Friday 16 December 2016

Pi Makan Udang Lipan kat Pulau Aman

Bila TTGees buat gegurl trip ke Penang tinggalkan laki dan tinggalkan anak memasing...Fuhhhh.....pergh meriahnya la aktiviti penuh dengan operasi menggemukkan badan.

Trip tahun 2016 ni berjaya mengumpulkan 7  orang ahli TTGees. Depa berenam sewa homestay kondo di Karpal Singh Drive yang sangat cun ditempah melalui Airbnb....manakala penginapan aku pula di taja oleh adik ku dirumahnya ....hewhewhewheeee...

Tak dapat dinafikan Penang adalah negeri food  heaven dan yang  menjadi kegemaran ku adalah :
 Teochew cendul, roti benggali Maliia, assam laksa & kuetiaw goreng Penang Road, pasembur menari,  nasi kandar Deen,  serabai, nasi lemuni, apom, chicken masala restoran Kapitan Lebuh Chulia. ...... AND LAST BUT NOT LEAST seafood segar dari laut di Pulau Aman.

Kalau nak selamat baikla sampai di Pulau Aman awal antara pukul 11 pagi hingga 1 petang..... Takut kang lambat sangat kempunan la korang ....naik bot dari jeti Pulau Aman ke Pulau Aman tak sampai 10 minit pon...ombak pon tenang je...nak bawak budak pon ok..

Ini trip kedua aku ke Pulau Aman...trip pertama kami dapat makan fresh oyster & fresh lala rebus...trip kali ni pula kami dapat makan fresh udang lipan rebus, fresh lala rebus, fresh ikan bawal putih masak stim asam dan nasi goreng udang....semuanya menjilat jari...nya nyaman..!


udang lipan yang direbus.....nak makan kena gunting kulit dia kat tengah-tengah tu...

udang lipan fresh...hidup lagi ni tau.....sekilo rm18...ada besau ada kecik..

peta pulau aman...









Just sharing...

2 comments:

  1. Went on 8th July 2019. They told me udang lipan RM250 per kg. Crazy.....

    ReplyDelete