Saturday 17 July 2010

Teater Muzikal vs Drama Muzikal

Bercakap mengenai muzikal ni...sape yg tak suka dengar muzik kan ? ade ke org yg tak suka dengar muzik ? Bagi saya orang yang takde jiwa je yang tak suka dengar muzik....

Ada 3 teater muzikal dalam senarai menunggu untuk ku tontoni...semuanya kat Istana Budaya ....mmm mane lg eik tempat yg best nak nengok teater muzikal slain kat IB ni....bagi saya IB ni memang tempat tengok teater paling canggih skali kat Malaysia ni....selain IB aku penah gak tonton teater kat Matic, Actor's Studio, Dewan philharmonic, studio somewhere in Duta kat semi gomen punye ofis (seyes lupa nama tempat tu) dan juga Dewan Tun Canselor UM serta dewan2 masa skolah dulu2 tu....

The first muzikal teater (profesional punye ek....bukan teater budak-budak skolah) saya pegi tengok tak lain tak bukan teater main puteri dengan famili tercinta....tak salah saya arwah abah yang ajak pi tengok...teater ni best...dialog cakap loghat klate....naseb bek saya masa tu memang skolah kat klatan so takde masalah pemahaman tatabahasa tapi saya tak tau la dengan ahli keluargaku yang lain faham ke tak....tapi dari riak wajah mereka macam paham je jalan cerita main puteri tu....ceritanya ada takut2, ada thril2, ade unsur2 tradisional makyong dan ulik mayang....i loike...!! Paling tak lupa ada satu part tu dia gelapkan studio dan cuma buka lampu ala2 glow in the dark semasa scene tok dukun main puteri tengah menurun halau hantu...

Dari saat itu kami sekeluarga telah menjadi peminat teater dan berjaya menjangkitkan penyakit ini kat makcik2 & pakcik2 yg lain....Pernah kami sekaluarga bersama2 yg lain (dalam 10 org kot) pergi menonton teater kanak2 Taman Baginda....best woooo..... ala2 teater Siti di Alam Fantasi ...

OK ...sudah-sudah la tu cerita pasal teater muzikal....ni esok pon nak gi tengok Uda & Dara dengan teput...pastu dengan Ruby nakgi tengok Cuci the Muzikal ....pastu dalam waiting list plak teater Tun Mahathir.....

Skrang ni kat tv pulak saya selalu melekat dengan cerita Glee ni....
Suka kebanyakkan lagu yg dinyanyikan dalam cerita ni.....
Salah satu darinya adalah seperti yg tertampal di bawah.....
Silalah layan.....





Just sharing....

No comments:

Post a Comment