Friday, 18 November 2011

Saje nak story ..

Last week dapat berita officemate saya punye makcik yang duduk di Kota Kinabalu telah kembali ke Rahmatullah..
Semasa bercuti  di KK pada bulan April lalu bersama-sama kawan saya tu, dia  selalu aja bercerita tentang makcik dia ni...Saya masih ingat lagi cerita-cerita kawan saya mengenai makciknya itu...
Walaupun tidak sempat berjumpa beliau ... (sebab saya tak ikut kawan saya tu melawat rumah makciknye kerana saya pi melawat kawan saya ..)




Menurut kawan saya makcik dia tu ...tetiba ada orang buat dia hingga tak sedar diri terjun dari tingkat 3 apartment yang di dudukinya...selepas koma selama sebulan akhirnya dia menghembus nafas terakhir..


Mmm.... selalu terfikir....bila perkara-perkara macam ini terjadi terutamanya yang pelik-pelik...mesti ramai orang kita yang akan cakap perkataan-perkataan 'buatan orang' ataupun 'orang buat'...


Saya agak la kan...semuanya mungkin berpunca dari tekanan...stress ...kecelaruan emosi dan sewaktu dengannya..yang menyebabkan manusia kurang sedar atau kurang judgement yang baik tentang sesuatu situasi itu...sehingga melakukan perkara-perkara yang pelik-pelik... 
dalam erti kata lain ada masalah mental pada saat dan ketika waktu itu. (sebab sesetengah orang tidak sepanjang masa dia mengalami masalah mental....hanya waktu-waktu tertentu saja ...kecuali kes orang berpenyakit skizfernia, sbb orang skizofernia ni lain sket situasinya...)
sebab dari pendapat saya....bila emosi terganggu & otak celaru....memang kewarasan manusia itu akan jadi kurang.... manusia akan bertindak hanya mengikut emosi dan sangat impulsif di ketika itu tanpa berfikir panjang... ..


itulah betapa peri pentingnya kita menjaga kesihatan mental kita....kalau terdapat simtom-simtom ke arah itu jangan malu-malu berjumpa dengan pakar....


pagi tadi saya ter baca di thestar online bahawa kerajaan telah membuka satu pusat komuniti kesihatan mental di putrajaya.... 
saya amat gembira sebab ia berdekatan dengan orang ramai....tak macam Hospital Tanjung Rambutan dan Hospital Permai yang lokasinya entah di mana....


dengan harapan pusat-pusat macam ni dapat memudahkan orang yang stress mencari jalan penyelesaian sebelum penyakit-penyakit mental yang serius menjelma ....
No telefon : 03-8881 1732


Artikel penuh: 
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/11/18/nation/9926836&sec=nation

My mode: Tengah physically stress....walaupon fikiran saya , saya rasa ookay...tapi tak tau napa sakit-sakit kepala.....nak start exercise balik....dengan harapan sakit kepala boleh hilang....kalau tak hilang juga terpaksa la berdepan ngan encik doctor..


Just sharing....

No comments:

Post a Comment