Monday, 22 February 2010

Jiwang la plak ^--^

Tetibe jadi suke gile kat lagu nan satu ni......rasa berkobar-kobar nak menghapal lirik lagu ni siap dengan lenggang lenggok muziknya....kalo tau men alat muzik confirm dah pegi google key-key @ note-note (key note? hai nampak sangat buta muzik)...tak tau la nak sebut apa sbenarnye benda tu...tp key note yang ku maksudkan ni contohnya macam A minor, D major, C sharp (eh macam name programming language lak)... tp nak wat camaner laptopku ade orang yg lebih memerlukan pinjam barang sminggu dua minggu ni....so niatku nak men'download' lagu ni bagi sesi menghapal terpaksa ku tangguhkan buat sementara waktu..... kalo naseb baik lagu ni kluar kat radio time drive pegi balik keje, bleh la aku layan jiwang sat (haha jiwang ke ? ko jiwang ngan sape cik oi....kucing kat umah tu ke ? )...

Aku memang terkenal ngan kelembapan untuk menghapai lagu waima lagu skolah menengahku (lagu MRSM yang cukup glemer tu pon sungguh susah nak ingat liriknya) sampai la ni tak terhapal2 walaupun dah hampir 14 tahun ku meninggalkan skolah tu. Setiap kali ada morning call aku just kumat kamitkan je mulut aku, konon2 macam nyanyi gak la.... tapi naseb baik lirik lagu Negaraku aku hapal....

Cerita pasal hafal lirik ni...dok teringat peristiwa 2 tahun lepas....aku kena paksa rela masuk 'choir performance' sempena Annual Dinner kompeni.. antara kenangan yang tak boleh lupa dalam hidup... almaklumlah dengan penyakit anxiety ni aku kena harung buat persembahan depan 4000 orang dalam gudang yang dah direnovate jadi dewan somewhere at pwtc...kecut jugak la dibuat nye...

Kiterang kena nyanyi 8 lagu tapi tetibe last minit ada yang request xtra lagu untuk kami nyanyi.... so totalnya 9 lagu kesemuanya (8 + 1 = 9)...so bila sampai time rehearsel & sesi boss besar kritik nyanyian kami (ingat AF je ade pengkritik ? kami pon ade la...), bila kena nyanyi lagu yang last minute ni, keluarla bermacam-macam versi lirik dari mulut ahli koir tak bertauliah ni... ada nyanyi lagu A.... ada nyanyi lagu B...ada nyanyi lagu Isabella...ada yang hanya dok ulang2 sebut watermelon ... yang aku plak hanya mampu nyanyi la la la la la la la je....memang rosak jadi lagu tu....so apa lagi boss besar kasi kritikan yang sungguh zzaaaaassss kat kiterang.... tapi nak buat macam mana ? Bukan kami yang salah Encik, top management yang salah , sape suruh kasi lagu last minit, camni la jadinya, naseb baik la rehearsal je....Yang betul2 kami perform baik punye tanpa cacat cela. Dan tahun ni dengar2 gosip kat ofis, giliran aku lagi kena masuk koir... mmmmmmmmmm???

kay la ..kalo hangpa smua nak tau lagu apa yang aku tengah suke skrang ni ...JOM LAYAN..tp liriknye je la ...

Derita Merindu - Ahli Fiqir

L
Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya… bagaimana nak bahagia

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

L
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

P
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada, ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

L
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan…
Aku masih terkilan

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

L
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

No comments:

Post a Comment