****Entri kali ni ku copy paste nota kawanku Huzaifah dari kelas aqidah Ustaz Abdullah Yasin setiap Jumaat pukul 9 mlm (2 minggu skali) bersebelahan Masjid AlGufran TTDI***********
Kelas Aqidah (6 April 2012)
1. Beriman kepada Al-Quran
2. Membaca Al Quran
3. Memahami Al-Quran
4. Mengamalkan apa dalam Al-Quran
5. Menyebar atau mengajar mengenai Al-Quran kepada orang lain.
Zalikalkita bula wrabafi.
Ayat 2 surah al baqarah. (2:2)
Maksudnya: kitab(alquran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yg bertakwa.
Baca al Quran itu ibadah walaupun x faham.
Setiap umat wajib belajar ilmu tajwid. Pelajaran tauhid membimbing kita kepada bacaan quran yg baik
Umat islam digalakkan membaca quran bila akhirat memberi petunjuk dan syafaat kpd kita
Nikmat islam kemanisan iman
1. Baca quran
2. Zikurrullah
3. Solat
Kalau kita x rasa salah satu nikmat ni. Maknanya pintu hati nya telah ditutup Allah. Bila zikir rasa resah, bila baca quran tak sabar, bila solat x khusyuk.
Bila seseorang itu rasa kemanisan iman (3 perkara)
1. Bila Allah dan Rasul dia cintai lebih dari segala galanya.
2. Bila dia berkawan semata mata kerana Allah.
3. Dia akan rasa benci kembali ke alam jahilnya seperti mana dia benci dilemparkan dalam api neraka.
Jika kita tak dapat rasa ketiga-tiga kemanisan ini, bimbang hati kita telah ditutup oleh Allah
Daripada Abu Umamah r.a katanya: Aku mendengar Rasullulah s.a.e bersabda. "Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebgai penolong kepada orang yang membacanya (hadis riwayat muslim)
Banyak org baca Quran tapi Quran melaknatnya sebab dia baca tapi tidak memahami dan mengikut apa yg ada dlm Quran
Sesiapa yg baca al-quran walaupun tidak lancar dan susah bagi nya tapi dengan kesungguhan ganjarannya dua kali ganda.
Terjemahan: Daripada Aisyah r.a katanya: Telah bersabda Rasullullah s.a.w. Orang yang mahir membaca al-quran sedangkan dia mahir (fasih dan lancar) membacanya, maka ia bersama malaikat al-Kiram al-Baqarah. Dan orang yang membaca Al-Quran srdangkan ia tidak lancar membacanya dan berasa susah membacanya maka untuknya ganjaran pahala dua kali ganda.
Perbezaan kiraa vs tilawah
Kiraa- khas untuk benda bacaan lain. Bila baca tak semestinya kena ikut. Contoh buku, majalah atau suratkhabar
Tilawah-khas untuk baca alQuran sahaja. Bila baca kena ikut
Hiasilah rumah kamu dengan tilawah quran. Rumah yang dipenuhi dengan bacaan Quran, syaitan tak akan masuk. Baca Quran di rumah tidak akan mendatangkan riak. Lebih afdal baca Quran di rumah daripada di tempat lain.
Hadith
Terjemahan: Apa-apa yang tidak menjadikannya sempurna suatu kebajikan melainkan dengannya maka ia hukumnya juga menjadi wajib.
Means: wajib belajar untuk mendapatkan solat yang sempurna. Wajib belajar tajwib untuk dapat bacaan Quran yang sempurna
Surah Al-baqarah 2:78
Terjemahan: Dan diantaran mereka ada yang buta huruf, tidaj mengetahui Al-Kitab (Tawrat) kecualu dengan dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga duga
Ayat 5 surah Al-jumu'ah
Terjemahan: Perumpamaan orang-orang yang diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keldai yang membawa kitab litab yang tebal. Sangat buruk perumpamaan kaum
Yang mendustakan ayat-ayat Allah. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
Ayat At-tahrim (ayat 6 hingga 11) banyak pengajaran
Ayat As Saff: surah ke-61 (ayat 10 hingga 11)
Terjemahan:
Wahai orang-orang yang beriman. Maukah kamu Aku tunjukkan perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (61:10)
Yaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui (61:11)
Surah Al Baqarah 2:147
Terjemahan: Kebenaran itu dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali (Muhammad)
Surah al Asr 103:1-3
Terjemahan:
Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran.
Umur 40 adalah umur matang. Umur paling yang kita perlu dekat pada Allah. Kalau x sedar pada umur ini amat susah lagi untuk diri berubah selepas lanjut umur.
Just sharing....
No comments:
Post a Comment