Tuesday, 28 July 2015

Resipi Spaghetti Dory Fish Carbonara Segera

Meh ....yuk......Jom....

Kite masak  spaghetty angel hair carbonara secara cepat & pantas.....

Ini resepi secara tak sengaja aku jumpa..
Main guna apa je yang ada kat dalam peti ais tu....

Cuma sos  carbonara tu je...aku kena pi kedai beli...sebab tak de dalam peti ais.... lagipun nak buat sos carbonara ni aku belum ada skill lagi....beli yang express je senang...

tapi bahan-bahan lain dalam resipi ni kebetulan memang dah lama terperuk dalam peti ais tu....

Bahan-bahannya ialah.....
ooopssss....kita layan gambar je la ek.....

Tengok gambar2 je pon aku gerenti kurang dah tau camana nak masak resipi ni.












Just sharing....

Friday, 24 July 2015

Makan lala di Pulau Aman

Lalalalalala......lalalala....

Cenggitu lah girangnya bila dapat makan lala rebus  fresh dari laut di Pulau Aman Penang...

Kepada sesiapa yang sedang plan jalan-jalan cari makan serta mahu cuba makanan selain dari nasi kandar...eloklah masukkan Pulau Aman dalam itinerary korang.

Kebiasaannya orang pergi ke Pulau Aman kerana mee  udangnya, tapi bagiku yang paling terbaik di sini adalah lala rebus... dan yang no. 2 terbaik adalah oyster a.k.a. tiram nya ..

Camana nak gi Pulau Aman? Kena naik bot lebih kurang dalam 10 minit dari Jeti Batu Musang yang juga dikenali sebagai Jeti Pulau Aman. Jeti ni terletak di area Stadium Batu Kawan....dah nampak stadium ni kena drive straight lagi... dalam 10 -15 minit lagi dari stadium..

Haaa ....lagi satu peringatan....alang2 dah sampai di Pulau Aman tu jangan lupa shopping belacan & ikan masin nipis macam bulu ayam tu tau..... memang terrrbaaaeekk kebabom!

















Just sharing....

Wednesday, 22 July 2015

Tanam roselle dalam polibeg



Ini dia salah satu hasil eksperimen ku dalam bab bercucuk tanam ni...... Tanam pokok roselle dalam polibeg....huhuhu....aku tak tau ada ke tak orang lain dah bereksperimen  topik ni...almaklum la pokok roselle ni  boleh tahan jugak tingginye , boleh capai 5 hingga 6 kaki lebih tingginya..


Ku dapat benih roselle Arab ni dari kawan berkebun di fb namanya kak zahariah zamri pada sekitar Disember 2014.... Excited sangat terus semai....banyak pula yang bercambah dan membesar dengan jayanya.. ada laaa dalam 7 pokok....bile semakin membesar mula lah menggagau cari tempat nak alih anak2 pokok roselle ni.....nak alih kat tanah memang tak dapat den nak nolong eh....laman umah ku dah disemen sehabis baik....makanya, tanam dalam polibeg dan pasu je la....


Ada yang 2 pokok satu polibeg ku tanam dan ada yang satu pokok sepasu je....disebabkan ku tanam dalam polibeg, ku kena rajin membaja...sebab akarnya tak dapat nak merayap jauh  cari nutrient maka ku kena pastikan nutrient dalam polibeg tu sentiasa cukup (tapi kadang2 selalu jugak lupa nak membaja....huhuhu...shian pokok)

Setelah 5 bulan lebih dari tarikh semaian .....pokok2  roselle ni telah membuat beberapa kali cubaan untuk berbunga.....selalu gugur je bunga2 roselle dalam bulan pertama cubaan berbunga dan berbuah....mungkin tukang kebun tak kasi cukup baja kot...huhuhu....setelah beberapa kali gagal...pada bulan ke enam barulah tukang kebun berjaya memetik hasil2 buah roselle ni... Nak dapat hasil seberkas saiz bekas tau foo fah tu nak kena tunggu dalam 4-5 hari la jugak mengumpul buah roselle.....hasil tanam dalam polibeg ni memang tak semeriah tanam terus kat tanah.....tapi apa2 hal pon alhamdulilah , setakat ni dah 5 round merasa jus roselle tanam sendiri... Ai is puas hati....

Jom layan piccas pulak ...


2 pokok  roselle dalam satu polibeg bersaiz sederhana...pokok membengkok sebab tak  dipancang...










operasi memasak buah roselle untuk membuat jus roselle......bahan2 nya air, gula dan buah roselle yang telah dikupas kelopaknya dan dibuang biji yg berwarna hijau.







Just Sharing

Friday, 10 July 2015

Lamb Shanks Terbaekkk....!!


First time aku mengenali dan merasai makanan yang bernama lamb shanks ialah di Secret Recipe. Sejak dari itu lamb shanks telah menjadi antara juadah kegemaran aku ketika ada duit extra.....

Mahal kot lamb shanks ni...jika nak dibandingkan dengan nasi lemak Rm 1.... memang berkali-kali ganda lah harga lamb shanks ni,  so far kebanyakan restoran yang aku pernah pergi harganya memang konpem tak kurang dari Rm20...

Setelah bertahun-tahun meminati lamb shanks ni, ku rasa setakat ini yang paling terbaik dan harganya juga  opkoz lah yang tak memberatkan wallet ialah di  Skohn Canteen yang terletak di Damansara Perdana...insyaallah di jamin halal dan chefnya pun orang Melayooos.


Sori la ye, tengah2 puasa ni dok tempek gambar2 lazat pulak..




SEDAP WEEII!!!!!! Tak tipu....jenis tak kedekut bahan punye chef yang buat ni..

Ini  address Skohn Canteen



Just sharing..