Wednesday 27 October 2010

Asam Pedas Tetel

Weekend lepas pi Melaka....trip ngan kawan-kawan masa master dulu....dah plan dari last month ...tapi baru this month menjadi...
agenda utamanya ...jalan-jalan cari makan sambil merapatkan siratulrahim....

Hari pertama
Makan tengahari :-
Lokasi :Tanjung Emas Muar , dekat kawasan gerai-gerai bumbung warna biru, kami makan digerai hujung kanan sekali no. 1 kalo x salah
Menu:Asam Pedas kepala ikan Mayong bersama ulam-ulaman, Mee Bandung Muar (yang dikongsi bersama) & lai chee kang
Komen: Memang sedap,isi ikan dia lembut....ini kali kedua makan kat sini ni...kali pertama makan bersama famili termasuk arwah sekali selepas buat urusan di pejabat tanah

Menu makan malam:-
Lokasi: Portugis Square , nearby Jalan D'Albuquerque (Mostly Portugis & Chinese) - gerai yg akhir skali, dekat dgn gerai jual manggo juice
Menu: Terung bakar black pepper (harus dicuba), scallop butter garlic, chili crab (best), ikan jenahak bakar portugis style (marvelous)
Komen: Murah, sedap dan berbaloi....ketam 1.25 kg =RM 50 dan ikan bakar jenahak = RM 20

Hari kedua:

Makan tengahari:
Lokasi: Kawasan kedai berhampiran Hotel Seri Costa, restorannya berdekatan dengan Hair Professional Academy
Menu: Asam Pedas Tetel & sayur-sayuran
Komen: Kesedapan pertama kali merasa asam pedas tetel yang tak dapat dilupakan...

Minum petang:
Lokasi: Donald & Lily berhampiran Jonker street
Menu: cendul special (ada sagu )

P/s : Sorry no picture sebab dah syok sangat makan.....

Just sharing....

No comments:

Post a Comment