Kecoh sekejap kes cacing dalam tin ikan sardin....geli geleman menengoknya....
Dari kecik lagi sardin dlm tin ni antara lauk favourite untuk makan dengan nasi ...lembut je isinya dan tulangnya.....terus ngap masuk je dalam mulut tak payah nak asingkan isi dari tulangnya.
Tapi sejak usia meningkat ni dan ilmu mengenai pemakanan sihat makin bertambah....ku cuba mencari alternatif lain bagi mengelakkan makanan dalam tin.
Bila kes cacing ni muncul , lagi la kuat azam nak berenti makan makanan dalam tin.....sardin yang bebas cacing pulak brandnya adalah yang mahal2 ...macam harga sebungkus nasi berlauk dah gamaknya...
Dan tetiba plak ada member dalam satu group whatsap ni bagi idea untuk buat masak ikan sardin ala ala dalam tin tu...
Benda baik eloklah dikongsi kan...
Ini dia resepi saya ada ubah sikit ikut taste sendiri....main agak-agak je ye....
Pressure Cooker pulak saya beli brand Russel Taylor dari Lazada... RM 180 je harganya...
1. 6-7 biji bawang merah , 3 biji putih , seinci halia, 3 biji tomato dan 6-7 cili kering yg dah direndam , blend serentak
2. On kan pressure cooker, tekan bake, tuang minyak dan tumis bahan blend dalam pressure cooker
3. Bila dah garing sket tumisan..masuk garam, gula, sos tomato (kalau tak de sos pakai apple cider vinegar pon boleh dalam 2 sudu besar.)
4. bila dah sebati, masukkan air setakat boleh rendam ikan sardin yg dah disiang dan di buang kepala.
5.Susun ikan sardin dalam pressure cooker pastu tutup penutup pressure cooker kemudian seal....set time 45-60 minit... siap...
Just sharing....