Pesakit Mental Perlu Disenarai Sebagai Golongan Kurang Upaya - NIOSH
By: Ramjit
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) mencadangkan kepada kerajaan untuk menyenaraikan pesakit mental dalam kategori golongan orang kurang upaya.Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye berkata sebelum ini masalah kesihatan mental tidak menjadi satu topik tumpuan kepada kerajaan dan komuniti berbanding masalah kesihatan lain, tetapi di seluruh dunia kini ia semakin meningkat.Beliau berkata masalah kesihatan mental adalah satu perkara serius dan memerlukan ia ditangani segera supaya masalah seperti stres, kemarahan, keganasan dan masalah kecelaruan mental lain seperti psikosis, kemurungan dan membunuh diri dapat dielakkan.Katanya galakan bagi kesihatan mental yang baik di kalangan setiap lapisan umur rakyat Malaysia perlu diberikan keutamaan tahun ini dan disenaraikan dalam agenda nasional kesihatan utama."Di Malaysia, kita perlu melakukan lebih lagi untuk mereka yang menderita sakit mental. Daripada segi perkhidmatan kebajikan, kerajaan perlu menyenaraikan pesakit mental dalam golongan orang kurang upaya."Dan mereka juga perlu diberikan peluang pekerjaan untuk membantu mereka kembali dalam arus perdana dan tidak menjadi beban masyarakat," kata Lee dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment