Thursday 26 September 2019

UMRAH : Tawaf dan Saie dengan skuter elektrik

Assalamualaikum...

Hari ni dalam blog nak share sikit tentang ibadah umrah tawaf dan saie menaiki skuter elektrik (electric scooter).

Alhamdulillah pada January 2019 ber rezeki aku, suami dan emak menunaikan ibadah umrah melalui tiram travel, very2 rekemen sangat sebab lokasi hotel dekat sangat dengan pintu masjid... Senang kami nak tolak emak yang berkerusi roda pergi masjid.

Umrah pertama dan umrah kedua kami upah orang tolak emak... Maklumlah kami berdua ni stamina nya tak berapa nak kawkaw sangat so upahlah orang.. Huhu.... Upah tolak RM300 untuk 1 umrah (tawaf + saie). Laju babe orang yg tolak emak ni... Tak terkejar den.... Memang semput..

Untuk umrah ketiga dan tawaf wida' pula kami cuba pula naik skuter. Untuk pergi ke tempat skuter ada beberapa cara... Kami pilih cara yang senang bagi kami ber3 dari hotel kami di kawasan Safwah Tower ( area Clock Tower yang tinggi tu) iaitu melalui Pintu 16 Masjidil Haram.

Cara nak pergi ke Pintu 16... Bermula dari bangunan Clock Tower (Safwah Tower) ... Ambil arah kanan yang menghala ke arah ljambatan Ajyad yang menghubungkan ke tingkat 1 Masjidil Haram. Tapi oleh kerana kami ni tak larat nak tolak kerusi roda naik jambatan Ajyad (sebab dari bawah nampak macam agak mencanak juga nak naik jambatan), maka kami tak naik la jambatan tu..... Kami pergi bawah jambatan ja.. Belok ke kanan bawah jambatan menuju ke pintu nombor 16.

Sebelah kanan tu jambatan Ajyad... Pergi ke arah bawah jambatan tu dan belok kanan ke koridor.. Jangan pulak masuk pintu kat situ... Jalan di sepanjang koridor sehingga jumpa Pintu 16 a.k.a Pintu Dar Al Arqam... 

Belok kanan ye bawah jambatan tu... 

Selepas berjalan dalam 5-7 minit... Sampai la di Pintu 16....Kecik je signboard Pintu 16 ni... So memang kena tengok bebetul

Pintu 16 a.k.a Al Arqam Gate

Berdekatan gate ni ada lift... Tapi malangnya lift tu rosak........ Maka kami terpaksa naik escalator ke tingkat 1

Follow je signboard skuter tu

Untuk ke tempat sewa skuter elektrik ada tunjuk signboard seperti dalam gambar... Follow je signboard tu... 

Dah sampai pon  depan ofis untuk sewa skuter elektrik.... Untuk skuter 2 seater 200 riyal bagi tawaf dan Saie manakala kalau tawaf sahaja 100 riyal, untuk 1 seater pulak 100 riyal utk tawaf dan saie manakala 50 riyal untuk tawaf sahaja

Nampak tak line kat lantai tu.... Kena drive skuter tu ikut line masa tawaf..... Senang je nak drive skuter ni... Tekan je.... Tak laju sangat pon... senang je nak kawal




Just sharing....

No comments:

Post a Comment