Ini dia salah satu hasil eksperimen ku dalam bab bercucuk tanam ni...... Tanam pokok roselle dalam polibeg....huhuhu....aku tak tau ada ke tak orang lain dah bereksperimen topik ni...almaklum la pokok roselle ni boleh tahan jugak tingginye , boleh capai 5 hingga 6 kaki lebih tingginya..
Ku dapat benih roselle Arab ni dari kawan berkebun di fb namanya kak zahariah zamri pada sekitar Disember 2014.... Excited sangat terus semai....banyak pula yang bercambah dan membesar dengan jayanya.. ada laaa dalam 7 pokok....bile semakin membesar mula lah menggagau cari tempat nak alih anak2 pokok roselle ni.....nak alih kat tanah memang tak dapat den nak nolong eh....laman umah ku dah disemen sehabis baik....makanya, tanam dalam polibeg dan pasu je la....
Ada yang 2 pokok satu polibeg ku tanam dan ada yang satu pokok sepasu je....disebabkan ku tanam dalam polibeg, ku kena rajin membaja...sebab akarnya tak dapat nak merayap jauh cari nutrient maka ku kena pastikan nutrient dalam polibeg tu sentiasa cukup (tapi kadang2 selalu jugak lupa nak membaja....huhuhu...shian pokok)
Setelah 5 bulan lebih dari tarikh semaian .....pokok2 roselle ni telah membuat beberapa kali cubaan untuk berbunga.....selalu gugur je bunga2 roselle dalam bulan pertama cubaan berbunga dan berbuah....mungkin tukang kebun tak kasi cukup baja kot...huhuhu....setelah beberapa kali gagal...pada bulan ke enam barulah tukang kebun berjaya memetik hasil2 buah roselle ni... Nak dapat hasil seberkas saiz bekas tau foo fah tu nak kena tunggu dalam 4-5 hari la jugak mengumpul buah roselle.....hasil tanam dalam polibeg ni memang tak semeriah tanam terus kat tanah.....tapi apa2 hal pon alhamdulilah , setakat ni dah 5 round merasa jus roselle tanam sendiri... Ai is puas hati....
Jom layan piccas pulak ...
|
2 pokok roselle dalam satu polibeg bersaiz sederhana...pokok membengkok sebab tak dipancang...
|
operasi memasak buah roselle untuk membuat jus roselle......bahan2 nya air, gula dan buah roselle yang telah dikupas kelopaknya dan dibuang biji yg berwarna hijau.
Just Sharing
No comments:
Post a Comment