Thursday, 2 September 2010

Isu Politik kah..? Isu Perkauman kah ?

Baru lepas habis baca suratkhabar Utusan Malaysia....macam-macam hal sekarang ni....
macam-macam benda aku baca kat dalam suratkhabar ni yang kebanyakkannya perkara yang mahu menggugat keamanan negara Malaysia....Keamanan Malaysia seakan diserang dari dalam dan dari luar....

Aku sebenarnya malas nak baca suratkhabar, apa-apa jenis suratkhabar la ....sebab selalu akan rasa sakit hati jer....Isu-isu sosial pasal buang anak, dera dan bunuh tu pon bila baca rasa tak tertanggung sedih ini ditambah lagi dengan hal2 politik dan isu racism makin menjadikan jiwa ni kacau...
Rasa macam nak baca suratkhabar Nanyang Siang Pao dan Tamil Nesan je, sebab confirm aku tak faham...hehe...

Yang terbaru menyebabkan aku bertambah sakit hati bila baca topik 'Isu-isu dari Akhbar Cina' di dalam suratkhabar Utusan Malaysia mengenai hal pakcik Namewee vs Pengetua Sekolah tu....
Itulah kan, selagi kita dilahirkan sebagai Melayu, Cina dan India selagi itulah akan ada isu racism ni....so macam mana nak hapuskannya ? aku rasa memang mustahil la....

My personal opinion yang mungkin agak racist la jugak... Orang Cina ni apa lagi yang derang nak ye ? Saya tengok majority korang ni senang lenang...kaya raya...berpelajaran tapi masih jugak nak timbulkan rasa tak puas hati terhadap hak keistimewaan orang-orang Melayu ni dan kuat memperjuangkan hak sama rata....katanya Malaysia akan bertambah maju dan bertambah kaya kalau semuanya sama rata... Saya tak nafikan ada juga betulnya...tapi cuba anda bayangkan sekejap kalau anda jadi orang Melayu@Bumiputera yang majoritinya duduk kat kampung, kurang berpelajaran dan kurang kaya... Apa kata anda orang-orang Cina dan Melayu sama-sama tolong mereka-mereka ini utk meningkatkan taraf hidup orang-orang ini agar kita sama-sama dapat rasa kekayaan di Malaysia ni ? Agak-agaknya mahu ke ? Rasanya mesti jawapannya...alah Melayu malas, buat ape nak tolong ...ye tak ? huhu

Orang-orang melayu sendiri pon ade juga yang saya menyampah especially orang-orang yg suka nak buat havoc and tak sayang mulut suka nak melaga-lagakan penduduk Malaysia ni...Mungkin mereka ni sakit hati dengan keamanan negara mereka sendiri... ?? Kot ye pon nak marah anak murid awak janganlah sampai nak menyentuh sensitiviti mereka...takde akai ka...ke takde perasaan....huhu

Mungkin inilah dunia politik yang kurang bersih disebalik tabirnya yang lama-kelamaan rakyat menjadi mangsa...bila rakyat kucar kacir...senang kerajaan nak dijatuhkan ye dak ?? huhu...

Sekarang ni isu Indon plak..yang lagi lah aku tak paham.....derang ni takdak keje lain ke sampai sanggup berak & pegang taik pastu sapu kat kedutaan Malaysia... tak geli ke ? Aduyai...jijik kowt.... saya pernah pergi Indonesia...dan saya suka pergi sana...kadang-kadang ada rasa kesian especially bila tengok ramai rakyat miskin di sana... aku membuat andaian sendiri ntah-ntah mereka ni diupah untuk berdemonstrasi menentang Malaysia ? Boleh dapat duit dengan mudah pe macam tu... cuma pijak-pijak bendera...bakar-bakar bendera...terpekik terlolong...pastu dapat upah....

Mmmmm ntah la wallahualam...doakan yang terbaik je untuk Malaysia...

Just sharing....

No comments:

Post a Comment