Ditakdirkan selepas hampir 2 tahun Covid 19 menyerang..... Giliran kami sefamili dijangkiti Covid19 varian Omnicron yang diketika ini memang tengah mencanak canak jangkitan nya.
Alhamdulilah, selepas hampir 2 minggu kuarantin.... Rtk test pon dah negatif...makanya dah boleh keluar rumah setelah kebosanan kena kurung....
Encik husband buat surprise.... Kalini dia yg pilih kat mana weekend gateway kami... Pilihannya The Hideout Ulu Yam... yang berkonsepkan glamping di Sungai Ulu Yam. Hanya ada 4 unit khemah sahaja yg di sediakan, maka siapa cepat dia dapat
Biarlah gambar dan video berbicara....
Harga 1 malam di sini adalah termasuk bbq dinner dan juga breakfast, mereka akan sediakan bahan2 dan kite kena masak sendiri ala ala untuk merasakan suasana camping mcm tu |
Breakfast!! |
Khemah yg kami duduk, yg kanan tu khemah ada 1 tilam queen dan 1 tilam single, sebelah kiri ada toilet, sink dan dapur untuk masak |
Malam kalau ada yg nak pasang unggun api sambil bakar marshmallow boleh contact staff hideout |