Showing posts with label kebunku. Show all posts
Showing posts with label kebunku. Show all posts

Monday, 30 September 2019

Pokok Goji Berry Saya Dah Berbuah!!!

Girang rasa hati bila pokok yang di jaga mula dari tinggi sejengkal sahaja, sekarang dah membesar dengan jayanya.

Timbul idea nak beli anak pokok dari suamiku ... Tetibe pada suatu hari yang tak disangka dia kata nak cari buah goji berry sebab boleh tolong kurangkan berat badan.. Terkejut bini dia ni, sebab jarang dia ada kesedaran nak berdiet... Huhuhu....

Biasa di kedai2 runcit atau pasaraya memang ada jual goji berry yang sudah dikeringkan. Orang Chinese rajin buat sup atau minum air rebusan goji berry ni... Bagiku pula... Aku suka rebus goji berry kering, bersama red dates(kurma merah), halia muda dan sedikit gula batu... Sedap sangattt...

Tapi ku rasa macam nak cuba pula tanam pokok goji berry untuk dapat buah yang segar bukan yang telah dikeringkan.. Kebetulan di facebook ExoticMatahari Nursery ada jual anak pokok goji berry... Maka ku rembatla satu anak pokok...

Setelah beberapa bulan.... Dah berbuah dah.... Senang jaga pokok ni... I'm impressed..

Pokoknya takde la besar sangat... Setinggi 2 kaki je dia dah berbuah dah.... Cantik macam tanglung...



Just sharing....

Friday, 23 March 2018

Jom Jengah My Kebun Mini , Nenas Sabah, Kale, Strawberry & Lemon

Macam dah lama tak post entry pasal kebun.....eh bukan macam dah....memang dah lama tu....




Ini Nenas Sabah......saya beli 2 anak pokok dari blog kebunbahagiabersama.... keduanya saya tanam dalam pasu jerr....dalam setahun cenggitu pokok pertama dah mula berbuah.....happy tak terkata ok.......amek masa 2 bulan jugak la baru petik buah nenas tu......lepas sebulan pokok pertama berbuah.....pokok kedua pulak berbuah.....I is double happy....!!  Nenas Sabah ni masa pokok tengah berbuah banyak pulak sulur anak pokok nenas yang tumbuh.......boleh tengok dalam gambar no. 3 tu.....ini pon banyak dah sulur2 yang saya dah cabut tanam tempat lain.....dah tak larat den nak menyabut semuanya......so ada yg ditinggalkan jee cenggitu......bila ada masa lapang nnti plannya nak cabut habes semua sulur tu pindah tempat lain..tapi tapi...bila la tu ek...??

Ini pokok kale....bukan kailan yer.....mat salleh banyak la makan sayur ni.....tapi I bukan mat salleh ye....huhuhu....terjumpa anak pokok ni jual masa ada event green world kat Starling Mall.....saja la nak cuba-cuba kan..........hidup dengan jayanya pulak tu nokss.....ku petik-petik buat sup, salad dan sayur stim daun kale ni......tapi my faberet is di buat sup.......ku tanam pokok kale ni di tempat separa teduh.....



Experimenting tanam pokok strawberry dalam kebun miniku....pokok strawberry albion ni ku beli dari FB Exotic Matahari Nursery...tuan punya nursery namanya Norasiah Jamil....masa ku beli pokok ni time musim hujan.....makanya batch pertama buah strawberry yg terhasil tak berapa cun sangat....macam ada penyakit yg menyerang.......ku buang aja semua buah tu.....dan tak lama lepas tu...berbuah pulak kali kedua masa musim panas.....kalini menjadi...yeehuuu......walaupun buahnya kecik-kecik je.....tak segedabak kat kawasan sejuk macam cameron highland tu.....tp ku tetap bersyukur.......agak-agaknya la kan.....kenapa ek kecik je strawbery tu? betul ke sebab bukan ditanam ditempat sejuk.....ataupun sebab saya kurang bagi kasih sayang atau baja kat pokok strawberry tu...? Cara saya jaga pokok ni.....letak tempat separuh teduh tp masih boleh dapat cahayamatahari....siram selang sehari bak kata puan nursery kak Asiah.....pastu saya sembur2 baja AB kat daunnya dan tanahnya juga.....


Ini pulak pokok lemon ku beli dari Kebunbahagiabersama lebih kurang setahun lebih....lebih sikit....hampir ke dua tahun.....ku tanam dalam pasu besar cap Baba......tahun lepas pernah berbuah sebiji....memang tak perasan bila dia berbunga.....alih2 ada buah jer......kali ni musim panas ternampak pokok ni berbunga......kudup bunga lemon ni warna ala-ala pink purplish.....ada 3 ketoi je bunganya......ketiga2nya kat dahan yang berlainan.....seketui-seketoi jugak.....tak pulak dia bergugus-gugus 3-4 buah macam pokok lemon kat obersea yg saya pernah nampak....huhu.....mungkin kurang kasih sayang pokok ni......almaklumlah saya ni pekebun asal boleh jer dan ikut mood....its just a hobby...I have my fulltime job yg busy, maghrib baru balik koo....apapun alhamdulillah atas kurniaan dari hasil kebun mini ku ya Allah.......walaupun tak seberapa ku tetap bersyukur....ecececehhhh.




Just sharing....

Monday, 14 December 2015

Tanam turnip...tuai turnip....makan turnip...

Kegilaan ku suka ber eksperimentasi tanam sayur-sayuran ni telah menyebabkan aku ter pergi ke website www.mylestaryseeds.com.my . 

Kat website ni banyak benih yang rare dan kebanyakannya benih obersea mari. Cubaan ku menyemai benih yang dibeli dari  mylestary seed setakat ni 70% menjadi, cuma saiznya takde la segebu tanaman di tempat sejuk...tapi bolehlah  nak dibuat makan untuk famili kecikku.


Yang paling ku rasa macam best sekali ialah eksperimenku menanam turnip... turnip jenis white globe... aku terasa ingin mencuba tanam turnip bila kagum dengan khasiat yg terdapat pada turnip....bukan saja ubinya boleh makan....daunnya juga boleh dimakan. Antara kandungan nutriennya adalah asid folik, vitamin c, vitamin A, vitamin B, vitamin E, vitamin K, kalsium, mangan dan banyak lagi.

Turnip ku tanam kat bawah bumbung tapi masih terima cahaya matahari. Pokok-pokok turnip yang ku tanam di tempat yang banyak terkena tempias hujan lebat kurang menjadi, tapi yg kurang terkena tempias hujan lebat alhamdulillah terbentuk ubinya. Aku rasa la kan turnip ni kurang gemar tempat banyak air ni.

Ubi turnip ku tuai dan ku potong empat untuk gantikan kentang dalam masak lomak cili padi, kena tunggu lama sikit daripada kentang untuk empuk. Daun turnip pulak ku masak tumis air je.

Jom layan gambar..
















Just sharing....

Wednesday, 22 July 2015

Tanam roselle dalam polibeg



Ini dia salah satu hasil eksperimen ku dalam bab bercucuk tanam ni...... Tanam pokok roselle dalam polibeg....huhuhu....aku tak tau ada ke tak orang lain dah bereksperimen  topik ni...almaklum la pokok roselle ni  boleh tahan jugak tingginye , boleh capai 5 hingga 6 kaki lebih tingginya..


Ku dapat benih roselle Arab ni dari kawan berkebun di fb namanya kak zahariah zamri pada sekitar Disember 2014.... Excited sangat terus semai....banyak pula yang bercambah dan membesar dengan jayanya.. ada laaa dalam 7 pokok....bile semakin membesar mula lah menggagau cari tempat nak alih anak2 pokok roselle ni.....nak alih kat tanah memang tak dapat den nak nolong eh....laman umah ku dah disemen sehabis baik....makanya, tanam dalam polibeg dan pasu je la....


Ada yang 2 pokok satu polibeg ku tanam dan ada yang satu pokok sepasu je....disebabkan ku tanam dalam polibeg, ku kena rajin membaja...sebab akarnya tak dapat nak merayap jauh  cari nutrient maka ku kena pastikan nutrient dalam polibeg tu sentiasa cukup (tapi kadang2 selalu jugak lupa nak membaja....huhuhu...shian pokok)

Setelah 5 bulan lebih dari tarikh semaian .....pokok2  roselle ni telah membuat beberapa kali cubaan untuk berbunga.....selalu gugur je bunga2 roselle dalam bulan pertama cubaan berbunga dan berbuah....mungkin tukang kebun tak kasi cukup baja kot...huhuhu....setelah beberapa kali gagal...pada bulan ke enam barulah tukang kebun berjaya memetik hasil2 buah roselle ni... Nak dapat hasil seberkas saiz bekas tau foo fah tu nak kena tunggu dalam 4-5 hari la jugak mengumpul buah roselle.....hasil tanam dalam polibeg ni memang tak semeriah tanam terus kat tanah.....tapi apa2 hal pon alhamdulilah , setakat ni dah 5 round merasa jus roselle tanam sendiri... Ai is puas hati....

Jom layan piccas pulak ...


2 pokok  roselle dalam satu polibeg bersaiz sederhana...pokok membengkok sebab tak  dipancang...










operasi memasak buah roselle untuk membuat jus roselle......bahan2 nya air, gula dan buah roselle yang telah dikupas kelopaknya dan dibuang biji yg berwarna hijau.







Just Sharing

Thursday, 16 April 2015

Terung putra dan kacang panjang renek

Lama dah rasanya tak update pasal status kebun sekangkang kucing ku ini

Ahli terbaru dikebun yang sedang membuahkan hasil dengan bahagianya adalah terung putra dan kacang panjang renek.

Benih terung putra ni ku beli dari blog diari petani. Masa aku beli benih dalam bulan Oktober last year sampulnya begini.....



 CantiK ... ungu berkilat...



Puas hati beli dengan Diari Petani, banyak benihnya. Boleh buat stok sampai ke anak cucu ok. Benihnya pun bernas. Cepat bercambah. Tapi bila dah berbuah , ku tunggu punya tunggu punya tunggu terung bertukar warna ungu...... tak jadi ungu pun, dia jadi separa ungu je.  Last2 aku terus petik buatkan lauk je tanpa bertukar jadi ungu.
Hasil pertama.... degil tu, x jadi ungu..


Tapi sedap ok....rasa terung...tak rasa strawberry .
Lepas tu, aku bukak balik page diari petani tu. Nak double check betul ke rupa terung yg aku tanam cenggituu....jeng  jeng..
jeng...

Dia dah update daa..

Dan ... buah-buah terungku yang seterusnya sebijik rupanya dengan gambar di atas... mungkin sebab pokok baru nak belajar berbuah sulung, maka buah sulong tu yang cacat sikit warnanya... huhuhu..

Selain terung, lagi satu pokok yang sedang galak ialah pokok kacang panjang renek. Cepat berbuah dah cepat pula mengeluarkan hasil. Tapi hasilnya tak ada la sehebat pokok kacang panjang yang menjalar atas pagar  tu,  tapi   bolehla kalau setakat nak buat ulam ulaman. Tapi kalau nak hasil lebih sikit kacang panjang renek ni, kena la tanam banyak pokok. Benih kacang panjang  ni ku beli dari blog kebun bahagia bersama dan juga fb kelab benih.


Ready untuk di ulam ulamkan


Just sharing...




Tuesday, 20 January 2015

Senangnya tanam pokok bendi a.k.a okra a.k.a lady's finger

Hati berbunga ria bila pokok yang disemai  dari sekecil kecil biji benih telah   membesar bagai johan raja lawak dan  mengeluarkan hasil yang riang ria.

SERIUS....aku sangatlah rekomen tanam pokok bendi bagi sesiapa yang baru hendak berjinak jinak dengan hobi berkebun. Sebab tak leceh menjaganya. Cuma  semai benih.....tunggu semaian mengeluarkan 1 @  2 set daun sebenar...kemudian ku alih ke dalam  polibeg  bersaiz sederhana....ku letak 2 pokok dalam satu polibeg tu....hehehe......kemudian biarkan dia membesar sendiri......tapi jangan lupa siram air tiap tiap hari pulak.....dan  membaja ala kadar...... dalam masa dua bulan dah mula berbunga dan berbuah...... serangga perosak memang jarang menyerang pokok bendi.. tu yang aku suka sangat....

Aku beli benih bendi dari blog Diari Petani dalam bulan Oktober 2014. Dan aku juga sangat rekomen kat korang beli benih dari Diari Petani ni, sebab dah banyak tempat aku beli benih dan yang aku paling berpuashati beli benih dari blog Diari Petani dan juga benih jenama Green World yang boleh didapati di pasaraya pasaraya Tesco, Aeon etc atau di nurseri. Ini kerana benih benih dari mereka ni mempunyai peratusan cambahanya yang tinggi walaupun kita ni hanyalah pekebun main main kat rumah je.

Baru baru ni ada keluar berita mengatakan harga bendi dah naik sebab kekurangan bekalan....pelik jugak la.... sebab aku rasa senang je nak tanam bendi ni... tak perlu tunggu lama untuk merasa hasilnya...  lepas berbunga dalam masa 4-5 hari je buah bendi sudah besar dan boleh di tuai... huhu...bila selalu tuai makin galak jugak dia berbunga dan berbuah....


JOM layan gamborr sekeping yuk !!










Just sharing....

Monday, 3 November 2014

Fillet ikan dory & daun selasih

Sejak ku ketemu hobi bercucuk tanam....
Otak ku sentiasa ligat berfikiran resepi apa yang sesuai di masak dengan pokok-pokok yang ditanam di kebun sekangkang kucing ku ini...

Semalam berjaya menyambar 3 keping fillet ikan dory frozen dari tesco dengan harga RM 5.99. Saya bercadang nak masak grill dalam kertas aluminium. Selalunya ikan tu saya perap dengan McCormick's Mixed herbs...tapi rasa macam dah jemu pulak.....

Makanya....saya pon pergi la ke kebun saya tu mencari idea bahan perapan.
Hasilnya...saya telah mengutip daun selasih dan daun sweet basil. Kemudian saya tumbuk daun-daun ni dengan bawang putih kemudian ditambah sedikit olive oil dan sedikit pati ikan bilis sebagai bahan perapan.

Sedap jugak idea dari  kebunku ini.

Inilah dia idea dari kebun...ikan dory grill dimakan bersama salad yg dipetik dari kebun juga



Ps...abaikan kalau rasa bahasa saya entah apa apa...  tengah sakitnya hati menaip blog guna handphone huawei nii....bengong...




Just sharing...

Monday, 29 September 2014

Tanam Lobak Putih ... saya boleh...!!

Selamat tengahari...

Alhamdulillah...baru lepas santap makan tengahari...mata layu mengantuk.......nak buat keje macam.....waktu lunch kot...nak buat keje apekebenda...? Huhu

Kalau orang yang rajin....sure dia akan buat juga keje di waktu lunch kan....
Tapi harini aku tak rajin....muehehehe... cuma tetiba terasa rajin nak ber blog....

Hari ni rasa macam nak cerita macam mana semangat berkebun itu timbul....

Pertama sekali....of course la....salah satu langkah ku untuk berjimat cermat untuk barang dapur.....almaklum barang semakin naik smuanya.....

Kedua....sebab aku rasa lagi syok kalau masak dapat main petik petik depan rumah je..tanpa perlu nak start keta dan pi ke kedai semata-mata nak beli daun kesum....dan secara x langsung boleh jimat  petrol....

Ketiga....paling syok ialah bila kita dapat makan sayur yang fresh lagi rangup dan manis..........betol...saya tak tipu........lepas tuai dan terus masak sayur tu.....rasa sari manis sayur yang ditanam sendiri sangat puas hati.......

Setakat pada hari ni....saya dah pernah rasa tuai tanam sendiri sayur kailan..lettuce/salad...sawi bak choy....daun selasih....sweet basil...kunyit...kesom...daun limau purut...daun pudina....limau kasturi..daun kari....daun kadok...serai...kangkong...

Sekarang penantian saya adalah pada si lobak putih ini......

Sedang menunggu hari untuk menuai si lobak putih......harap2 tercapai la hasrat......amin




Just sharing....

Monday, 8 September 2014

si pokok kailan.....siang layu malam segar

Tak tau la normal ke tak keadaan pokok kailan ku ini.....
Almaklum first timer tanam kailan dan sayuran di kebun sayur sekangkang kucingku ini...

Almaklum jugak la kan....saya ni pun bukan pekebun sepenuh masa.....
Siram menyiram hanya ikut dan je kadang kadang....
Sebelum gi kerja...itu pun kalau sempat la....
Dan selepas balik kerja....selalu time maghrib la dapat masa nak menyiram kebun....
Agak agak ada pantang larang tak siram pokok time2 maghrib....

Inilah akibatnya nasib malang kailan bila dapat si pekebun part time ni....

Bila siang..(itupun gambar ni saya snap masa saya lari kejap balik umah time lunch  tertinggal barang)



Dan bila hari menghampiri malam pulak macam ni rupanya.....


Of course la kan....saya paling happy bila tengok si pokok kailan ni segar macam ni......
Penat lelah menyemai dari benih semua hilang bila tengok pokok segar....

Tapi adakah ini normal bagi pokok kailan?

Ntah...saya pun tak ada jawapan yang pasti...
Marila kita pi tanyakan orang yang pakar di facebook kebun bandar jom tanam sendiri...


Just sharing....

Tuesday, 26 August 2014

Semai benih cili tapi tumbuh maman....

Entri yang lepas....saya ada merungut...tentang kadok naik junjung..
Sampai pokok cili saya pon di tenggelami pokok kadok...

Kompiden je kan saya kata pokok cili...
Memang la kompiden.....1~2 bulan lepas...saya la terbongkok dok semai benih cili dalam pasu tu...

Bila biji yang disemai bercambah....
Gembiranya hati Allah saja yang tau...

Tapi semalam...tetiba saya rasa kesian pulak pokok cili ni terlindung dengan pokok kadok.
Jadinya...saya yang baik hati ni pun angkat la pasu tu....untuk alihkan pokok tu ke tempat yang lebih lapang lagi.....

Bila dah tak terlindung dengan pokok kadok...
Baru la saya nampak dengan jelas pokok `cili` saya tu....

Aikss ... dah kenapa daun cili ni bercabang cabang macam daun maman pulak..

Memang di akui saya ada beli benih maman dari en is tanamsendiri... tapi setahu saya semai benih maman dalam pasu lain ...sampai sekrang tak tumbuh tumbuh lagi ....

Hahaha...rezki ko la maman...boleh terbang masuk pasu lain pulak dia....





Just sharing....

Sunday, 20 July 2014

proses menguatkan anak pokok sayur

sejak dua menjak ni semangat berkebun tetiba muncul...
dan aku pon dengan terujanya menyamai benih lobak putih....kangkung...kailan...sawi...kacang panjang dan selasih...
lepas 2-5 hari banyak cambahan yang kulihat....horayy....

tapi ada pula anak pokok yang tumbuh melonjong seperti tak berapa kuat dan senang rebah...
pokok sawi, kailan dan lobak putih  banyak yang lonjong-lonjong....
there's must be something wrong

so seperti biasa ku tanya pakcik glemer ku...
hasil carian membawaku ke laman tanamsendiri.com....pakar pekebun sayur...
dikatakan....anak-anak pokok yang kekurangan cahaya matahari akan tumbuh melonjong dan kurang kuat....maka proses pengerasan perlu dilakukan dengan meletakkan anak pokok di bawah sinaran matahari lebihkurang 4-6 jam sehari...

oo padanla lonjong....ku letak anak-anak pokok sawi, kailan & lobak putihku di bawah atap bumbung depan umah..
dan bermulalah sesi menjemur anakanak pokok ku....

anak pokok lobak putih yang lonjong











Just sharing....