Bukannya saya sengaja nak melewatkan pembaharuan permit tapi masa yang ada pada saya sangat mencemburui saya..
Cemburu dengan proses menguruskan perkahwinan...sorang sorang pulak tu kan... Punyala menguruskan sorang sorang hampir semua perkara sampai nak masuk berarak untuk kompang saya jugak yang tolong jerit panggilkan derang suro start main kompang... Huhuhu...pengantin sendiri kena buat.... Huhu
Lepas settle hal kahwin...saya kena settle kan hal pembelian rumah pulak....which is another headache..... Kena deal dgn peguam....dengan KWSP.....sampai terpaksa amek emergency leave takut kena interest kalau terlebih due date...
Lepas settle kedua duanya barulah saya ada masa nak uruskan pembaharuan permit tu...
Dup dap dap...rupanya dah 3 bulan 6 hari saya terlewat....
Oleh itu dikesempatan hari Jumaat (semalam) saya cuti... Makanya
Saya pun pergi ke imigresen jalan duta untuk mengetahui prosedur pembaharuan permit maid yg telah tamat tempoh...
Hasilnya saya mendapat maklumat ini dari pegawai imigresen
1. Saya perlu isi borang rayuan kebenaran lanjutan tempoh sementara (untuk maid saya) bagi menunggu giliran untuk berjumpa/disoalsiasat oleh pegawai bagi kes terlebih tempoh..
2. Saya juga perlu menulis surat rasmi kepada ketua pengarah imigresen bagi menyatakan sebab dan alasan saya kerana terlebih tempoh.
3. Fotostat kad pengenalan saya selaku majikan dan juga salinan muka depan passport maid serta permitnya yg telah tamat tempoh.
Alhamdulillah ketiga-tiga item di atas dpt saya sediakan tak sampai sejam......semuanya boleh dibuat dalam bangunan imigresen tu juga.... surat tunjuk sebab pun boleh diuruskan di situ...hanya perlu pergi ke kedai yang menawarkan khidmat menaip surat...
hasilnya saya mendapat surat ini.....
apa yang pelu dibuat oleh saya selepas dapat surat ni adalah menunggu 10-14 hari untuk mengetahui keputusan rayuan. dan saya perlu call nombor tertera untuk mendapatkan jawapan...
harapan besar saya smoga rayuan diterima....
jika diterima... saya perlu datang bersama maid ke imigresen lagi utk ditemuramah...dan membayar kompaun...kalau ikut standard jika terlebih tempoh 1 hingga 6 bulan kena kompaun dalam rm1500, boleh juga untuk merayu mengurangka kompaun... kena praktis merayu buat muka kesian la camni hehehe....
selepas proses ni berjaya barulah kita boleh teruskan urusan renew permit seperti biasa....fomema...dan seterusnya....
boleh baca ini juga
~ Itsy Bitsy Itchy Typie Hand~: Permit Pembantu Rumah Asing
~ Itsy Bitsy Itchy Typie Hand~: Permit oh permit
Just sharing....
No comments:
Post a Comment