Thursday, 15 August 2013

Gambar hilang di blogspot..!!

Semangat waja nak ber blog tiba-tiba muncul kembali....
Tapi tapi tapi.......
mana pergi semua gambar gambar ku dalam entri entri sebelum ni...?
kenapa semua tempat yang sepatutnya ada gambar,,,tapi memaparkan gambar  no entri  yang huduh tu..?
aiyoo ....hilang dah ke smua gambar?
kecewanya cik zy....uhukkks
hasil kerja keras mengupload gambar-gambar dalam blog ni smua hilang begitu sahaja,.. ?

oh kuciwa.....


hmmm...cik zy...kata pakar IT....(ecehhh)....takkan tak boleh guna kepakaran awak tu untuk dapatkan balik semua gambar-gambar tu....?
Selalunya kalau ada kes2 hilang fail ni cik zy cuma hanya mengharapkan adanya backup file untuk restore balik apa yang hilang....dan kalau tak salah 3-4 bulan lepas cik zy ada ada buat backup untuk blog ni ....

cara nak buat backup blog ....
gi kat Settings --> other---> Export blog and then click button download  blog...

sila pastikan anda ingat di mana anda simpan backup file tu.....
sebabnya bila nak buat proses restorasi anda memerlukan file backup ni...

errrmmm....mana ek cik zy letak backup file blog ni....rasa-rasanya ada kat pc opis...

so kalau gambar-gambar yang hilang telah muncul semula dalam masa 2-3 hari...itu maknanya blog ni berjaya di restorasikan kembali....tapi kalau tak berjaya...tu maknanya cik zy dah hilangkan/missplace  backup file tu...

best practice : rajin rajin la buat backup untuk blog

Analisis cik zy ...penyebab kehiilangan gambar2 dari blog  ni...ialah
2 bulan lepas cik zy download blogger mobile app ke  dalam handphone...
selepas register blog mymentalhealthblog ni dalam blogger mobile app... aplikasi itu akan create satu folder gambar2 blog ke dalam hp Gallery...di mana semua gambar-gambar dalam blog boleh di lihat disitu di dalam satu folder....
tapi disebabkan handphone storageku sangat limited....cik zy telah delete folder yg mengandungi file gambar blog tu dalam handphoneku.....dengan harapan takkan ada apa2 effect kat blog dengan andaian blogger versi mobile app tak sama dengan versi web....
tapi tekaan ku salah belaka.....ia juga effect blog saya versi web juga...gambar smua hilang....huhuuhuhu..



Just sharing....

Wednesday, 14 August 2013

Raya ketiga

Cik zy dapat cincin....;-)

Anyam ketupat

Kalau raya tak anyam ketupat memang rasa macam tak raya je...

Walaupun sehari sebelum raya cik zy masih gigih bekerja......full day ok.... Tapi cik zy masih berkesempatan untuk pergi ke pasar masa lunch membeli daun kelapa untuk menganyam ketupat......itulah untungnya dapat ofis dekat dengan umah.....boleh lari jap pi pasar time lunch...hehehhe.....

Balik je dari kerja ...terus memulakan operasi menganyam ketupat sorang2... Dapat lah 30 ketul ketupat saiz medium...jadilah tu.....hehe.....saja nak melepaskan gian menganyam.....

Actually, banyak lagi baki daun kelapa....kalau gigih anyam semua rasanya boleh dapat 100 ketul ketupat......tapi cik zy tak berapa nak gigih sangat....lgpun takut karang org dah abes solat raya cik zy dok menganyam ketupat lagi.....huhu.....30 ketui tu cukuplah.....buat makan kami bertiga dan kawan2 rapat yg datang beraya. ....

Friday, 24 May 2013

Permit Pembantu Rumah Asing

Semalam bila berkesempatan M.C sebab diserang batuk dan selsema yg agak teruk kerana allergik akibat cuaca yg  tak menentu sekarang ni Cik Zy pun  bukak la balik file permohonan permit pembantu rumah asing yg telah Cik Zy submit di Imigesen Putrajaya pada bulan Disember 2012.
Dah 5 bulan baru terhegeh nak check status permohonan sedangkan kalau ikutkan standard prosedur imigresen sebulan selepas submit borang permohanan tu keputusan dah pon keluar.....(sila jangan tiru macam Cik Zy.....)

Untuk check status permohonan boleh rujuk website ni https://eservices.imi.gov.my/myimms/PRAStatus

Kenapa ada dua rekod eh...? Haa.... sebab sebelum Kak Fin datang kerja kat rumah..Cik Zy ada buat permit untuk pembantu sebelum ni iaitu Kak Nurial...tapi dulu ada agent yang uruskan permit Kak Nurial....disebabkan gaji Cik Zy bawah rm10000 maka hanya layak ambil satu je pembantu rumah oleh sebab tu Cik Zy kena batalkan dulu permit Kak Nurial dengan bayar denda sita RM250 dan buat laporan polis  dulu barulah boleh proceed buat permohonanan permit untuk Kak Fin pula...

Alhamdulillah ... permohonan permit untuk kak Fin dah diluluskan..... lepas dapat tau keputusan ini terus dgn gigih cik Zy  pergi ke Imigresen Jalan Duta untuk bertanyakan prosedur seterusnya....
(untuk pengetahuan u olss.....hanya pada peringkat pertama iaitu masa nak submit borang permohonan permit/pas kerja sementara hanya boleh buat di Imigresen Putrajaya.... tapi prosedur-prosedur seterusnya boleh dibuat di mana2 cawangan imigresen yang ada perkhidmatan bahagian pembantu rumah asing)

Sampai di sana....terus ke level 2 di bahagian pembantu rumah.....Tak sampai beberapa minit terus cik Zy dapat surat Permohonan Pas Lawatan Kerja Sementara yang mengandungi maklumat bayaran-bayaran yang perlu dibuat (dalam RM1100 la jugak kena bayar...hohoho) dan juga penerangan prosedur seterusnya....haaaaa sekarang lepas ni apa yg perlu dibuat is Cik Zy kena pi Fomema KL branch untuk register Kak Fin punye medical checkup....tapi sebelum tu kena singgah dulu bank untuk buat bank deraf RM190 untuk dibayar kepada fomema.....huhu...insyaAllah benda ni semua Cik Zy plan pada 28 May ini....dah siap2 amek cuti.....huhu....semoga berjaya ...!!


Registration procedures at Fomema



Sebelum mengakhiri entri pada hari ni....CIk Zy nak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tuan punye blog http://aweng-mamaglam.blogspot.com kerana sangat membantu dalam mendapatkan info-info mengenai permohonan pembantu rumah asing ni.....korang boleh terjah entri ni jika nak tau lebih lanjut.....

Klik sini untuk Prosedur pengambilan PRA - bahagian pertama

Klik sini untuk Prosedur pengambilan PRA - bahagian kedua

Klik sini untuk prosedur memperbaharui pas lawatan sosial tahun kedua

other related post...

~ Itsy Bitsy Itchy Typie Hand~: Permit oh permit
~ Itsy Bitsy Itchy Typie Hand~: Permit maid dah expired !!


Just sharing..

Monday, 13 May 2013

DIY- pertama kali tukar paip di sinki

Entri ini ku kreditkan kepada kawanku yang bernama Khadijah Mohd Zulkifli kerana telah berkongsi ilmu dan memberi semangat dalam dunia DIY ni....nothing impossible ye ladies...!!!

Setelah hampir setahun paip sinki di rumahku bocor...baru hari ni terdapat semangat gigih nak cuba DIY ni.....

Gambar 1. Beli paip baru di kedai DIY kegemaran anda

Gambar 2. Sediakan tools sperti Spannar atau perengkuh paip dan tape putih


Gambar 3. Tutup bekalan air utama dengan menutup meter air yang terletak di luar rumah..Kemudian cabut paip lama mengguna spannar

Gambar 4. Tadaa.....dah tercabut.....tapi tapi tapi.....

Gambar 5. Ada sisa2 sambungan besi yg reput tertinggal dalam sambungan L tu.....

Gambar 6. Terpaksa la cik zy cabut sambungan L tu dan beli yang baru...


Gambar 7. Hasil tangkapan cik zy di kedai DIY tesco kota dmsara, yang berwarna keemasan tu...sambungan L yang lama yang warna kelabu tu......kat kedai DIY situ tak de jual sambungan L yang sesuai macam yang lama..jadi trpaksa beli 2 jenis sambungan paip..satu sambungan L san satu sambungan ke pangkal paip yang baru...sebelum bayar jangan lupa test dulu dekat sambungan pangkal paip yg baru dibeli....sebab takut tak sesuai....


Gambar 8 . Lilit dulu sambungan utama paip dengan tape putih dalam 6 kali lilitan atau mengikut kesesuaian...tujuannya agar penyambungan paip sempurna,tidak longgar dan tiada kebocoran di antara sambungan yang dibuat


Gambar 9 . Pasangkan pangkal sambungan L ....kemudian lilit lagi dengan tape putih di hujung yg satu lagi.....kali ni lilitan saya dalam 10 kali lilitan...


Gambar 10. Disebabkan hujung  sambungan L itu tidak sama/sesuai dengan sambungan paip yang baru dibeli...cik zy terpaksa memasang satu lagi sambungan perantara di antara sambungan L dan pangkal paip yang baru ...


Gambar 11. Pada paip baru  itu....cabut dulu segala bahagian yang boleh menghalang kerja2 pemasangan paip.....contohnya pelaras paip dan pemusing kepala paip....... kemudian lilit pangkal sambungan paip baru dgn tape putih sebanyak yang boleh agar muat utk kerja penyambungan

Gambar 12  dan 13. Pasang semula bahagian2 paip baru yg telah dicabut satu per satu  dan taraaaa....dah siap...