Rasanya semua orang dah tau antara cerita yang paling hangat kat panggung wayang sekarang ni tak lain tak bukan ialah cerita Avatar....Aku antara orang yang boleh dianggap sebagai kaki panggung kat Malaysia ni...walaupun kakiku takdelah berbentuk macam panggung wayang (hmmm...adeke org kaki bentuk mcm panggung wayang, tak logik betul) ...seperti kaki-kaki wayang yang lain, aku pon pergi la menonton cerita ni.......
semalam adalah buat kali keduanya aku menonton Avatar....
yang pertama aku menonton versi 2D kat Tropicana City bersama-sama 2 org adik sepupuku yang tercinta....disebabkan tempat tu adalah tempat baru...memang boleh nak dikatakan superb la tengok wayang di Hall 1 GSC.... gambarnya yang cantik, skrin yang besar, tempat duduk yang selesa dan sound systemnya yang gempak ditambahkan lagi dengan cerita Avatar yang best, cukup rempah ratusnya bagi sebuah animation ada sedih, romantik, gembira, suspen, menyampah, geram, kelakar, teruja telah berjaya membuat aku ternganga kat dalam panggung wayang tu sampai tak sedar hampir 3 jam aku terpaku kat kerusi. Sepupuku pun merasai apa yang aku rasa, sampaikan dia sendiri telah jatuh cinta dengan makhluk biru yang bernama Neytiri.
disebabkan kerterujaanku menontonnya....keluar saja dari panggung aku telah berkira-kira mahu menonton Avatar versi 3D.... kali ni aku membawa segerombolan manusia seramai 9 orang untuk menyerbu panggung kali ini di GSC One Utama. Dan di antara segerombolan orang tu adalah kawan sekolah lamaku yang datang dari USA bersama suaminya. Untuk meraikan kedatangannya ke Malaysia bumi tercinta ini, aku dengan baik hatinya telah belanja kawanku ini menonton wayang secara percuma.
Hasil dari tontonanku aku dapati versi 2D lagi best.... sbb bagiku versi 3D ada sesetengah sudut gambarnya agak kabur pandangan mata dan agak memeningkan kepala.
So kepada anda diluar sana yang gemar menonton filem animasi, tontonlah Avatar.....dimana ia merupakan antara filem termahal pembikinannya di abad ini.......dan aku telah jatuh cinta dengan JakeSuuulliii.....
No comments:
Post a Comment