Monday, 30 September 2019

Pokok Goji Berry Saya Dah Berbuah!!!

Girang rasa hati bila pokok yang di jaga mula dari tinggi sejengkal sahaja, sekarang dah membesar dengan jayanya.

Timbul idea nak beli anak pokok dari suamiku ... Tetibe pada suatu hari yang tak disangka dia kata nak cari buah goji berry sebab boleh tolong kurangkan berat badan.. Terkejut bini dia ni, sebab jarang dia ada kesedaran nak berdiet... Huhuhu....

Biasa di kedai2 runcit atau pasaraya memang ada jual goji berry yang sudah dikeringkan. Orang Chinese rajin buat sup atau minum air rebusan goji berry ni... Bagiku pula... Aku suka rebus goji berry kering, bersama red dates(kurma merah), halia muda dan sedikit gula batu... Sedap sangattt...

Tapi ku rasa macam nak cuba pula tanam pokok goji berry untuk dapat buah yang segar bukan yang telah dikeringkan.. Kebetulan di facebook ExoticMatahari Nursery ada jual anak pokok goji berry... Maka ku rembatla satu anak pokok...

Setelah beberapa bulan.... Dah berbuah dah.... Senang jaga pokok ni... I'm impressed..

Pokoknya takde la besar sangat... Setinggi 2 kaki je dia dah berbuah dah.... Cantik macam tanglung...



Just sharing....

Thursday, 26 September 2019

UMRAH : Tawaf dan Saie dengan skuter elektrik

Assalamualaikum...

Hari ni dalam blog nak share sikit tentang ibadah umrah tawaf dan saie menaiki skuter elektrik (electric scooter).

Alhamdulillah pada January 2019 ber rezeki aku, suami dan emak menunaikan ibadah umrah melalui tiram travel, very2 rekemen sangat sebab lokasi hotel dekat sangat dengan pintu masjid... Senang kami nak tolak emak yang berkerusi roda pergi masjid.

Umrah pertama dan umrah kedua kami upah orang tolak emak... Maklumlah kami berdua ni stamina nya tak berapa nak kawkaw sangat so upahlah orang.. Huhu.... Upah tolak RM300 untuk 1 umrah (tawaf + saie). Laju babe orang yg tolak emak ni... Tak terkejar den.... Memang semput..

Untuk umrah ketiga dan tawaf wida' pula kami cuba pula naik skuter. Untuk pergi ke tempat skuter ada beberapa cara... Kami pilih cara yang senang bagi kami ber3 dari hotel kami di kawasan Safwah Tower ( area Clock Tower yang tinggi tu) iaitu melalui Pintu 16 Masjidil Haram.

Cara nak pergi ke Pintu 16... Bermula dari bangunan Clock Tower (Safwah Tower) ... Ambil arah kanan yang menghala ke arah ljambatan Ajyad yang menghubungkan ke tingkat 1 Masjidil Haram. Tapi oleh kerana kami ni tak larat nak tolak kerusi roda naik jambatan Ajyad (sebab dari bawah nampak macam agak mencanak juga nak naik jambatan), maka kami tak naik la jambatan tu..... Kami pergi bawah jambatan ja.. Belok ke kanan bawah jambatan menuju ke pintu nombor 16.

Sebelah kanan tu jambatan Ajyad... Pergi ke arah bawah jambatan tu dan belok kanan ke koridor.. Jangan pulak masuk pintu kat situ... Jalan di sepanjang koridor sehingga jumpa Pintu 16 a.k.a Pintu Dar Al Arqam... 

Belok kanan ye bawah jambatan tu... 

Selepas berjalan dalam 5-7 minit... Sampai la di Pintu 16....Kecik je signboard Pintu 16 ni... So memang kena tengok bebetul

Pintu 16 a.k.a Al Arqam Gate

Berdekatan gate ni ada lift... Tapi malangnya lift tu rosak........ Maka kami terpaksa naik escalator ke tingkat 1

Follow je signboard skuter tu

Untuk ke tempat sewa skuter elektrik ada tunjuk signboard seperti dalam gambar... Follow je signboard tu... 

Dah sampai pon  depan ofis untuk sewa skuter elektrik.... Untuk skuter 2 seater 200 riyal bagi tawaf dan Saie manakala kalau tawaf sahaja 100 riyal, untuk 1 seater pulak 100 riyal utk tawaf dan saie manakala 50 riyal untuk tawaf sahaja

Nampak tak line kat lantai tu.... Kena drive skuter tu ikut line masa tawaf..... Senang je nak drive skuter ni... Tekan je.... Tak laju sangat pon... senang je nak kawal




Just sharing....

Monday, 23 September 2019

Cuci Sofa dan Tilam dengan Abdel Cuci

Bila time2 nak Raya kan... Biasalah semuanya serba serbi nak nampak bersih dalam rumah tu.... Time tu la nak cuci langsir... Kusyen... Sofa.... Tilam... Dan buang segala habuk dan kotoran yang dah setahun bersawang dalam rumah tu kan. Dah lah rumahku selain ada 4 ketul umat manusia di dalamnya ada juga 9 ketoi umat kucing yang kami bela. Memang banyaklah la bulu kucing dan segala kotorannya yang dah jadi tanda atas sofa dan tilam. 

Maklum lah... Takut nnti tetamu yang datang rumah kita masa Raya ada yang membawang kata rumah tak bersih la... Banyak bulu kucing la... Maka aku pon riki2 la ada tak orang yg boleh cuci sofa dan tilam kat rumah ni. Memberku nama Hasnah la yang rekemen Abdel Cuci ni... Boleh cekidout kat instagram Abdelcuci. 
Bila aku pi check kat IG depa kebetulan ada Promo Raya 2 tilam + 5 seater sofa hanya rm550... Apa lagi laju2 aku grab offer ni.... Semua urusan booking dan appointment hanya melalui whatsapp sahaja.. Bila dah confirm betul2 baru la Abdulcuci hantar confirmation letter dan terma dan syarat melalui email. 

Tiba waktu yang dijanjikan staff Abdelcuci datang tepat pada masanya... Seorang je staff yang datang bawak alat yang canggih2 jenama Karcher.... Glemer tau brand ni...Satu tilam ada 3-4 langkah pencucian yang di buat.. Semua pakai mesin Karcher tu.... Total dalam 3 jam juga la masa yang perlu diambil untuk habiskan kerja2 pencucian ni...

Lepas semua kerja selesai.... Seronok je kami sefamili duduk kat sofa.... Tak de dah tompok2 kotoran atau daki lagi kat situ.... Bau sofa dan tilam pon jadi wangiiii je....

Harap2 selalulah team AbdelCuci ni buat pakej promo raya cenggini...barulah berbaloi2.. Hihihi








Kenderaan staff AbdelCuci... Siap ada label Karcher

Sebelum cuci

Selepas cuci, memang puas hati laa dgn servis Abdelcuci 

Air kotoran selepas cuci.... Keruhh ya amat.. 



Just sharing....