Friday, 24 July 2015

Makan lala di Pulau Aman

Lalalalalala......lalalala....

Cenggitu lah girangnya bila dapat makan lala rebus  fresh dari laut di Pulau Aman Penang...

Kepada sesiapa yang sedang plan jalan-jalan cari makan serta mahu cuba makanan selain dari nasi kandar...eloklah masukkan Pulau Aman dalam itinerary korang.

Kebiasaannya orang pergi ke Pulau Aman kerana mee  udangnya, tapi bagiku yang paling terbaik di sini adalah lala rebus... dan yang no. 2 terbaik adalah oyster a.k.a. tiram nya ..

Camana nak gi Pulau Aman? Kena naik bot lebih kurang dalam 10 minit dari Jeti Batu Musang yang juga dikenali sebagai Jeti Pulau Aman. Jeti ni terletak di area Stadium Batu Kawan....dah nampak stadium ni kena drive straight lagi... dalam 10 -15 minit lagi dari stadium..

Haaa ....lagi satu peringatan....alang2 dah sampai di Pulau Aman tu jangan lupa shopping belacan & ikan masin nipis macam bulu ayam tu tau..... memang terrrbaaaeekk kebabom!

















Just sharing....

No comments:

Post a Comment