Thursday, 4 December 2014

Tips Jimat Melancong ke Perth

Duit bukannya ada banyak sangat pon...
Semakin kurang .....
Dah tak berkepuk-kepuk sangat semenjak ada komitment rumah ni....
Haru gak woooo...
Disebabkan aku beli rumah guna company loan....
Bila dapat gaji....gaji jadi ciput je ...sebab dah di potong awal2 ansuran rumah tu.....

Nangisss...... :'(


Tapi kegatalan tapak kaki nak mengembara tengok negara orang memang tak boleh hilang ....
Bajet ciput pon ciput la...
janji dapat jalan2.....

Oktober lepas ...ku berjaya bercuti ke Perth 5 hari 4 malam...All-in rm2000 total damage untuk aku..
Ikut perkiraan aku yang kurang pandai Matematik ni....
Rm2000 untuk percutian kali ni boleh dikategorikan sebagai percutian SANGAT jimat cermat...
almaklum la ye...duit Australia ni lagi besaaauuu dari duit kita....

Tips

1. Tiket flight - yang ni tak payah bagitau pun aku rasa ramai yg dah tahu.
Rajin-rajin la tengok harga flight tiket secara online...boleh gi kat direct webpage airline tu...atapun nak tengok kat skyscanner ke ..kayak ke ...farecompare pon ok...
Harga tiket MAS pergi & balik ku dapat dalam rm 1000 +- .

Jangan lupa juga ajak 2-3 orang kawan untuk join trip ....sebab ini juga dapat mengurangkan sedikit kos melalui kaedah sharing is caring....trip ke Perth ni kami pergi berempat..



2. Accomodation / tempat bermalam....kalau nak betul-betul berjimat cermat Perth memang ada banyak kemudahan untuk bermalam secara backpack yang berdekatan dengan  bandar...tapi kena perlu bersiap sedia la nak berkongsi bilik air, bilik mandi, tempat makan, tempat rehat, dapur dan juga tempat tidur dengan backpackers lain.

Kalau nak lagi berjimat, sila pilih tempat yang mempunyai khidmat bas ke bandar Perth  secara percuma contohnya  perkhidmatan Central Area Transport Service a.k.a CATs.... ada yellow, red, blue & green CATs...boleh refer sini http://www.transperth.wa.gov.au/Timetables/CAT-Timetables untuk jadual dan stesen bas CATS...

Selain CATs korang juga bleh pilih tempat bermalam di sekitar Free Transit Zone....rujuk sini http://www.transperth.wa.gov.au/Tickets-Fares/Free-Travel/Transit-Zones

Semasa di bandar Perth ku pilih tinggal di Malibu Apartment... ini bukan tempat backpackers ye...huhuhu... tak sanggup la nak kongsi mongsi ni. Malibu Apartment sangat reasonable harganya....dengan harga Aud 100 per night ku dapat satu unit studio apartment dengan dapur yang lengkap dengan peti ais, tempat masak, pinggan , mangkuk, kuali bagaii....ada mesin basuh juga ye...hehe..

Malibu Apartment ni juga berada dalam kawasan Free Transit Zone makanya aku boleh naik bas pergi ke bandar Perth secara percuma....suka kannn free free ni....hihi... tapi Malibu ni yang tak best nya tak dak Wifi jadi terpaksa la ku beli SIM card vodafone 1 GB data plan dgn harga AUD15 huhuhu

Malibu Apartment ni goreng pisang panas....selalu je fully book...huhu...tengok ni......bulan december 2014 almost everyday fully book...




3. Makanan....Silalah masak ye.....Makanan kat Perth ni standard kalau pi makan kat kedai paling koman pon Aud 10 per meal, kalau convert duit Malaysia mau nak dekat RM30....seingat aku la kan....x terjumpa pulak gerai-gerai kecik tepi tepi jalan macam gerai goreng char kuey teow kat Malaysia ni di Perth.....susah gak nak cari makan yang murah-murah...

MAKAnya ...dah alang-alang ada dapur kat bilik kami...memang fully utilize la dapur tu...

Untuk cari daging lembu atau ayam yang halal kat Perth....memang tak akan ada label halal pada bungkusan makanan tu.. apa yang boleh korang buat ialah check  jenama atau brand ayam atau daging tersebut sama ada ia termasuk dalam senarai kategori halal ke tak....sebab ada setengah jenama halal dan ada setengah jenama yang  tidak halal...tapi korang boleh check website ini untuk maklumat lanjut senarai jenama halal di Australia...mudah kan ....weeee http://www.halalsquare.com.au/groceries/index.php/frozen-food/poultry.html

tapi paling selamat beli je lah seafood ....atau jadi vegetarian kejap untuk beberapa hari...lagi murah dari beli  ayam atau daging..


4. Kemudahan pengangkutan.... kemudahan public transport memang tip top di kawasan bandar Perth... banyak juga kemudahan bas percuma seperti yang telah saya terangkan di point nombor dua di atas, ada juga perkhidmatan train di sediakan di Perth.

korang boleh rujuk webpage ini untuk rancang perjalanan anda di sekitar Perth dan juga pekan lain yang berdekatan...
http://www.transperth.wa.gov.au/Journey-Planner





Hanya di sekitar bandar Perth saja kemudahan pengangkutan awam sangat superb dengan adanya free CATs buses.... selain bandar Perth, pekhidmatan bas percuma CATs juga ada di Fremantle dan Joondalup.

Tapi di Swan Valley dan  jugak di tempat-tempat luar bandar yang lain, adalah di nasihatkan sewa jelah kereta ye... tapi sila la rancang agar dapat sewa kereta seminima hari yang boleh....minyak kat Perth mahal wooo...

Hari pertama kami di Perth  kami bermalam 1 malam di Swan Valley iaitu kawasan yang terkenal dengan wine region dan juga food region. Kami menyewa kereta selama 24 jam......haaa.....kalau memang plan nak sewa kete jangan lupa bawak GPS atau smartphone yg ada Waze tu ek....

Di sinilah terserlah kebaikan pergi bercuti bawak 2-3 orang kawan.....kita boleh tong-tong duit sewa kereta , minyak dan hotel...hehe....semua bajet dikira dengan bahagi 4...:)



5. Orang Malaysia yang mahu melancong ke Australia perlukan visa.... visa Australia adalah dalam bentuk electronic....banyak juga website-website yang menjalankan khidmat permohonan visa secara online .

Dan harga  yg perlu dibayar untuk buat visa Australia ni aku tengok tak sama rate...ada yang AUD 10...ada yang AUD 35 pon jugak... nasib baik la kawanku sorang tu ada member kerja dengan travel agency...maka nya kami hanya perlu bayar visa sebanyak Rm20 jer....soo sesapa ada kawan keje travel agency baiklah mintak tolong kawan tu buat visa ek....

Last but not least aku nak cete pasal kastam/imigresen Australia ni....mana yang depa suruh declare tu ..declare la dengan sejujurnya, sebab derang ni strict.....kalau tak declare tak pasal pasal kena denda Aud 50000 pulak karang.... dan mana mana yang ada bawak makanan yang berunsurkan daging...contoh nya rendang ayam Brahim ke...kari daging ayam brand yang dalam tin tu ke....sila lah jangan tanggalkan label dan ingredient pada kotak atau tin tu ekkk... karang depa ni banyak soal bila tak de label atau ingredient ni...

6. Tip yg terakhir dariku...shopping la berpada-pada.... kurang shopping itu konpem dijamin boleh berjimat cermat yang amat sangatttt...

Tapi boleh ker tak shopping..? Aku kalau berjalan aku suka beli t-shit yang ada tulis nama-nama tempat yang aku pergi.......kat Fremantle...ada satu kedai ni....antara kedai souvenier yang paling depan sekali di  Capuccino Strip..jual t-shirt Fremantle 5 helai AUD 20....tshirt2 tu dia sangkutkan jer di depan kedainya...aku pon apa lagi borong la tshirt tu...hehehhe...boleh la buat pakai dalam rumah...

Lagi satu kedai souvenier yang aku rasa berbaloi pergi ialah kedai-kedai kat area Murray Street  dan juga Hay Street...pendapat peribadi aku kedai souvenier dekat sini murah sikit dibandingkan dengan di Fremantle

Alamak......terpanjang pulak entrii....huhuuhu...meh kita belanja gambar sikit...













Just sharing....

15 comments:

  1. Halo Admin / Blogger :)

    Saya sangat suka dengan postingan foto-fotonya :)
    Perkenalkan, saya Dewi dari tim kumpulbagi. saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi foto-foto,video,menggunakan disk online yang lain dengan tujuan berbagi informasi ? :)
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Anda bisa dengan bebas mengupload foto-foto,video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    Terima kasih.

    Salam.

    ReplyDelete
  2. Salam. Hee seronok pergi Perth.

    ReplyDelete
  3. Hrp2 blh jejak kki ke oversea mcm kwn kita ni kan?

    ReplyDelete
  4. Salam, Saya dah book tiket murah ke Perth dengan anak-anak dan suami tapi lama lagi. Saya perlu bimbingan mengenai cuti jimat, tadi dapat quotation nak pengsan. kalau dapat anaknda boleh tak bagi bagi no handphone untuk saya mendapat maklumat2 lagi. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Salam, info penting untuk saya. Terima kasih. Saya dah book tiket murah ke Perth tapi lama lagi. Tadi dapat quotation nak pengsan tengok mahal sangat. Boleh tak anaknda bagi no handphone sebab saya nak tanya banyak maklumat lagi. Terima kasih

    ReplyDelete
  6. tq for sharing. sangat membantu :)

    ReplyDelete
  7. Tq for sharing.. InshaaAllah akan sampai ke sana

    ReplyDelete
  8. thank you for sharing. i memang nak pergi perth. seronoknya jalan jalan ni . nanti travel ke tempat lain update la lagi :D

    ReplyDelete
  9. Hi.. sy nk pg sana end of august ni..boleh share x tempat2 yg menarik kat sana.. n macam mana nk pergi ke tempat2 tu? sis ade fb or watsapp boleh utk private msg ke?
    Sorry banyak tnya but really hope to get feedback from u soon. Thank you so much =)

    ReplyDelete
  10. hai. kalau bilik tu tuk ber3 tp pergi berempat xde extra charge ke

    ReplyDelete
  11. Good sharing. Terbaik setakat ni yg sy survey. Sy dan suami bercadabg je perth april 2016 bersama seorang anak sedara dan seorang kwn. Kira travel ala2 backpackers. Dh dpt tiket 650++ paling murah setakat ni. Yg apartment tu aud100 blh masuk 4 org?

    ReplyDelete
  12. Salam admin.... saya pun macam gatal kaki nak pergi melancong kat Perth juga pada hujung 2015 ni... Tapi masalahnya tak ada kawan nak diajak bersama supaya dapat jimat sedikit perbelanjaan di sana... emm... ingat nak ajak admin tapi prempuan pula... ada tips atau apa cara tak untuk saya dapat ke Perth dengan berteman lelaki dalam 2 atau 3 orang?

    ReplyDelete
  13. Perth tersangatlah best nye. Kite baru je balik,tak ambil hotel pon.ambil host room dekat airbnb.com je,rumah kat victoria park.

    ReplyDelete
  14. sgt berguna utk trip saya ke perth nnt insyaAllah.

    https://mommyyusrynonie.wordpress.com/2016/04/27/fmbj-and-i/

    ReplyDelete