Hari ni terasa macam nak cerita pengalaman ku mengeluarkan simpanan KWSP untuk pembelian rumah.
Kes aku :
~Beli rumah dari individu....MR Key namanya
~Surat Hakmilik Individu (GERAN) Telah di keluarkan tetapi masih di atas nama pemaju PPC-Glomac...
~ Peguam Sales & Purchase ku akan uruskan Direct transfer nama geran tanah dari pemaju ke atas nama ku....melalui proses Memorandum of Transfer (MOT)... 1% dari harga rumah...
(* Bijak si MR Key ni kan....disebabkan pemaju tak ada halangan /sekatan nak buat direct transfer terus atas nama aku.......dia dapat jimat 1% untuk MOT ...tak payah la MR Key ni susah susah nak transfer nama geran tu kepada nama dia dulu...... andaian aku kes macam ini selalu nya si pelabur pelabur tegar hartanah akan selalu buat macam ni untuk selamat duit dia.. )
~Pinjaman yang ku dapat hanya 86% je dari harga rumah, oleh itu deposit 14% diperlukan
~Deposit 3% aku dah bayar duit sendiri ...11% lagi mengharapkan duit KWSP...huhu
~Tarikh pemaju tandatangan untuk setuju MOT proses ke atas namaku (26 Disember 2013).....maka bermulalah tempoh 3+1 month untuk aku settlekan hal pembelian rumah ni....kalau tak aku kena interest 8% yooo...!!! Makanya due date aku adalah 26 Mac 2014 untuk settlekan .....tik tok tik tok....
~Apa-apahal pon aku kena buat pembayaran 11% tu dulu....sebab kalau tak buat Peguam Pinjaman Perumahan aku tak boleh uruskan pengeluaran bayaran baki harga rumah dari duit pinjaman aku ...
~Dokumen yang diperlukan untuk pengeluaran pembelian rumah pertama KWSP untuk kes aku adalah :
1. Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (disebabkan aku amek staff housing loan maka majikan aku kena sediakan surat ni)
2. Perjanjian Jual Beli Rumah a.k.a Sales & Purchase agreement (dapatkan dari Peguam S&P)
3. Surat Keizinan dari Pemaju untuk Direct transfer (dapatkan dari Peguam S&P)
4. Surat Hakmilik (Geran) atas nama pemaju (dapatkan dari Peguam S&P)
5. Borang Permohonan KWSP 9C (AHL) yang lengkap diisi.
(Kesemua dokumen itu perlu di buat salinan dan di sahkan Certified True Copy oleh peguan S&P atau pegawai KWSP .... Kena pastikan juga setiap tandatangan perlu ada nama orang yang tandatangan dokumen tu.....kalau tak de nama KWSP tak terima....)
*** Setiap kes perlu dokumen berbeza ....so korang kena make sure kes korang macamana
boleh rujuk sini http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/717786/Risalah_Membeli_Rumah_Jun_2013.pdf
Setelah semua dookumen siap..makanya selesai lah urusan....tunggu duit di bank in dalam akaun.. :)
Yeay....Lulus |
Just sharing....
Berapa lama proses dari permohonan kwsp hingga lulus kwsp?
ReplyDeletekwsp kata dlm masa 2 minggu.....tp kes sy yg ni seminggu lebih dah bank in....tak sampai 2 minggu..
ReplyDeleteMana nak dapat nama pada consent letter tu ye?
ReplyDeleteDalam kes saya mintak oada developer
Delete