Tuesday, 31 August 2010

18 Golden Rules for a Lovely Life


















P/s: Ni salah satu kompilasi email yg saya suka...tp dah lupa sapa yang send....
Rule no.5 dah hilang....

Just sharing....

Sunday, 29 August 2010

Harap Maaf Gangguan Amat dikesali

Tak sangka pulak gambar ni tak bleh display....ni akibat sindrom copy and paste la ni...
ekceli saya nak share kat sini antara kompilasi email-email kegemaran yg sy received dari kawan-kawan dalam inbox email office, inbox ni nak kena clear sebab hardisk pc kat office dah tak tertanggung bebanan gigabyte dalam inbox saya ....tapi ada sesetengah email yg saya suka utk di share dalam blog, so saya just copy and paste and publish kat blog email-email tu....
kesimpulannya memang tak digalakkan ....eh bukan tak digalakkan memang tak boleh...paling koman pon kena edit dulu sebelum publish....
InsyaAllah nanti ada masa saya edit balik email-email tu untuk di publish semula dalam blog....

P/s kat ofis kene keje.... :(


Just Sharing

Tuesday, 24 August 2010

You nak kena belasah dengan I ker ?

Pagi tadi di tingkat 5 blok B ...
3 orang pekerja IT unit Investment Department sedang berdiskusi ...
Ah Ming, Ah Chong dan Ah Zy namanya....

Ah Ming: Fund Manager ada request report baru....which looks like this.....bla bla bla....

(Ah Ming ni memang paling banyak cakap antara mereka bertiga.....Ah Zy dah menguap sampai 5 kali baru Ah Ming habis bercerita...)

Ah Zy : Data for this report already exist in the database....what we need to do is only to structured those data as per report requirement.... so i suggest it is better for the software developer to do that part...

(Ah Zy berkata sambil mengerling ke arah software developer yang dimaksudkannya...iaitu Ah Chong...bukan niat Ah Zy nak lepas tangan tapi itu yg terbaik bagi pandangannya )

Ah Chong: (dengan muka innocent ala-ala komfidennya) Eiiihhhh...mana boleh ma..... nanti system tu nak generate report banyak lambat woooo...... banyak calculation kene buat....masak la nanti... better you buatkan structure table dengan data tu ...lepas tu system grab je dari database.....senang sikit...

Ah Zy: (buat-buat muka terkejut dan pasrah) oooo ye ke...kalo macam tu i buat lah.... nanti dah siap i inform you...nanti you boleh la grab the new data structure from the new table.....

Ah Ming: Ok la....if that case Ah Zy you create the new table ok....

(Ah Zy tak kesah pon sebenarnya, dia lagi suka dapat assignment baru....at least tak la terbongek kebosanan tak de keje harini...cuma agak mencabar jugak la nak structure kan balik data-data tu....ada 3 view baru, 1 table baru dan 1 sql program dia kena create..)

Pulun...punya pulun....dan kod-kod T-Sql dah hampir berjaya mengeluarkan output yg dikehendaki ke dalam table yang baru dibina
Tetiba...

Ah Chong: Ah Zy..!! tengok ni....i dah siapkan report baru tu....i calculate pakai system tu jer..... tak payah grab dari table baru....

(Sambil menunjuk-nunjuk report baru yg berjaya dibuatnya di depan muka Ah Zy)

Ah Zy memandang Ah Chong dengan muka bengkek gilosss...segilosss gilosssnyaa.....

Ah Zy: You nak kena belasah dengan i ke ? YOU NAK KENA BELASAH DENGAN I KE ?!!!!! Tadi you yang suruh i buat, ni apasal pulak you yang buat ?????

Ah Chong : (Dengan muka cuak gilosss) oooohh ya....ya.....nanti i grab data dari dalam table baru tu...

Ah Chong terus cabut balik ke tempat dia........tau ko takut...


Just sharing....

Ulor dalam rumah


Kejadian ni berlaku dalam 2 bulan lepas...dirakam oleh my sis...
Naseb baik sy takdak kat rumah masa ni...kalo tak lagi haru kot...
Ular ni nyuruk bawah tilam merah kat ruang tamu.... tilam tu memang kami saja-saja letak bg senang nak lepak2 tengok tv...
tak tau la dah brapa lama ular ni nyuruk bawah tilam tu sebenarnya....
bila kak nor nak alihkan tilam tu... baru terperasan ada ular...
Kak nor jadi heroin of the day kerana berjaya memvanishkan ular itu dari umah kami menggunakan gadget seperti spray nyamuk dan penyapu...bravo kak nor...!! You are our Saviour indeed...

p/s selama ni dok ingat rumah kampung je masuk ular....rupanya2 rumah kat bandar lg dasat...ni dah kes kali ke-3 ular masuk rumah...

Pssssttt....agak2 tu ular jantan ke betina ?


Just sharing....

Monday, 23 August 2010

After 12 -> Double Charge !

Last Sunday 1 o'clock in the morning i was about to go to sleep when my mom asked me to check my sis as she was shivering intensely and her body was very hot. Never before I've seen her like this. I quickly told her fiancé (he was at my house at that time, staying for three nights because he needed to entertain his friends Mike and Elvina from Tasmania who were in KL). We both became quite panic and persuaded her to see doctor, but she refused by convincing us that's its just a normal fever and she will be ok after the Panadol kicks in .
1 hour after that.... i checked again, still HOT...i panicky called Syafiq to return home immediately because we wanted to use the car (Syafiq is the 2nd driver of my sis's car...suka pow kete kak idah dia). After Syafiq arrived i persuaded my sis to see doctor with the support from Syafiq and her fiance....(again & again....minah ni memang degil sikit)...i'm scared if she's having a high fever, at last after much persuasion she agreed to see doctor at Klinik TTDI Famili 24 hours...once the 4 of us arrived at the empty clinic,only the doctor and clinic assistant was there , i saw her shivering was getting slower and when i checked her fever at the forehead with the back of my palm ...erkk...the fever was getting better (wahhh demam ni boleh main acah-acah ke or maybe the panadol truly has kicked in ).... we were then, as expected, questioned by the doctor why we cannot wait until morning to see the doctor....furthermore the doctor explained that its just a normal fever and it's normal to have shivered, the clinic will double charge the fees after 12 am not only the clinic will charge double, the hospitals too will do the same things.... we leave the clinic after paying Rm45...RM30 for consultation (only taking the temperature...no bp no stethoscope ) and RM15 for 5 tabs of Zyrtec....
* before this i thought only Taxi will charge double after 12 am, the product has expanded

p/s: this post is wrote when i'm about to fall asleep...sorry if you too felt sleepy while reading this...

Just sharing....

Friday, 20 August 2010

Belom boleh balik lagi daa

Jam menunjukkan pukul 6 petang lebih sikit

Document dah update...yeah siap.... system dah check..yepss yepss.....database dah compressed ...yes of course....dah run system update...sudah...sudah.....network mapping kat server? ...tu dah lama dah siap....
OK...smua nya dah settle.... tinggal siap-siap nak balik rumah jer..... yeeehaaaa.....hari ni boleh balik awal.... suukeeeenyee....

Erk...adusssss.....total collection untuk hari ni depa blom email lagi la plak....... awat lambat ni..... tak sabar nak balik dah ni.....

Aiks...apasal tetibe ade lagu klasik Cina dalam ofis ni.... mane datang ? Bunyi macam dari dalam conference room jer...huhu....buat conference call pon ade background music ke depa ni ?

Arrggh.....mane email total collection ni....wa tak sabr nak balik dah ni....haisshh....tensi tensi (curik perkataan ijan)


Pukul 6:15 petang.... yeay email dah sampai...buat ape2 yg patut then dah boleh balik.....yeeehaaaa!!



p/s : entri ini ditaip diofis ketika ku sedang boring gile menunggu kerja terakhir pada hari ni...



Just sharing....

Thursday, 19 August 2010

Penternak Cacing Jaya...

Pernah lah dulu2 satu ketika bila perusahaan kecil-kecilan menternak cacing tengah ‘hot’ kat Malaysia ni, ramai jugak orang-orang yang kukenali pon jadi bidang terjun penternak cacing di rumah masing2 untuk menambahkan pendapatan yg sedia ada. Aku juga tak kecuali, terkena jugak tempias aura semangat mereka-mereka ini…. Tapi bukan aura buat betul-betul cuma aura berniat-niat hangat2 tahi ayam jer…..

Tapi dah namanya hangat-hangat tahi ayam…memang kesudahannya memang menjadi tahi ayam yang kaku beku….begitulah juga niatku nak jadi penternak cacing, kaku beku sekaku beku tahi ayam tadi…

Tapi sejak 2 menjak ni, aku secara tak tersengaja telah menjadi penternak cacing kat dalam bilik air di rumahku…..

Setiap kali aku masuk bilik air, tak sah kalau aku tak jumpa cacing … paling kurang aku rasa 3 ekor…paling banyak 7 ekor...Bermacam2 saiz ada…paling panjang aku jumpa lebih kurang 15 cm…dan paling pendek aku jumpa lebih kurang 1 inci….

Nasib baik la cacing yang diternak olehku ini tak sebesar mana….. kalau nak jual pun memang tak laku la….

Aku yang azalinya memang penggeli cacing masih kebal lagi melihat cacing-cacing yang diternak dalam bilik air ni….

Belom ada rasa geli…Kalau ada rasa geli confirm aku dah tak guna dah bilik air tu….

Setiap kali aku masuk bilik aku akan selalu memantau kedudukan cacing-cacing tu…..

Takut-takut cacing-cacing tu masuk ke kawasan yang tak sepatutnya depa pergi…huhu…

Sambil menjalankan urusan…aku akan periksa kedudukan cacing-cacing setiap 3 minit sekali….

Rasa agak kurang best sekarang ni kalau nak ke bilik air….

Agak-agak korang macam mana nak halau cacing-cacing ni ?

Jangan bagi cadangan suruh kutip & jual sudah la eik…..


Just sharing....

Wednesday, 18 August 2010

Dibelenggu Pengalaman

Pengalaman. Guru yang sangat berkesan. Boleh jadi satu memori hitam yang cukup menyakitkan.
Apa yang sedang kita alami sekarang, sebentar lagi akan menjadi pengalaman. Setiap hari kita menimba pengalaman baru, meneroka alam kehidupan yang penuh dengan perkara-perkara yang harus dialami, tiada terkecuali. Sekadar pengalaman tidak cukup membuatkan kita menjadi lebih baik jika tidak ada yang kita pelajari daripadanya. Bahkan mungkin, pengalaman dapat membawa kita ke dalam kehidupan yang penuh kerisauan, ketakutan, kebimbangan dan ketidakpastian. Kita buntu, tidak berani melangkah kerana pengalaman silam cukup memeritkan. Apabila itu yang kita alami dan kita tidak bisa keluar daripada pola pemikiran tersebut, sedarilah bahawa kita sedang
DIBELENGGU PENGALAMAN!

Pengalaman Memberi Kesan

Sedar atau tidak, pengalaman memberikan kesan yang besar dalam kehidupan kita. Impak daripada pengalaman bergantung kepada respons ataupun tindakbalas kita terhadap pengalaman tersebut. Seperit mana pengalaman pasti bererti buat orang yang tahu belajar daripadanya. Sebaliknya, semanis mana pengalaman takkan ada harganya bagi orang yang tidak pernah ingin berubah menjadi lebih baik. Contohnya, kegagalan dalam hidup boleh jadi membuatkan seseorang semakin gigih untuk mengecap kejayaan, mungkin juga ada yang semakin takut menghadapi ujian dek kegagalan yang pernah ia alami. Kesannya berbeza, dengan situasi yang sama. Itulah dia bahaya yang harus kita hadapi daripada pengalaman seharian dalam kehidupan.

Jangan sampai belenggu yang kita letakkan daripada sesuatu pengalaman membuatkan kita terperosok dalam hidup yang penuh penyesalan dan tanda tanya. Silakan! Silakan jika kita ingin salahkan persekitaran, situasi dan fenomena. Tetapi ingat bahawa selamanya kita takkan pernah menjadi lebih baik dan belajar daripada pengalaman.

Permasalahan utama ialah diri sebelum persekitaran.

Cuba kita renungkan, berapa banyak pengalaman yang telah melonjakkan kita menjadi lebih baik? Dan berapa banyak pula pengalaman yang menolak kita ke belakang untuk sentiasa pasif dalam kehidupan? Fikirkan! Jangan biar belenggu itu menguasai diri kita!

Belajar daripada pengalaman

Bagaimana caranya agar kita bisa belajar daripada setiap pengalaman yang kita lalui dan menjadikannya sebagai stimulus atau perangsang kepada kehidupan yang lebih baik?

Jadilah orang yang positif! Mengapa perlu masa silam menjadi dinding untuk kita terus maju ke hadapan? Adakah kita terlalu lemah sehingga hidup kita terkongkong dalam pengalaman peribadi yang memasukkan kita ke tahap pemikiran
“STATIK” dan tidak“PRODUKTIF”? Apakah segala yang Allah timpakan kepada kita bertujuan untuk menolak kita ke belakang dan menghalang kita untuk terus melaksanakan perintahnya dengan penuh semangat dan bertenaga? Jangan sampai kita menyalahkan takdir sedangkan permasalahan sebenar adalah DALAM DIRI KITA!

Seribu Satu Pengalaman

Dalam hidup ini, seribu satu perkara akan kita alami. Ertinya, seribu satu pengalaman akan kita perolehi dalam pelbagai aspek kehidupan. Orang positif akan melihat ini sebagai peluang untuk menjadi lebih baik dalam setiap aspek kehidupan. Orang lemah dan negatif akan membuat alasan untuk mundur dalam segenap aspek kehidupan.

“Aku dah pernah
try dah, memang tak boleh punya….“

Cukup! Cukup dengan alasan ini yang membuatkan kita menjadi lemah dan hina tanpa daya usaha yang gigih demi mencapai Redha Allah. Adakah Rasulullah berhenti berdakwah setelah pengalaman yang Baginda peroleh hasil kerja Dakwah di Thaif? Adakah Nabi Nuh lari daripada medan Dakwah setelah seruannya malam dan siang tak pernah diendahkan? Bukankah itu pengalaman?

Adakah Thomas Edison berhenti membuat eksperimen mencipta mentol setelah mengalami kegagalan beberapa kali? Bahkan mencecah ribuan. Adakah rakyat Palestin terus menyerah kerana telah beberapa kali mengalami penindasan oleh Israel dan sehingga hari ini masih lagi ditindas? Tapi kita? Sedikit ujian telah cukup membina dinding tebal yang menghalang kita untuk terus maju. Lihatlah besarnya kesan
“BELENGGU PENGALAMAN”

Ingatlah wahai pembaca dan sahabat sekalian, tidak ada siapa yang rugi jika kita terus berada dalam belenggu pengalaman. Bahkan, kitalah yang akan terus ketinggalan di belakang di saat orang terus menerus mencipta kejayaan demi kejayaan. Jika kita salah seorang yang dibelenggu pengalaman, bagaimana kita boleh berbangga mengatakan AKU SEORANG ISLAM?

Islam tidak pernah mengajar Umatnya menjadi lemah dan takut, serta sering mencari alasan. Islam menyuruh kita menerobos ke dalam hati dan diri sendiri dan menjadi lebih baik!

Wallahua’lam.


www.iluvislam.com
Dihantar oleh: zulyunus
Editor: fazly_90


Just sharing....

Tuesday, 17 August 2010

What happen to BH Online

Today, 9:30 in morning at office I tried to open Berita Harian Online using FireFox, which one of my daily must read online news besides The Star Online and myMetro, however the website was redirected to http://www.chartnexus.com (ChartNexus - Your Personal Software for Technical Analysis)….

i make my own assumption that maybe the site is under maintenance… I’ll try again later…..

On 5:30 PM, I tried again to open BH Online before going back home but the problem persists…..i’m shocked, because the site is quite popular and never before this things had happened… how can they blocked the users from viewing the site which can brought to their own losses… Or is it somebody has hacked their server..? Or maybe a virus attack?.. I wonder…

May be I’ll try to view the site using Internet Explorer

Ahah…! Succeed..!!!

Waaa….my FireFox definitely have problem…..or maybe virus ? ..better inform IT Department….ooooppppsss….cannot tell them because I illegally installed Firefox at my PC….

i’ll go into trouble if i told them…..better don’t create any trouble right now…..did i mentioned before that we have a strict IT Internet policy....Sssshh…..


Just sharing....

Monday, 16 August 2010

Roadtax berderet

Dah hilang dah roadtax stickers yg berderet kat kembaraku ...
matyea dah tanggalkan kesemua 8 roadtax tahun-tahun lepas dengan thinner... huhu...


Just sharing....

Sunday, 15 August 2010

Singgah Sahur -> G.C.B yummy...

Don't know what to write actually, but right now i don't want to go to sleep ...just yet...
i don't know what to do... so i thought its better to check whats up on my blog rather than doing nothing...
Nothing to be checked actually..... he he...so i just simply post this entry....

Just came back from McDonalds BU 8 for sahur with sis and cuzzins....
at first we wanted to go to A&W PJ near Amcorp Mall for its yummy float,but to our surprise...it was already close....
doesn't it supposed to be a 24 hour restaurant ??
Then with heartbroken (to sound more dramatic) we went to McDonalds BU 8 instead...
I ate G.C.B (or is it G.B.C or B.C.G ? definitely not BCG la...)...loved it....
after that i ordered Mcflurry then shared by 4 of us.....and thats it for my today's sahur....

Yesterday morning i attended my first class of Mandarin Conversation Elementary 1 taught by Madam Shieh at ICLS Uptown Damansara....
She's a very experience Mandarin teacher...a very dedicated one....
Entering her class for the first time makes me motivated to learn Mandarin even more...
At this elementary level...we will focus on the Mandarin pronunciation in depth with more advance vocabulary ...
Last time, during the beginner class (taught Mr Ray...sadly he has gone back to China for good), we were taught to be familiar with some basic words used in Mandarin without focusing on the pronunciation..
However i had a bad headache after the class finished...too much things to absorb for a first day....

After the class....zooooommmmmedd to Rawang...We went to UDAIMATUNNUR Muslimah Bridal Boutique, my sis is looking for her wedding dress....Found a match....hehe but she will only book the dress next week....the price: RM2500 for the rental together with accessories(tudung,veil,shoes, etc) and the groom outfit...then we buka puasa at Ucu's house....ate yummy ikan terutup (ikan sumbat)


Mmmm time to sleep....zzzzZZZzzzzz....

Just sharing....

Friday, 13 August 2010

Broga Hills Aftermath




Look at my toenail...almost falling apart...
This is the consequences of not cutting your nail properly before going for hiking,

5 months ago during our trip to Broga Hill, i forgot to cut my toenails which were quite long at that time, i only managed to cut my fingernails..duh..! like i walk using my hands?
It was ok during our journey to the top but it was so painful when going down from the hill as the toenail kept banging in front of my sport shoe...and i kept screaming...ouch! ouch.! adoi ! adoi! adoui! all the way down...

2 days after the trip, my toenail has became blackened and was all black for 5 months ..!! Until the day we went to hot stream in Krabi, something had happened... after we soaked in the hot stream for about an hour i realized that my black toenail has became a little bit of white...and i thought wow.. that hot stream had healing effect on my toenail...and i was happy that finally my toenail is healed.....but not long after that, when i'm back in Malaysia... i felt something falling apart from my feet....its my toenail...!!!

Click below for more info about black toenail
Just sharing....

Wednesday, 11 August 2010

Limau + Susu Kambing = ?

Dua hari sebelum puasa beli 2 biji buah limau.... RM 1.30 sebiji tuh....tak hengaat....di import khas dari Afrika Selatan...
Sesampai je kat rumah terus potong limau tu sebab tak sabar-sabar nak makan buah limau ...mmm manis rasenya....
Hampir sebijik saya makan sorang-sorang, langsung tak ingat nak pelawa kat orang keliling saya & tetiba jadi kedekut akibat pekena buah limau Afrika.
Sebelum tidur...teringin nak minum milo campur susu....cari kat dapur tak jumpa pulak susu....yang ade paket susu kambing HiGoat kepunyaan emak...mmm boleh la tu....saya pun buat la minuman di mana bahan-bahannya adalah sesudu besar serbuk milo tambah sepaket susu kambing HiGoat....sedap, siap ada buih-buih halus dalam secawan milo susu kambung ciptaan saya tu...
Selepas minum milo saya terus masuk bilik tidur...... Pukul 4 pagi saya terjaga, sebab sakit perut tak terkata terus berlari pecut masuk toilet.......Pkul 5 pagi pon terjaga lagi,buat pusingan kedua dalam toilet....
Ha... padan muka saya....memang tau sejak azali tak boleh minum susu sekali makan dengan buah limau atau benda yang masam atau pedas.....gerenti perut meragam punye......(but look at the bright side: salah satu taktik utk dpt MC) hehe...tapi keesokannya saya bekerja macam biasa je & makan kfc lagi tu for lunch walaupun perut belum pulih sepenuhnya....Sehinggalah ke hari ini perut saya masih meragam tapi Alhamdulillah saya masih dapat puasa sepenuhnya dalam keadaan perut yang tak berapa nak sihat....

Just sharing....

Tuesday, 10 August 2010

Gediks sebelum Ramadhan

Lunch tadi menggedik dengan Chong.... Ajak Chong Ching Chong makan kat luar....selalunya kami makan dekat dalam bangunan ofis jer....jarang makan kat luar....tapi disebabkan esok nak puasa teringin pulak nak makan KFC...Chong yang jadik mangsa, dia bukannya sambut puasa pun...Saya pon terkejut jugak bila si Chong Ching Chong setuju nak drive & temankan pergi makan kat KFC....selalunya dia ni kalau di ajak makan kat luar bukan men liat lagi...mungkin dia kesian tengok muka saya yang sangat desperate nak makan KFC kot...
Bersyukur ada ofis mate macam Chong ni....kadang-kadang tengok muka dia pon saya dah boleh senyum....belum lagi kalau tengok dia berjalan....apatah lagi bila dia mengeluarkan ayat skema bahasa Melayu klasik yg dilontarkan ketika bercakap dengan saya....
Antara ayatnya yang tak boleh blah....
'I nak pergi pungut awek' --> sekarang dah upgrade 'I nak pergi pungut bini'
'Hari ini tanggal berapa ?'
'Habis kotor i punya celana'
Kadang-kadang bila pukul 4 petang, saya masih khusyuk buat kerja sampai hampir terlupa nak solat Zuhur...dia datang tempat saya 'Eh Zy, u tak pergi sembahyang ke ?' . Sentap ke tak tersentap bila orang macam Chong mengingatkan kita untuk bersolat ?

Salam Ramadhan Almubarak semua, semoga sama-sama dapat memperbanyakkan amal dan takwa....

Just sharing....

Sunday, 8 August 2010

Cuci mata tengok Hans Isaac sampai 2 kali...

Buat julung kalinya Cik Zy pergi tengok teater kat Istana Budaya ......2 kali dalam seminggu....teater yang sama pulak tu...
Bukan Cik Zy sengaja nak pergi tengok teater tu 2 kali.....
Cik Zy sebenarnya dah beli lama dah tiket untuk tayangan hari ini...Cuma tak bayar je lagi harga tiket tu kat tukang beli tiket.....
(dan masih belum bayar lagi di saat ketika entri ini ditulis walaupun dah pergi tengok untuk kali kedua tadi.....dan dah puas gelak sakan untuk kali kedua jugak....)
Cuma tiba-tiba hari Khamis malam Jumaat yang lepas kawan Cik Zy dapat tiket free dan mengajak Cik Zy cuci mata sekali dengan nya...
bagai pucuk dicita ulam pegaga pahit yg dtg Cik Zy menerima pelawaannya dengan hati terbuka ria...
Walaupun 2 kali Cik Zy tengok Cuci ....Cik Zy rasa sungguh happy....walaupun sebenarnya hari ni Cik Zy tak cukup tidur sebab Cik Zy tak dapat tidur atas tilam empuk kepunyaan Cik Zy kerana berkelana di daerah Banting....dan angan-angan Cik Zy bila masuk sahaja ke Panggung Sari di Istana Budaya Cik Zy nak melelapkan mata barang 20-30 minit hancur musnah dek kerana keseronokan menonton Cuci lebih-lebih lagi pabila dapat mencuci mata tengok Hans Isaac yang encem....terbeliak saja mata Cik Zy...Susah sungguh nak katup2....


Just sharing....

Krabi - layan blues sorang2

Hari ke-2 di Krabi sepatutnye kami pergi 4 islands hopping...
aku sungguh excited sebab ia antara aktiviti-aktiviti yang dinanti-nantikan..

tapi ntah macam mane beberapa minit sebelum kami naik bot....
perut aku rasa semacam....
bile ku pandang ke arah bot yg berada di tepi pantai...
makin menjadi-jadi perutku kembung ....rase seram sejuk juga ada....
bile ku pandang lagi ke arah pantai dan ku lihat laut yg terbentang meluas....
mood aku dengan tak semena-mena berubah jadi down...
perasaan takut mula muncul....

bila ku lihat ke arah wajah2 riang kawan2 seangkatan yg bakal menaiki bot bersama2....
ku tertanye...gembiranye mereka nak naik bot....tapi kenapa aku tetibe rasa takut ni ?
tiada seorang pon dari mereka2 ni tau aku ada anxiety disorder...
bolehkah mereka mententeramkan aku jika aku terkena panic attack di dalam bot ?
Tapi aku sendiri tak yakin dengan diriku sendiri....
ku teringat memori di Pulau Perhentian.....aku sungguh gembira menaiki bot ketika itu....
tapi kenapa kali ni rasa semacam? Adalah ubat Xanax yg membuatkan perasaan takutku untuk menaiki bot tiba-tiba muncul...? I am so confused ...so disoriented...

Beberapa langkah sebelum masuk ke dalam bot...
tetibe langit mendung,angin bertiup kencang dan ombak semakin kuat...
ahhhh sudah....ni tak boleh jadi... aku kene buat keputusan sekarang jugak....
nak ikut island hopping atau tinggal seorang kat AoNang.....
Angin makin kuat dan hujan turun rintik2....bot kulihat terhuyung-hayang dipukul ombak..
Kakiku terhenti.... keputusan telah diambil....
aku tak akan menaiki bot.....biarlah aku tinggal seorang kat AoNang layan blues sorang2....

Aku lambaikan tangan pada mereka....
Aku balik ke bilik hotel sorang2....
Tidak lama selepas itu...
Ku lihat hujan makin reda...
langit makin cerah....
aku terbayang alangkah indahnya dapat snorkelling bersama ikan2 di waktu ini...
tp akibat ketakutan aku yg tetibe menjelma....pengalaman ini terpaksa ku lepaskan....
jauh sudut hati ku rasa sungguh marah dgn diri sendiri.......penakut sungguh kamu ini....
fear of flying sudah kamu conquer....tp muncul pula fobia baru...fobia naik boat pulak kah ?
Aduyai....ruginya kamu...

Untuk melegakan rasa resah dihati...dan untuk menghilangkan rasa sungguh rugi tak mengikuti island hopping....
aku pergi berenang di swimming resort sebelah....
aku pergi berjalan2 di tepi pantai AoNang...
aku mandi di pantai sorang2.....

Dan ini hasil gambar yg ku tangkap semasa melayan blues sorang2.....











Just sharing....

Saturday, 7 August 2010

Krabi - Muslim Foods - It's easy to find....


Krabi ..having 50% of Muslims population makes it easy for us to find food....


this is one of many stalls selling muslim food at AoNang Road...
located in front of McDonalds...
tom yam kung, variety of sticky glutenous rice, padthai are sold here..
This guy knows how to speak a little bit of Kelantanese

Fried Padthai...siap...!


You can identify muslim food stall by its halal or crescent & moon symbol

This mini desert with sweet and creamy coconut milk sold at
Aonang small night market for 1 baht a piece .....
didn't remember the name...it sounded like something 'Prang'..

These too are also coconut based with sweet sticky rice

Love the pancake.... a must try...! Kakak penkek...say cheese...

and more foods...



************************************************************
DURIAN TIME!
************************************************************


and these are the best durian i've ever tasted...
even Musang King cannot beat the deliciousness and the price offered....
RM4.50/kilo...

Look at the size...!!
soft fleshes, smell not too strong, a little bit sweet & bitter,
easy to open no need parang, pisau (knife) also can....
most importantly i didn't get stomached at all..!!




Just sharing....

Xanax Withdrawal

Yeah ...its time to conquer the Xanax withdrawal symptoms yet again..
after 5 tabs of 0.5 mg and 2 tabs of 0.25 mg in between 7 days to help me through my 'holidays' anxieties ...

It was with prescription but not by psychiatrist, before i took the flight to Singapore i went to a family clinic nearby my house which is the second place i would go to sought for help in case if i'm unable to see a psychiatrist. I just explained the problem and the doctor after revising my previous visits with not much hesitation prescribed me 10 tabs of 0.5 mg..

Relatively the dosage I've taken is not too high however from my previous experience it's always been a tough time to deal with the withdrawal symptoms both physically and mentally. Usually, during this period of time i'm easily agitated,hypersensitive, depressed, having depersonalization feeling and became more panicky than Xanax-free period. I also experience hot/cold flashes, tingling, deep burning pain inside abdomen and palpitations.

The worst panic attacks i've ever dealt with was when i unintentionally abruptly stopped Xanax ...it was about 4-5 years ago which i've never heard of Xanax withdrawal symptoms at that point of time (and i thought i was in full of stress and having a rebound which was actually not..). The feeling of severe panic was like something has controlled and clouded my mind with full of fear ...and i've lost control of it . My whole body and organs inside abdomen felt like deep burning wanting to burst....Through this experience, I have learned my lesson not to stopped the medication abruptly...take a lower dose & frequency instead for few more days...

Now i'm more prepared ...more awareness....

if you'are interested to know further about Xanax withdrawal you can read THIS


Just sharing....