Sunday 7 March 2010

Income Tax Datang Lagi !

Alhamdulillah.... malam ni aku berjaya habiskan mengisi borang income tax untuk taksiran tahun 2008 & 2009...

kenapa sampai kene 2 tahun punye, bukan setahun skali je ke kena isi borang taksiran ?

Haaa....itu la akibatnya masa buat e-Filing tahun 2008, aku tak confirmkan betul-betul sistem tu dah terima ke tidak maklumat yang aku hantar....

aku dengan yakinnya percaya bulat-bulat la kat sistem tu...tapi bila dah sampai musim e-Filing cukai balik (untuk tahun 2009) dan cek untuk lebihan cukai 2008 aku tak dapat-dapat sampai sekarang...barula kelam kabut email pihak LHDN tanyakan status borang taksiran 2008 aku ...

rupa-rupanya pihak LHDN tak terima borang e-Filing aku dan tak semena-mena terpaksalah aku mengisi borang cukai untuk 2008 secara manual....

leceh sebenarnya isi borang cukai secara manual ni... takdak sistem untuk kirakan jumlah cukai kita secara automatik...kena la cari kalkulator untuk kirakan (tu pon naseb baik ade kalkulator kalau tak lagi pening)...

Dah isi secara manual ni .... kena hantar kepada LHDN pon secara manual la jugak gamaknya....Haisshhhh... kena call balik LHDN ni...kena double confirmkan kat mana kena hantar borang 2008 ni....ari tu katanya kat cawangan kampung atap...tapi apa-apa hal baik confirmkan betol2 balik....karang kalau salah cawangan tak pasai2 boleh bikin panas kat situ....

Dah alang-alang buat ni, baik aku buat jugak untuk tahun 2009 punya, sebab LHDN dah buat pengumuman borang e-Filing untuk 2009 dah boleh digunakan...

dan kali ni aku mengisi borang online ni secara berhati-hati.... hingga aku pastikan bahawa di skrin tertera perkataan 'PENGESAHAN PENERIMAAN e-BE BAGI TAHUN TAKSIRAN 2009' dan slipBE_B-2009.pdf berjaya disimpan di dalam 'hard-disk' komputerku sebagai bukti penerimaan....selamat sudah...

sekarang rasa tak sabar pulak nak dapat duit terlebih bayar ni......

No comments:

Post a Comment