Ahli terbaru dikebun yang sedang membuahkan hasil dengan bahagianya adalah terung putra dan kacang panjang renek.
Benih terung putra ni ku beli dari blog diari petani. Masa aku beli benih dalam bulan Oktober last year sampulnya begini.....
CantiK ... ungu berkilat... |
Puas hati beli dengan Diari Petani, banyak benihnya. Boleh buat stok sampai ke anak cucu ok. Benihnya pun bernas. Cepat bercambah. Tapi bila dah berbuah , ku tunggu punya tunggu punya tunggu terung bertukar warna ungu...... tak jadi ungu pun, dia jadi separa ungu je. Last2 aku terus petik buatkan lauk je tanpa bertukar jadi ungu.
Hasil pertama.... degil tu, x jadi ungu.. |
Lepas tu, aku bukak balik page diari petani tu. Nak double check betul ke rupa terung yg aku tanam cenggituu....jeng jeng..
jeng...
Dia dah update daa.. |
Dan ... buah-buah terungku yang seterusnya sebijik rupanya dengan gambar di atas... mungkin sebab pokok baru nak belajar berbuah sulung, maka buah sulong tu yang cacat sikit warnanya... huhuhu..
Selain terung, lagi satu pokok yang sedang galak ialah pokok kacang panjang renek. Cepat berbuah dah cepat pula mengeluarkan hasil. Tapi hasilnya tak ada la sehebat pokok kacang panjang yang menjalar atas pagar tu, tapi bolehla kalau setakat nak buat ulam ulaman. Tapi kalau nak hasil lebih sikit kacang panjang renek ni, kena la tanam banyak pokok. Benih kacang panjang ni ku beli dari blog kebun bahagia bersama dan juga fb kelab benih.
Ready untuk di ulam ulamkan |
Just sharing...
No comments:
Post a Comment