...
di sebabkan daun selasih dah tinggal conet je cenggini.....si tuan tanah mula la terkial-kial mencari dekat depan rumah pokok selasih 'backup' yang lain.....mana la tau ada terselit dicelah-celah pokok yang lain.... .... masa misi itulah terjumpa pokok yang macam selasih tpi baunya lain....bunganya pon warna lain.... terpinga kejap depan rumah. .boleh ke daun ni ganti daun selasih masak lemak....??? haisshh...


lantas aku pon whatsapp en. Is dari blog tanamsendiri.blogspot .....minta tolong bgtau apa nama pokok ni... hehehe. katanya ni pokok tulasi atau holy basil.... satu group basil jugak..... boleh makan & buat masak.... tapi baunya tak seharum bau selasih .... lantas aku cuba makan buat ulam daun ni ..... sedap juga..... tapi aku lagi suka daun selasih jugaaa...... huhuhuhuhuh