Showing posts with label hobbies. Show all posts
Showing posts with label hobbies. Show all posts

Tuesday, 17 July 2018

Masak sardin pakai pressure cooker Russell Taylors

Kecoh sekejap kes cacing dalam tin ikan sardin....geli geleman menengoknya....

Dari kecik lagi sardin dlm tin ni antara lauk favourite untuk makan dengan nasi ...lembut je isinya dan tulangnya.....terus ngap masuk je dalam mulut tak payah nak asingkan isi dari tulangnya.

Tapi sejak usia meningkat ni dan ilmu mengenai pemakanan sihat makin bertambah....ku cuba mencari alternatif lain bagi mengelakkan makanan dalam tin.

Bila kes cacing ni muncul , lagi la kuat azam nak berenti makan makanan dalam tin.....sardin yang bebas cacing pulak brandnya adalah yang mahal2 ...macam harga sebungkus nasi berlauk dah gamaknya...

Dan tetiba plak ada member dalam satu group whatsap ni bagi idea untuk buat  masak ikan sardin ala ala dalam tin tu...

Benda baik eloklah dikongsi kan...

Ini dia resepi saya ada ubah sikit ikut taste sendiri....main agak-agak je ye....

Pressure Cooker pulak saya beli brand Russel Taylor dari Lazada... RM 180 je harganya...

1. 6-7 biji bawang merah , 3 biji putih , seinci halia, 3 biji tomato dan 6-7 cili kering yg dah direndam ,  blend serentak
2. On kan pressure cooker, tekan bake, tuang minyak dan tumis bahan blend dalam pressure cooker
3. Bila dah garing sket tumisan..masuk garam, gula, sos tomato (kalau tak de sos pakai apple cider vinegar pon boleh dalam 2 sudu besar.)
4. bila dah sebati, masukkan air setakat boleh rendam ikan sardin yg dah disiang dan di buang kepala.
5.Susun ikan sardin dalam pressure cooker pastu tutup penutup pressure cooker kemudian seal....set time 45-60 minit... siap...











Just sharing....

Friday, 23 March 2018

Jom Jengah My Kebun Mini , Nenas Sabah, Kale, Strawberry & Lemon

Macam dah lama tak post entry pasal kebun.....eh bukan macam dah....memang dah lama tu....




Ini Nenas Sabah......saya beli 2 anak pokok dari blog kebunbahagiabersama.... keduanya saya tanam dalam pasu jerr....dalam setahun cenggitu pokok pertama dah mula berbuah.....happy tak terkata ok.......amek masa 2 bulan jugak la baru petik buah nenas tu......lepas sebulan pokok pertama berbuah.....pokok kedua pulak berbuah.....I is double happy....!!  Nenas Sabah ni masa pokok tengah berbuah banyak pulak sulur anak pokok nenas yang tumbuh.......boleh tengok dalam gambar no. 3 tu.....ini pon banyak dah sulur2 yang saya dah cabut tanam tempat lain.....dah tak larat den nak menyabut semuanya......so ada yg ditinggalkan jee cenggitu......bila ada masa lapang nnti plannya nak cabut habes semua sulur tu pindah tempat lain..tapi tapi...bila la tu ek...??

Ini pokok kale....bukan kailan yer.....mat salleh banyak la makan sayur ni.....tapi I bukan mat salleh ye....huhuhu....terjumpa anak pokok ni jual masa ada event green world kat Starling Mall.....saja la nak cuba-cuba kan..........hidup dengan jayanya pulak tu nokss.....ku petik-petik buat sup, salad dan sayur stim daun kale ni......tapi my faberet is di buat sup.......ku tanam pokok kale ni di tempat separa teduh.....



Experimenting tanam pokok strawberry dalam kebun miniku....pokok strawberry albion ni ku beli dari FB Exotic Matahari Nursery...tuan punya nursery namanya Norasiah Jamil....masa ku beli pokok ni time musim hujan.....makanya batch pertama buah strawberry yg terhasil tak berapa cun sangat....macam ada penyakit yg menyerang.......ku buang aja semua buah tu.....dan tak lama lepas tu...berbuah pulak kali kedua masa musim panas.....kalini menjadi...yeehuuu......walaupun buahnya kecik-kecik je.....tak segedabak kat kawasan sejuk macam cameron highland tu.....tp ku tetap bersyukur.......agak-agaknya la kan.....kenapa ek kecik je strawbery tu? betul ke sebab bukan ditanam ditempat sejuk.....ataupun sebab saya kurang bagi kasih sayang atau baja kat pokok strawberry tu...? Cara saya jaga pokok ni.....letak tempat separuh teduh tp masih boleh dapat cahayamatahari....siram selang sehari bak kata puan nursery kak Asiah.....pastu saya sembur2 baja AB kat daunnya dan tanahnya juga.....


Ini pulak pokok lemon ku beli dari Kebunbahagiabersama lebih kurang setahun lebih....lebih sikit....hampir ke dua tahun.....ku tanam dalam pasu besar cap Baba......tahun lepas pernah berbuah sebiji....memang tak perasan bila dia berbunga.....alih2 ada buah jer......kali ni musim panas ternampak pokok ni berbunga......kudup bunga lemon ni warna ala-ala pink purplish.....ada 3 ketoi je bunganya......ketiga2nya kat dahan yang berlainan.....seketui-seketoi jugak.....tak pulak dia bergugus-gugus 3-4 buah macam pokok lemon kat obersea yg saya pernah nampak....huhu.....mungkin kurang kasih sayang pokok ni......almaklumlah saya ni pekebun asal boleh jer dan ikut mood....its just a hobby...I have my fulltime job yg busy, maghrib baru balik koo....apapun alhamdulillah atas kurniaan dari hasil kebun mini ku ya Allah.......walaupun tak seberapa ku tetap bersyukur....ecececehhhh.




Just sharing....

Monday, 30 January 2017

Berlari di Ladang UPM



MyUPMFarmRun...beri saya peluang untuk masuk di Ladang UPM. Selalunya saya dapat tengok je dari tepi highway, tapi kalini saya dapat peluang masuk dalam Ladang UPM. Sangat teruja!!

MyUPMFarmRun is one of the most scenic run (objection! hello you just walk for the whole route..) i've ever registered. Getting up in the morning and smelling the fresh air including  a few episodes of cow's dunk smell is something different from my previous 'run' experience.



Saujaana mata memandang...pagi2 dah dihadapkan pemandangan macam ni, sapa tak suka?
Masa ni saya dah fefeeling macam berada kat obersea....nampak tak kabus tu?
kolam yang dipenuhi bunga teratai...pemandagan yang jarang kite jumpa kat KL ni....

Pohon nan sebatang...familiarkan pemandangan ni...saya rasa dah banyak drama & filem Melayu shooting kat sini....tapi di sebalik keindahan pemandangan di sini...banyak ok pencemaran tumpuk-tumpuk taik lembu.


Just sharing....

Monday, 14 December 2015

Tanam turnip...tuai turnip....makan turnip...

Kegilaan ku suka ber eksperimentasi tanam sayur-sayuran ni telah menyebabkan aku ter pergi ke website www.mylestaryseeds.com.my . 

Kat website ni banyak benih yang rare dan kebanyakannya benih obersea mari. Cubaan ku menyemai benih yang dibeli dari  mylestary seed setakat ni 70% menjadi, cuma saiznya takde la segebu tanaman di tempat sejuk...tapi bolehlah  nak dibuat makan untuk famili kecikku.


Yang paling ku rasa macam best sekali ialah eksperimenku menanam turnip... turnip jenis white globe... aku terasa ingin mencuba tanam turnip bila kagum dengan khasiat yg terdapat pada turnip....bukan saja ubinya boleh makan....daunnya juga boleh dimakan. Antara kandungan nutriennya adalah asid folik, vitamin c, vitamin A, vitamin B, vitamin E, vitamin K, kalsium, mangan dan banyak lagi.

Turnip ku tanam kat bawah bumbung tapi masih terima cahaya matahari. Pokok-pokok turnip yang ku tanam di tempat yang banyak terkena tempias hujan lebat kurang menjadi, tapi yg kurang terkena tempias hujan lebat alhamdulillah terbentuk ubinya. Aku rasa la kan turnip ni kurang gemar tempat banyak air ni.

Ubi turnip ku tuai dan ku potong empat untuk gantikan kentang dalam masak lomak cili padi, kena tunggu lama sikit daripada kentang untuk empuk. Daun turnip pulak ku masak tumis air je.

Jom layan gambar..
















Just sharing....

Friday, 24 July 2015

Makan lala di Pulau Aman

Lalalalalala......lalalala....

Cenggitu lah girangnya bila dapat makan lala rebus  fresh dari laut di Pulau Aman Penang...

Kepada sesiapa yang sedang plan jalan-jalan cari makan serta mahu cuba makanan selain dari nasi kandar...eloklah masukkan Pulau Aman dalam itinerary korang.

Kebiasaannya orang pergi ke Pulau Aman kerana mee  udangnya, tapi bagiku yang paling terbaik di sini adalah lala rebus... dan yang no. 2 terbaik adalah oyster a.k.a. tiram nya ..

Camana nak gi Pulau Aman? Kena naik bot lebih kurang dalam 10 minit dari Jeti Batu Musang yang juga dikenali sebagai Jeti Pulau Aman. Jeti ni terletak di area Stadium Batu Kawan....dah nampak stadium ni kena drive straight lagi... dalam 10 -15 minit lagi dari stadium..

Haaa ....lagi satu peringatan....alang2 dah sampai di Pulau Aman tu jangan lupa shopping belacan & ikan masin nipis macam bulu ayam tu tau..... memang terrrbaaaeekk kebabom!

















Just sharing....

Wednesday, 22 July 2015

Tanam roselle dalam polibeg



Ini dia salah satu hasil eksperimen ku dalam bab bercucuk tanam ni...... Tanam pokok roselle dalam polibeg....huhuhu....aku tak tau ada ke tak orang lain dah bereksperimen  topik ni...almaklum la pokok roselle ni  boleh tahan jugak tingginye , boleh capai 5 hingga 6 kaki lebih tingginya..


Ku dapat benih roselle Arab ni dari kawan berkebun di fb namanya kak zahariah zamri pada sekitar Disember 2014.... Excited sangat terus semai....banyak pula yang bercambah dan membesar dengan jayanya.. ada laaa dalam 7 pokok....bile semakin membesar mula lah menggagau cari tempat nak alih anak2 pokok roselle ni.....nak alih kat tanah memang tak dapat den nak nolong eh....laman umah ku dah disemen sehabis baik....makanya, tanam dalam polibeg dan pasu je la....


Ada yang 2 pokok satu polibeg ku tanam dan ada yang satu pokok sepasu je....disebabkan ku tanam dalam polibeg, ku kena rajin membaja...sebab akarnya tak dapat nak merayap jauh  cari nutrient maka ku kena pastikan nutrient dalam polibeg tu sentiasa cukup (tapi kadang2 selalu jugak lupa nak membaja....huhuhu...shian pokok)

Setelah 5 bulan lebih dari tarikh semaian .....pokok2  roselle ni telah membuat beberapa kali cubaan untuk berbunga.....selalu gugur je bunga2 roselle dalam bulan pertama cubaan berbunga dan berbuah....mungkin tukang kebun tak kasi cukup baja kot...huhuhu....setelah beberapa kali gagal...pada bulan ke enam barulah tukang kebun berjaya memetik hasil2 buah roselle ni... Nak dapat hasil seberkas saiz bekas tau foo fah tu nak kena tunggu dalam 4-5 hari la jugak mengumpul buah roselle.....hasil tanam dalam polibeg ni memang tak semeriah tanam terus kat tanah.....tapi apa2 hal pon alhamdulilah , setakat ni dah 5 round merasa jus roselle tanam sendiri... Ai is puas hati....

Jom layan piccas pulak ...


2 pokok  roselle dalam satu polibeg bersaiz sederhana...pokok membengkok sebab tak  dipancang...










operasi memasak buah roselle untuk membuat jus roselle......bahan2 nya air, gula dan buah roselle yang telah dikupas kelopaknya dan dibuang biji yg berwarna hijau.







Just Sharing

Monday, 29 June 2015

Blending Perfume Free Class..!

Awal tahun ni, pegi Jonker Street....terbeli lah Eucalyptus Essential Oil yang kununnya boleh melegakan hidung tersumbat aku yang tengah ganas menyerang akibat allergic kat bahagian sinus hidung ni ...tapi kecewa la...bila hidu Eucalytus Essential Oil yang dibeli tu macam bau serai wangi pulak dah...pastu tekstur macam bukan oil...aku rasa lebih kepada banyak alkohol....huhuhu

Kecewa punya pasal ku Google kat mana ada lagi dalam Malaysia ni jual Eucalyptus Pure Essential Oil untuk nak legakan hidung tersumbat aku ni...aku terjumpa la satu website ni kepunyaan BF1 Shop yang menjual bermacam jenis essential oil dan juga produk-produk kecantikan yang berasaskan bahan bahan natural gitu. Ku tengok websitenye macam menarik je, banyak betul essential oil dia jual.... Cili pun ada essential jugak tau...!! Untuk bakar lemak katanya..

Ntah macamana aku tertekan dekat event page BF1 (Best Formula Industries) shop ni....pergh....banyak free class sedang rancak diadakan oleh team BF1 ni...Kelas Essential Oil....Kelas buat sabun...Kelas buat body lotion....Kelas blending perfume pun adaa....FREE ok..! Rambang mata tengok free clas ni...maka nya tujuan asal nak beli Eucalyptus Essential Oil ke laut la jawabnya....

Aku skeptikal jugak pada mulanya free class ni....mesti depa akan ada sesi promote produk2 depa laa...atau paksa join membership ka ..dan yang sewaktu denganya.....
Tapi belum cuba belum tau kan keadaan sebenar free kelas tu.... so akupun register la kelas blending perfume...

Sampai je kelas di Segambut...susah jugak ok nak cari tempat tu...ku di sambut oleh pohon2  bunga dan pokok herba yang hidup di laman ....siap ada bau -bauan wangi lagi...

Lepas sesi pengenalan....kami semua diberi 3 botol kosong ...botol  A untuk kami cipta minyak wangi perempuan ala ala sweet gitu.....botol B untuk kami cipta minyak wangi perempuan yang punya strong personality ala ala diva.....botol C pula untuk minyak wangi lelaki....

Kami semua di sediakan dengan berbotol-botol fragrance oils  untuk kami pilih untuk di campurkan dalam minyak wangi kami nanti....

Maka ini hasil dari rekaan aku :
1. Botol A - Gardenia, Arabic base note,floral rose, top fruity, citrusy
2. Botol B - Top floral creamy,Top floral, Peony, sweet note
3. Botol C - Ocean base note,Woody note,top musky, lasting milky powdery, arabic base note, green note

Lepas abis blending perfume tu....sesi testing perfume oleh Cikgu Vincent pulak....time ni memang kena tahan kritik la...huhu..  kritikan jujur dari cikgu untuk botol B aku macam bau minyak wangi untuk wanita veteran yang berumur 60-an....uhukkksss...sabar je la, im still young ok.....  tapi ada participant lain yang cikgu komen " your perfume is spoilt due to too many ingredients".....perghhh....itu sangat sangat kesian okkk.....kena buat balik...

Anyway...its a good experience for me.....kami semua dibenarkan bawak balik perfume yang kami dah reka tu secara free in this free class...tunggu perfume tu disimpan seminggu bagi betul-betul blend ingredientnya baru boleh guna kata Cikgu Vincent ... dan paling penting free class ni  no other hidden agenda...no product promotion.....no paksa paksa beli produk.....love it....smoga team BF1 success selalu....

Jom layan gambar...some of it courtesy from BF1 team...











Just sharing....

Tuesday, 14 April 2015

Dapat duit dengan blog?

    Mula mula aku bukak blog ni memang salah satu niat nak dapat duit extra laaa kunun nya.... back in 2009 banyak kat media massa dok cerita kebaikan blog ni sebab boleh dapat pasif income katanya...

Lepas create blog ni .. aku cubalah register Google AdSense, tapi kes nya selalu tak approve saja.. dengan sebab language not supported.

Kuciwa koniciwa hatiku ok....

Tak pe lah, dah alang alang ada blog ni...pos la apa apa entry yang boleh di kongsi.

Tarikh 15 August 2013, selepas 5 tahun  ku berblogging barulah ku register nuffnang . Better late than never kan.

Mula2 tu rajin jugak aku check earning aku, tapi asek  bentuk telur ayam dengan telur itik je... muehehehehe....

Pastu malas dah nak check earning nuffnang....x mo dikuciwa lagi.....sakit nya tu di sini tauuuu..tauuu...tauuuu

Tadi, kebetulan terasa nak check....

Tetiba....!!! :-) :-) :-) :-)

Cantik nombor tu, banyak ong wooo

Telur dah mula menetas..... RM 8 je... but im a happy blogger

Just sharing....

Tuesday, 20 January 2015

Senangnya tanam pokok bendi a.k.a okra a.k.a lady's finger

Hati berbunga ria bila pokok yang disemai  dari sekecil kecil biji benih telah   membesar bagai johan raja lawak dan  mengeluarkan hasil yang riang ria.

SERIUS....aku sangatlah rekomen tanam pokok bendi bagi sesiapa yang baru hendak berjinak jinak dengan hobi berkebun. Sebab tak leceh menjaganya. Cuma  semai benih.....tunggu semaian mengeluarkan 1 @  2 set daun sebenar...kemudian ku alih ke dalam  polibeg  bersaiz sederhana....ku letak 2 pokok dalam satu polibeg tu....hehehe......kemudian biarkan dia membesar sendiri......tapi jangan lupa siram air tiap tiap hari pulak.....dan  membaja ala kadar...... dalam masa dua bulan dah mula berbunga dan berbuah...... serangga perosak memang jarang menyerang pokok bendi.. tu yang aku suka sangat....

Aku beli benih bendi dari blog Diari Petani dalam bulan Oktober 2014. Dan aku juga sangat rekomen kat korang beli benih dari Diari Petani ni, sebab dah banyak tempat aku beli benih dan yang aku paling berpuashati beli benih dari blog Diari Petani dan juga benih jenama Green World yang boleh didapati di pasaraya pasaraya Tesco, Aeon etc atau di nurseri. Ini kerana benih benih dari mereka ni mempunyai peratusan cambahanya yang tinggi walaupun kita ni hanyalah pekebun main main kat rumah je.

Baru baru ni ada keluar berita mengatakan harga bendi dah naik sebab kekurangan bekalan....pelik jugak la.... sebab aku rasa senang je nak tanam bendi ni... tak perlu tunggu lama untuk merasa hasilnya...  lepas berbunga dalam masa 4-5 hari je buah bendi sudah besar dan boleh di tuai... huhu...bila selalu tuai makin galak jugak dia berbunga dan berbuah....


JOM layan gamborr sekeping yuk !!










Just sharing....

Thursday, 4 December 2014

Tips Jimat Melancong ke Perth

Duit bukannya ada banyak sangat pon...
Semakin kurang .....
Dah tak berkepuk-kepuk sangat semenjak ada komitment rumah ni....
Haru gak woooo...
Disebabkan aku beli rumah guna company loan....
Bila dapat gaji....gaji jadi ciput je ...sebab dah di potong awal2 ansuran rumah tu.....

Nangisss...... :'(


Tapi kegatalan tapak kaki nak mengembara tengok negara orang memang tak boleh hilang ....
Bajet ciput pon ciput la...
janji dapat jalan2.....

Oktober lepas ...ku berjaya bercuti ke Perth 5 hari 4 malam...All-in rm2000 total damage untuk aku..
Ikut perkiraan aku yang kurang pandai Matematik ni....
Rm2000 untuk percutian kali ni boleh dikategorikan sebagai percutian SANGAT jimat cermat...
almaklum la ye...duit Australia ni lagi besaaauuu dari duit kita....

Tips

1. Tiket flight - yang ni tak payah bagitau pun aku rasa ramai yg dah tahu.
Rajin-rajin la tengok harga flight tiket secara online...boleh gi kat direct webpage airline tu...atapun nak tengok kat skyscanner ke ..kayak ke ...farecompare pon ok...
Harga tiket MAS pergi & balik ku dapat dalam rm 1000 +- .

Jangan lupa juga ajak 2-3 orang kawan untuk join trip ....sebab ini juga dapat mengurangkan sedikit kos melalui kaedah sharing is caring....trip ke Perth ni kami pergi berempat..



2. Accomodation / tempat bermalam....kalau nak betul-betul berjimat cermat Perth memang ada banyak kemudahan untuk bermalam secara backpack yang berdekatan dengan  bandar...tapi kena perlu bersiap sedia la nak berkongsi bilik air, bilik mandi, tempat makan, tempat rehat, dapur dan juga tempat tidur dengan backpackers lain.

Kalau nak lagi berjimat, sila pilih tempat yang mempunyai khidmat bas ke bandar Perth  secara percuma contohnya  perkhidmatan Central Area Transport Service a.k.a CATs.... ada yellow, red, blue & green CATs...boleh refer sini http://www.transperth.wa.gov.au/Timetables/CAT-Timetables untuk jadual dan stesen bas CATS...

Selain CATs korang juga bleh pilih tempat bermalam di sekitar Free Transit Zone....rujuk sini http://www.transperth.wa.gov.au/Tickets-Fares/Free-Travel/Transit-Zones

Semasa di bandar Perth ku pilih tinggal di Malibu Apartment... ini bukan tempat backpackers ye...huhuhu... tak sanggup la nak kongsi mongsi ni. Malibu Apartment sangat reasonable harganya....dengan harga Aud 100 per night ku dapat satu unit studio apartment dengan dapur yang lengkap dengan peti ais, tempat masak, pinggan , mangkuk, kuali bagaii....ada mesin basuh juga ye...hehe..

Malibu Apartment ni juga berada dalam kawasan Free Transit Zone makanya aku boleh naik bas pergi ke bandar Perth secara percuma....suka kannn free free ni....hihi... tapi Malibu ni yang tak best nya tak dak Wifi jadi terpaksa la ku beli SIM card vodafone 1 GB data plan dgn harga AUD15 huhuhu

Malibu Apartment ni goreng pisang panas....selalu je fully book...huhu...tengok ni......bulan december 2014 almost everyday fully book...




3. Makanan....Silalah masak ye.....Makanan kat Perth ni standard kalau pi makan kat kedai paling koman pon Aud 10 per meal, kalau convert duit Malaysia mau nak dekat RM30....seingat aku la kan....x terjumpa pulak gerai-gerai kecik tepi tepi jalan macam gerai goreng char kuey teow kat Malaysia ni di Perth.....susah gak nak cari makan yang murah-murah...

MAKAnya ...dah alang-alang ada dapur kat bilik kami...memang fully utilize la dapur tu...

Untuk cari daging lembu atau ayam yang halal kat Perth....memang tak akan ada label halal pada bungkusan makanan tu.. apa yang boleh korang buat ialah check  jenama atau brand ayam atau daging tersebut sama ada ia termasuk dalam senarai kategori halal ke tak....sebab ada setengah jenama halal dan ada setengah jenama yang  tidak halal...tapi korang boleh check website ini untuk maklumat lanjut senarai jenama halal di Australia...mudah kan ....weeee http://www.halalsquare.com.au/groceries/index.php/frozen-food/poultry.html

tapi paling selamat beli je lah seafood ....atau jadi vegetarian kejap untuk beberapa hari...lagi murah dari beli  ayam atau daging..


4. Kemudahan pengangkutan.... kemudahan public transport memang tip top di kawasan bandar Perth... banyak juga kemudahan bas percuma seperti yang telah saya terangkan di point nombor dua di atas, ada juga perkhidmatan train di sediakan di Perth.

korang boleh rujuk webpage ini untuk rancang perjalanan anda di sekitar Perth dan juga pekan lain yang berdekatan...
http://www.transperth.wa.gov.au/Journey-Planner





Hanya di sekitar bandar Perth saja kemudahan pengangkutan awam sangat superb dengan adanya free CATs buses.... selain bandar Perth, pekhidmatan bas percuma CATs juga ada di Fremantle dan Joondalup.

Tapi di Swan Valley dan  jugak di tempat-tempat luar bandar yang lain, adalah di nasihatkan sewa jelah kereta ye... tapi sila la rancang agar dapat sewa kereta seminima hari yang boleh....minyak kat Perth mahal wooo...

Hari pertama kami di Perth  kami bermalam 1 malam di Swan Valley iaitu kawasan yang terkenal dengan wine region dan juga food region. Kami menyewa kereta selama 24 jam......haaa.....kalau memang plan nak sewa kete jangan lupa bawak GPS atau smartphone yg ada Waze tu ek....

Di sinilah terserlah kebaikan pergi bercuti bawak 2-3 orang kawan.....kita boleh tong-tong duit sewa kereta , minyak dan hotel...hehe....semua bajet dikira dengan bahagi 4...:)



5. Orang Malaysia yang mahu melancong ke Australia perlukan visa.... visa Australia adalah dalam bentuk electronic....banyak juga website-website yang menjalankan khidmat permohonan visa secara online .

Dan harga  yg perlu dibayar untuk buat visa Australia ni aku tengok tak sama rate...ada yang AUD 10...ada yang AUD 35 pon jugak... nasib baik la kawanku sorang tu ada member kerja dengan travel agency...maka nya kami hanya perlu bayar visa sebanyak Rm20 jer....soo sesapa ada kawan keje travel agency baiklah mintak tolong kawan tu buat visa ek....

Last but not least aku nak cete pasal kastam/imigresen Australia ni....mana yang depa suruh declare tu ..declare la dengan sejujurnya, sebab derang ni strict.....kalau tak declare tak pasal pasal kena denda Aud 50000 pulak karang.... dan mana mana yang ada bawak makanan yang berunsurkan daging...contoh nya rendang ayam Brahim ke...kari daging ayam brand yang dalam tin tu ke....sila lah jangan tanggalkan label dan ingredient pada kotak atau tin tu ekkk... karang depa ni banyak soal bila tak de label atau ingredient ni...

6. Tip yg terakhir dariku...shopping la berpada-pada.... kurang shopping itu konpem dijamin boleh berjimat cermat yang amat sangatttt...

Tapi boleh ker tak shopping..? Aku kalau berjalan aku suka beli t-shit yang ada tulis nama-nama tempat yang aku pergi.......kat Fremantle...ada satu kedai ni....antara kedai souvenier yang paling depan sekali di  Capuccino Strip..jual t-shirt Fremantle 5 helai AUD 20....tshirt2 tu dia sangkutkan jer di depan kedainya...aku pon apa lagi borong la tshirt tu...hehehhe...boleh la buat pakai dalam rumah...

Lagi satu kedai souvenier yang aku rasa berbaloi pergi ialah kedai-kedai kat area Murray Street  dan juga Hay Street...pendapat peribadi aku kedai souvenier dekat sini murah sikit dibandingkan dengan di Fremantle

Alamak......terpanjang pulak entrii....huhuuhu...meh kita belanja gambar sikit...













Just sharing....