Monday 13 May 2013

DIY- pertama kali tukar paip di sinki

Entri ini ku kreditkan kepada kawanku yang bernama Khadijah Mohd Zulkifli kerana telah berkongsi ilmu dan memberi semangat dalam dunia DIY ni....nothing impossible ye ladies...!!!

Setelah hampir setahun paip sinki di rumahku bocor...baru hari ni terdapat semangat gigih nak cuba DIY ni.....

Gambar 1. Beli paip baru di kedai DIY kegemaran anda

Gambar 2. Sediakan tools sperti Spannar atau perengkuh paip dan tape putih


Gambar 3. Tutup bekalan air utama dengan menutup meter air yang terletak di luar rumah..Kemudian cabut paip lama mengguna spannar

Gambar 4. Tadaa.....dah tercabut.....tapi tapi tapi.....

Gambar 5. Ada sisa2 sambungan besi yg reput tertinggal dalam sambungan L tu.....

Gambar 6. Terpaksa la cik zy cabut sambungan L tu dan beli yang baru...


Gambar 7. Hasil tangkapan cik zy di kedai DIY tesco kota dmsara, yang berwarna keemasan tu...sambungan L yang lama yang warna kelabu tu......kat kedai DIY situ tak de jual sambungan L yang sesuai macam yang lama..jadi trpaksa beli 2 jenis sambungan paip..satu sambungan L san satu sambungan ke pangkal paip yang baru...sebelum bayar jangan lupa test dulu dekat sambungan pangkal paip yg baru dibeli....sebab takut tak sesuai....


Gambar 8 . Lilit dulu sambungan utama paip dengan tape putih dalam 6 kali lilitan atau mengikut kesesuaian...tujuannya agar penyambungan paip sempurna,tidak longgar dan tiada kebocoran di antara sambungan yang dibuat


Gambar 9 . Pasangkan pangkal sambungan L ....kemudian lilit lagi dengan tape putih di hujung yg satu lagi.....kali ni lilitan saya dalam 10 kali lilitan...


Gambar 10. Disebabkan hujung  sambungan L itu tidak sama/sesuai dengan sambungan paip yang baru dibeli...cik zy terpaksa memasang satu lagi sambungan perantara di antara sambungan L dan pangkal paip yang baru ...


Gambar 11. Pada paip baru  itu....cabut dulu segala bahagian yang boleh menghalang kerja2 pemasangan paip.....contohnya pelaras paip dan pemusing kepala paip....... kemudian lilit pangkal sambungan paip baru dgn tape putih sebanyak yang boleh agar muat utk kerja penyambungan

Gambar 12  dan 13. Pasang semula bahagian2 paip baru yg telah dicabut satu per satu  dan taraaaa....dah siap...











No comments:

Post a Comment