Thursday 20 November 2014

Ini kisahku ~ claim tune insure

Ni saya nak cerita..
Cerita pengajaran bagi saya..
Dalam hal hendak claim insurans...
Especially bab travel insurance ni...

Pernah juga saya claim insurans sebelum ni..
Pernah claim dari personal accident maybank.... tak de la serius mana accident tu...terpelecuk je...prosesnya senang...cuma bagi resit dan medical report serta isi borang claim...dalam masa sebulan dah dapat duit...tak banyak songeh pun.

Tapi.....
Baru-baru ni saya tak berapa sihat...
maknanya saya tak dapat travel naik flight  ni.....ada bisul yang agak besar tumbuh di tempat yang sensitif 3-4 hari  sebelum fly....
Saya rasa tak selesa la kan nak travel ..

Mula mula tu....selepas tak naik flight ... tak terfikir pula nak claim claim ni...sebab x pi jumpa doctor pun....
Selepas beberapa hari...Tetiba bisul tu pecah la pulak kan...berdarah...dan baru la terhegeh nak jumpa doktor...
Doktor picit picit nanah dan darah bagi keluar.....dah berlubang kecik kat situ bila dah habis darah dan nanah keluar...euww..

Selepas tu datang pulak idea nak claim / refund tiket flight yang saya tak dapat naik tu....maka saya bertanya doktor  untuk dapatkan medical letter mengenai penyakit saya ni yang menyebabkan saya tak naik flight....keesokannya medical letter tu siap....

Maka bermulanya cobaan saya untuk claim dari Tune Insurance...
Untuk pengetahuan kita boleh online claim...
Sangat mudah....


Website untuk online claim


Setelah key in no policy yang kita terima melalui email setelah kita purchase travel insurance melalui website Air Asia, online claim form akan dipaparkan. Semua dokumen yang  di kehendaki seperti medical letter &   booking itinerary boleh di upload dalam online claim
Hampir 2 bulan jugak baru ada response dari  Tune insurance ni....malangnya permohonan claim saya tak berjaya......dengan alasan tarikh medical letter tu selepas tarikh travel date saya . Sikit punya hal tak dapat claim?


Adoi.Adoi...sakit hati gak ok....

Sekarang ni saya tengah coba nak claim airport tax..yang dalam rm100 lebih jugak harganya. Tapi kali ni saya kena berurusan dengan  customer service AirAsia...bukan Tune Insurance...

Saya buat complaint untuk tuntut airport tax kat sini...

Ask AirAsia eForm




Dah 3-4 hari dah....tapi tak ada lagi khabar berita.......semoga dapat la claim ...Airport tax pun jadilah...




Just sharing....

No comments:

Post a Comment