Showing posts with label encouragement. Show all posts
Showing posts with label encouragement. Show all posts

Monday, 19 November 2018

7 Wasiat Raja-raja Melayu

Masa lepas majlis konvo adik ipar kat UUM selesai. Kami gi singgah di Pusat Budaya & Seni UUM..

Ternampak sesuatu kat salah satu dinding di Pusat tersebut yang menarik perhatianku.

Wasiat Raja-raja Melayu

Apakah kandungannya?


Ok... Ni dia... Hadam jangan tak hadam. . 


Just sharing....

Tuesday, 20 January 2015

Senangnya tanam pokok bendi a.k.a okra a.k.a lady's finger

Hati berbunga ria bila pokok yang disemai  dari sekecil kecil biji benih telah   membesar bagai johan raja lawak dan  mengeluarkan hasil yang riang ria.

SERIUS....aku sangatlah rekomen tanam pokok bendi bagi sesiapa yang baru hendak berjinak jinak dengan hobi berkebun. Sebab tak leceh menjaganya. Cuma  semai benih.....tunggu semaian mengeluarkan 1 @  2 set daun sebenar...kemudian ku alih ke dalam  polibeg  bersaiz sederhana....ku letak 2 pokok dalam satu polibeg tu....hehehe......kemudian biarkan dia membesar sendiri......tapi jangan lupa siram air tiap tiap hari pulak.....dan  membaja ala kadar...... dalam masa dua bulan dah mula berbunga dan berbuah...... serangga perosak memang jarang menyerang pokok bendi.. tu yang aku suka sangat....

Aku beli benih bendi dari blog Diari Petani dalam bulan Oktober 2014. Dan aku juga sangat rekomen kat korang beli benih dari Diari Petani ni, sebab dah banyak tempat aku beli benih dan yang aku paling berpuashati beli benih dari blog Diari Petani dan juga benih jenama Green World yang boleh didapati di pasaraya pasaraya Tesco, Aeon etc atau di nurseri. Ini kerana benih benih dari mereka ni mempunyai peratusan cambahanya yang tinggi walaupun kita ni hanyalah pekebun main main kat rumah je.

Baru baru ni ada keluar berita mengatakan harga bendi dah naik sebab kekurangan bekalan....pelik jugak la.... sebab aku rasa senang je nak tanam bendi ni... tak perlu tunggu lama untuk merasa hasilnya...  lepas berbunga dalam masa 4-5 hari je buah bendi sudah besar dan boleh di tuai... huhu...bila selalu tuai makin galak jugak dia berbunga dan berbuah....


JOM layan gamborr sekeping yuk !!










Just sharing....

Wednesday, 31 December 2014

Niat yang tak kesampaian di tahun 2014

Sedar tak sedar....lagi beberapa jam lagi dah nak masuk tahun 2015...

Cepat betul masa berlalu....

Harapanku agar dapat menulis 100 entri dalam blog kesayangan pada tahun 2014 ini tak tercapai...huhu....  :(

Kesibukan mengatasi segalanya.....hmm ye ke...? Atau ketidakrajinan mengatasi segalanya...? Hahaha.....apa apa la zy...

Tapi apa apa pun aku dah cuba sedaya upaya aku untuk kekal aktif menulis blog pada 2014....... pencapaian yang agak membanggakan jugak...sebab berjaya menulis hampir 50 entri.....lebih lebih lagi sejak tukar handphone huawei   honor pada bulan Ogos lepas cabaran makin menjadi jadi untuk menulis blog melalui handphone...... Ya...!! Aku suka tulis blog guna handphone.....

Sejujurnya aku lebih suka menulis blog dari handphone samsung aku yang dulu.... keypad nya sangat nyaman digunakan... smooth dan tak ada halangan daripada auto type ni...... kalau ada pun sangat minima....

Tengok la ni...keypad huawei  honor ni...perkataan yang ntah hapa hapa yang keluar.....menguji kesabaran betul..!!



Ini yang buat aku nak kumpul duit beli iphone 6 ni.....hehehe....azam 2015

Just sharing..

Wednesday, 11 June 2014

Zoo Negara Volunteer

Got an opportunity to be half day Zoo Negara Volunteer organized by our Go Green Committee .
Me and around 30 plus other colleagues gather at Gate 3 entrance on 7:30 am 31 May 2014 to hear briefing from the Zoo Negara Education Unit before we were divided into small group and given a specific task.
Our group of 5 were given task to take care of The Mammal Kingdom.....
Its a wonderful experience....had chance to feed the camels,raccoons,stripped hyaenas, otters, porcupines and the cute little kong kang or in english called slow loris...
however due to our busy schedule & some restrictions.....i didn't manage to take pictures of all the animal...huhu ..
if you have the love & patience for animals...why not try to be a zoo negara volunteer.....
from what i see and being told by the staff... Zoo Negara REALLY need the help volunteers to assist them.... check this out... http://www.zoonegaramalaysia.my/volunteerprogram.html
See... I can came near to the porcupines.. its a myth that they shoot people with their quills
 
 
The Zoo staff feeding Dino the camel....while waiting for my turn to feed Dino
 
A colleague feeding an otter

Actually the camel poo  is not as smelly as cow's poo
 
 

Friday, 2 May 2014

Anggun Ayu Spa

Saya ke Melaka ke rumah famili mertua....dan diperkenalkan dengan sepupu suami yang mempunyai perniagaan spa...
kagum atas usahanya....
dari hanya bermula dengan membuat khidmat facial rumah ke rumah berseorangan...
kemudian membeli kedai spa yang pada mulanya hanya unit kedai ditingkat atas sahaja....kini sepupunya itu berjaya membeli unit kedai di tingkat bawahnya pula....
dan keseluruhan kedai spanya itu mempunyai 8 bilik perkhidmatan spa dengan 4 orang staff
kagum saya...

spanya ini berkonsepkan ala bali....
khidmat urutannya juga berkonsepkan kan Bali...
ramai pelanggan yang datang...tak putus-putus...
katanya dalam sehari ada berbelas belas pelanggan yang perlu di layan....
masyyyukkkk.....





Just sharing....

Wednesday, 29 January 2014

Azam 2014

Untuk terus menjadi blogger lebih baik... :)

Prestasi ku sebagai blogger pada 2013 amat buruk sekali...
Hanya 13 entry sahaja ?
Apakah? kenapakah ?

Semenjak aku memulakan blog ini pada tahun 2009...
tahun 2013 merupakan tahun paling malas bagiku

Mungkin ku sangat sibuk menguruskan hal duniawi aku...
sehinggakan terlupakan dunia maya ku?
Oh tidak juga....
2013 aku masih aktif ber facebook.....
tapi aku nampaknya lebih aktif di twitter ...
Bersama pakcik Google.. ?...Ohhh itu setiap hari overaktif...hehehe

Aku rasa alasan paling sesuai sekali ialah... aku sibuk membuat segala urusan kerjaku di opis...
projek agak kencang juga...alhamdulillah dah siap and running... :)
ku juga sibuk berkaitan hal-hal rumah....uruskan permit maid... uruskan majlis kawen...uruskan kes pembelian rumahku ...
haa.....Cabi cabi....hehehe ...itu kegembiraan ku pada 28 May 2013....
Drama drama swasta bersama kekawanku agak menarik jugak...walaupun tak semenarik 2012...
tapi kesimpulan hanya 13 entry je pada 2013... ?? huhu...sedih...







Just sharing....

Thursday, 5 September 2013

Bila harga carwash naik rm18

Haaa.......
Tu dia......
Tetiba kan.....slalunya rm15 je carwash & vacuum kat esso ttdi ni....
Tetiba dia naik jadik rm18...
Aku rasa sangat tak reasonable price yang depa letak....

Kuciwa punya pasal sebab harga mahai sangat...
Lantas cik zy pi aeon one utama beli set carwash....siap dgn sponge and chamois lagi...
tak cukup dengan itu...
Cik zy beli jugak windscreen wash ...
Huhu......
Baldi pon beli baru gak....
Kaler pink lagi....

Cuma vacuum utk kereta jer tak beli lagi....ermmmm...projek next month la jadinya....

Semangat membasuh kereta & berjimat cermat.....
Sesambil tu boleh kluarkan peluh...

Monday, 13 May 2013

DIY- pertama kali tukar paip di sinki

Entri ini ku kreditkan kepada kawanku yang bernama Khadijah Mohd Zulkifli kerana telah berkongsi ilmu dan memberi semangat dalam dunia DIY ni....nothing impossible ye ladies...!!!

Setelah hampir setahun paip sinki di rumahku bocor...baru hari ni terdapat semangat gigih nak cuba DIY ni.....

Gambar 1. Beli paip baru di kedai DIY kegemaran anda

Gambar 2. Sediakan tools sperti Spannar atau perengkuh paip dan tape putih


Gambar 3. Tutup bekalan air utama dengan menutup meter air yang terletak di luar rumah..Kemudian cabut paip lama mengguna spannar

Gambar 4. Tadaa.....dah tercabut.....tapi tapi tapi.....

Gambar 5. Ada sisa2 sambungan besi yg reput tertinggal dalam sambungan L tu.....

Gambar 6. Terpaksa la cik zy cabut sambungan L tu dan beli yang baru...


Gambar 7. Hasil tangkapan cik zy di kedai DIY tesco kota dmsara, yang berwarna keemasan tu...sambungan L yang lama yang warna kelabu tu......kat kedai DIY situ tak de jual sambungan L yang sesuai macam yang lama..jadi trpaksa beli 2 jenis sambungan paip..satu sambungan L san satu sambungan ke pangkal paip yang baru...sebelum bayar jangan lupa test dulu dekat sambungan pangkal paip yg baru dibeli....sebab takut tak sesuai....


Gambar 8 . Lilit dulu sambungan utama paip dengan tape putih dalam 6 kali lilitan atau mengikut kesesuaian...tujuannya agar penyambungan paip sempurna,tidak longgar dan tiada kebocoran di antara sambungan yang dibuat


Gambar 9 . Pasangkan pangkal sambungan L ....kemudian lilit lagi dengan tape putih di hujung yg satu lagi.....kali ni lilitan saya dalam 10 kali lilitan...


Gambar 10. Disebabkan hujung  sambungan L itu tidak sama/sesuai dengan sambungan paip yang baru dibeli...cik zy terpaksa memasang satu lagi sambungan perantara di antara sambungan L dan pangkal paip yang baru ...


Gambar 11. Pada paip baru  itu....cabut dulu segala bahagian yang boleh menghalang kerja2 pemasangan paip.....contohnya pelaras paip dan pemusing kepala paip....... kemudian lilit pangkal sambungan paip baru dgn tape putih sebanyak yang boleh agar muat utk kerja penyambungan

Gambar 12  dan 13. Pasang semula bahagian2 paip baru yg telah dicabut satu per satu  dan taraaaa....dah siap...











Thursday, 22 November 2012

Congratulating Me.. !!

On finishing my first 10 KM .....below 2 hours time (the exact chip time recorded is 1 hours 56 minutes)....@ penang Bridge International Marathon...

It was quite an achievement since i'm just a sightseeing runner a.k.a walker....

I remember few years back when i was instructed to run 1.5km.... i ran away...

But now miraculously i am capable of finishing a distance of 10 km ....and i even received a medal for that...... :)


Just sharing....

Tuesday, 7 August 2012

10 malam terakhir....


Hasil dari menghadiri kelas tafsir oleh dr. fatma zahra sabtu lalu, baruku jelas sedikit persepsi mengenai malam lailatuqadar dan betapa penting dan bertuahnya sesiapa yang telah mendapat fadhilatnya.......ia bukan hanya malam seribu satu malam di mana tandanya boleh dilihat melalui pokok-pokok tunduk , malam yang sunyi dan damai, pagi yg sejuk di hari keesokannya, trdengar suara2 ribuan malaikat berzikir dan sebagainya....ia adalah kita sebagai umat Islam untuk menggapai peluang yang julung-julung kali diberi oleh Allah untuk mendaftar nama lebih awal ke syurga-Nya.....mashaAllah....

Tak perlulah kita mengira malam genap ke malam ganjil ke..tapi yang paling bagusnya tingkatkan ibadat di 10 malam terakhir dan banyakkan doa dan taubat pada Ilahi...

Tapi kan...malam-malam terakhir nak dekat raya ni laa selalunya dugaan akan datang dalam diri kita dengan maha dasyat..dugaan persiapan  baju raya, kasut raya, tudung raya, sofa raya, langsir raya, kuih raya, rendang dan bermacam lagi yang lebih diutamakan....iye dak...??

Maka sangat rugilah kita yang lebih mementingkan persiapan raya daripada beribadat kepada-Nya untuk mencari tempat di syurga-Nya secara fasttrack di 10 hari terakhir ramadhan, walaupun dosa kita bertimbun-timbun tak terkira banyaknya insyaallah akan diampunkan semuanya dan digantikan dengan amal pahala jika mendapat fadhilat malam lailatullqadar..

nasihat untuk diri sendiri yg selalu akan sibuk menganyam ketupat di malam raya sedangkan pada malam itu lebih baik kita beribadat memohon syurga-Nya ...:)....insyaAllah

P/S: Saya bercita nak masuk syurga firdaus ..<3 :=":" p="p">



~~~~~ayat di bawah saya ambil dari note kawan saya Mastura Ahmad yang juga sama-sama menghadiri kelas pada hari tu~~~~~~~~~~~~~~



final 10 days of Ramadhan is coming! Lets ponder on our preparation to live up these nites. Allah will reserve our seats in Jannah if we do it full heartedly! Subhanalllah..how amazing :) These are the to do prep list:

(1) Ask forgiveness from everybody and forgive everybody too :)
(2) Stop the bad deeds and promise not to repeat it again..Taubat
(3) Take care of our aurat

(4) Give charity
(5) Pay Zakah
(6) Focus and table down our schedule specifically for the last 10 days

If possible, take days off from work, so we can stay awake at nite and have enough rest during the day. The whole purpose is : To Secure our Seats in Jannah! Why not eh.. :) Get ready with our multivitamins too!

Thanx Ustazah Fatma Az Zahra for making us understand the importance of the final 10days of Ramadhan :) Lets try our very best, May we be given strong body+mind+soul+iman to meet Lailatul Qadar..Insyaallah


Just sharing....

Saturday, 7 April 2012

Entri Malas

****Entri kali ni ku copy paste nota kawanku Huzaifah dari kelas aqidah Ustaz Abdullah Yasin  setiap Jumaat pukul 9 mlm (2 minggu skali) bersebelahan Masjid AlGufran TTDI***********




Kelas Aqidah (6 April 2012)


1. Beriman kepada Al-Quran
2. Membaca Al Quran
3. Memahami Al-Quran
4. Mengamalkan apa dalam Al-Quran
5. Menyebar atau mengajar mengenai Al-Quran kepada orang lain.




Zalikalkita bula wrabafi. 
Ayat 2 surah al baqarah. (2:2)
Maksudnya: kitab(alquran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yg bertakwa.


Baca al Quran itu ibadah walaupun x faham.
Setiap umat wajib belajar ilmu tajwid. Pelajaran tauhid membimbing kita kepada bacaan quran yg baik


Umat islam digalakkan membaca quran bila akhirat memberi petunjuk dan syafaat kpd kita


Nikmat islam kemanisan iman
1. Baca quran
2. Zikurrullah
3. Solat


Kalau kita x rasa salah satu nikmat ni. Maknanya pintu hati nya telah ditutup Allah. Bila zikir rasa resah, bila baca quran tak sabar, bila solat x khusyuk.


Bila seseorang itu rasa kemanisan iman (3 perkara)
1. Bila Allah dan Rasul dia cintai lebih dari segala galanya.
2. Bila dia berkawan semata mata kerana Allah.
3. Dia akan rasa benci kembali ke alam jahilnya seperti mana dia benci dilemparkan dalam api neraka.


Jika kita tak dapat rasa ketiga-tiga kemanisan ini, bimbang hati kita telah ditutup oleh Allah


Daripada Abu Umamah r.a katanya: Aku mendengar Rasullulah s.a.e bersabda. "Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebgai penolong kepada orang yang membacanya (hadis riwayat muslim)


Banyak org baca Quran tapi Quran melaknatnya sebab dia baca tapi tidak memahami dan mengikut apa yg ada dlm Quran


Sesiapa yg baca al-quran walaupun  tidak lancar dan susah bagi nya tapi dengan kesungguhan ganjarannya dua kali ganda.


Terjemahan: Daripada Aisyah r.a katanya: Telah bersabda Rasullullah s.a.w. Orang yang mahir membaca al-quran sedangkan dia mahir (fasih dan lancar) membacanya, maka ia bersama malaikat al-Kiram al-Baqarah. Dan orang yang membaca Al-Quran srdangkan ia tidak lancar membacanya dan berasa susah membacanya maka untuknya ganjaran pahala dua kali ganda.


Perbezaan kiraa vs tilawah


Kiraa- khas untuk benda bacaan lain. Bila baca tak semestinya kena ikut. Contoh buku, majalah atau suratkhabar


Tilawah-khas untuk baca alQuran sahaja. Bila baca kena ikut


Hiasilah rumah kamu dengan tilawah quran. Rumah yang dipenuhi dengan bacaan Quran, syaitan tak akan masuk. Baca Quran di rumah tidak akan mendatangkan riak. Lebih afdal baca Quran di rumah daripada di tempat lain.


Hadith
Terjemahan: Apa-apa yang tidak menjadikannya  sempurna suatu kebajikan melainkan dengannya maka ia hukumnya juga menjadi wajib.


Means: wajib belajar untuk mendapatkan solat yang sempurna. Wajib belajar tajwib untuk dapat bacaan Quran yang sempurna


Surah Al-baqarah 2:78


Terjemahan: Dan diantaran mereka ada yang buta huruf, tidaj mengetahui Al-Kitab (Tawrat) kecualu dengan dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga duga


Ayat 5 surah Al-jumu'ah
Terjemahan: Perumpamaan orang-orang yang diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keldai yang membawa kitab litab yang tebal. Sangat buruk perumpamaan kaum
Yang mendustakan ayat-ayat Allah. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.


Ayat At-tahrim (ayat 6 hingga 11) banyak pengajaran


Ayat As Saff: surah ke-61 (ayat 10 hingga 11)
Terjemahan: 
Wahai orang-orang yang beriman. Maukah kamu Aku tunjukkan perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (61:10)


Yaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui (61:11)


Surah Al Baqarah 2:147
Terjemahan: Kebenaran itu dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali (Muhammad)


Surah al Asr 103:1-3
Terjemahan:
Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran.


Umur 40 adalah umur matang. Umur paling yang kita perlu dekat pada Allah. Kalau x sedar pada umur ini amat susah lagi untuk diri berubah selepas lanjut umur.


Just sharing....

Wednesday, 4 April 2012

Motivasiku



Cantik kan medal-medal ni. Benda ni sekarang menjadi kegilaan ku....huhu....suka menatap rupa paras , reka bentuk dan ukiran-ukiran di atasnya...sentapp jap....huhuuuu......dulu masa sekolah sekolah tak reti nak kumpul piala & medal...almaklum kaki bangku....dah tua-tua baru sawan nak kumpul medal....heheheh

Nampak macam gempak je kan.....tapi tak gempak mana pon.....ada cerita best lagi kelakar disebalik ketiga-tiga medal ni........meh la aku stori....korang baca tau...tapi jangan gelak sebab tak kelakar....

yang medal tertulis 'FINISHER 27.11.2011' ku dapat semasa menyertai Desaparkcity Run... time ni dah la datang lambat....parking pon jauh denun.....sampai-sampai jer orang lain dah 1-2km berlari dah....erk..!!.....
kiterang pon apa lagi..akibat malu datang lambat...potong line laaa....hahaha ...potong di kilometer kedua....huhuuu....bukan nye lari pon...dok lenggang kangkung posing sana...posing sini..... pastu ternampak member ku sorang yg memang berlari dari starting line ....dengan muka yang penat dia pon tegur "wah terell korangg kejap je dah sampai sini .....muka ceria jer....tak berpeluh pon".... Kiterang jawab"Ehh...kitrang memang terel pon...."......... 
:) :):)....

Medal yang ada tulis Kidney tu pulak....ku dapat semasa Kidney run kat Dataran Merdeka.....time run ni tak tau la pasal pa asek nak ke toilet ajaaa geng-geng ku.......2 kali kami stop sebab nak gi masuk toilet.....huhuuu....muka masing -masing bila nampak toilet jer merupakan satu yang sangat heaven.....walau selepas dapat menunaikan hajat....tapi kami jalan masih lenggang kangkung lagi yer..... ku cuma berlari-lari anak pada 1 km terakhir jer....muehehehhehe.....

Medal yang paling hujung tuu ...ku dapat dari Brooks Half Marathon.....tercatatnya sejarah 4 orang budak telah membuat larian songsang ...a.k.a  lawan arus akibat terlewat sampai (LAGI...?!!)...orang yang jaga air siap buat komen dengan muka pelik bila kali pertama nampak kami datang dari arah bertentangan dengan peserta-peserta lain..."aikksssss ...kenapa lari terbalik???".......dan bila kami berpatah balik ke garisan penamat dan kali kedua kami lalu di tempat air yang sama....orang itu siap komen "Haiiiiiyaaaa korang main tipu yaa...." 
dan tercatat jugek sejarah dalam larian kami dapat minum air sebanyak 2 kali walaupun kami hanya masuk 5km larian jer (dalam 5km fun run standard cuma akan dapat sekali jer minum air yang disponsor oleh penaja pada masa larian)....lagi satu kenangan  Brooks Half Marathin ialah dapat merasa berlari atas trek Stadium Bukit Jalil yang sangat gah....rasa bangga jap....walaupun kami cuma lari pada 1km terakhir jer..... :)

Jom la kawan-kawan join saya mengumpul medal.....saya sekarang ni cuma akan join larian yang jarak nyer seminima mungkin tapi ada Finisher Medal......kiterang bukan lari kaw-kaw pon....just buat fast walk & lari-lari anak jer...janji keluar peluh....

Next Event yang ada Finisher Medal
1. Energizer Nite Run.... 5 KM
2. CK Charity Run....5.5KM
3. MCS Fun Run ...3KM
4. NTV7 Feel Good Run...7KM

sapa nak join boleh register di :

JOM JOM JOM....



Just sharing....

si procrastinator

Cik Zy adalah seorang procrastinator yang maha hebat.....
paling suka mendahulukan perkara-perkara yang best dalam hidup daripada perkara-perkara yang penting...
especially barang best yang dinamakan tidur dan berangan-rangan.......
bila time pagi laa paling hebat penyakit procrastinate ni menyerang....

daripada tidur dari bangun....tidur lagi best kan....muehehehe
daripada mandi dengan berangan dalam bilik air.....berangan lagi best kan....hihiihii
daripada gosok baju daripada berangan-rangan depan cermin ngadap muka...lagi best dok depan cermin kan... :)
daripada pergi bersenam daripada melepak depan fb & depan tv ..of koz bersenam paling tak syiok... huhuuuuu...
daripada pegi kelas daripada melapaking....mm agak2 mana yg best......? paham sindri jer la.....

dan hormon procrastinate ku sangat la tinggi sejak dua menjak ni.....
datang keje setengah jam lewat....
gi kelas pon setengah jam lewat....
pergi appointment pon confirm lewat punye....
nak masuk tidor pon dia buat perangai procrastinate gak....
nak update blog pon tak terbuat-buat....sebulan lebih dah kena abai blog ni,,,
haiiyaaa.....

my penyakit ni memang dah lama dah melanda...
zaman sekolah dolu-dolu dah ada dah...
selalu lah kena denda cuci tandas sebab datang lambat kat sekolah....
kenangan manis okeehhh tuu.....huhu...
tapi ada gak kenangan pahit...
pernah gaduh ngan kawan sekuliah pasal si drebar cik zy selalu bangun and ziap lambat,,,
my roomie dat time mwajuk sampai kluar bilik....hihuheuhuauaaa....
tapi skrang dah okie dah...

last year ada beli buku camana nak ubat penyakit procrastinate ni....
x terbaca until awal tahun ni terbuka pintu hati nak baca...
so cik zy letak la dulu dalam handbag....
tapi malangnya ku diragut plak.....buku tu pon dibawak lari oleh si parampokk...
agaknya si parampok tu pon ada penyakit procrastinate cam cik zy tu pasal dia ragut handbag ku kot....
huhuuuu....
takdak rezeki nak baca buku tuuu....uhukkss.s....

mmmmmm cik zy tulis enti ni sebab cik zy nak cuba sikit-sikit kurang kan perangai buruk ni....
aja-aja fightings...!!!!




Just sharing....

Wednesday, 7 March 2012

akhirnya saya berjumpa juga dengan mereka

Sejak saya di diagnos ada anxiety disorder a.k.a bahasa tak bestnya mental disorder beberapa tahun lepas...
saya selalu tercari-cari geng atau kawan-kawan yang senasib dengan saya...
yang boleh open minded dan berkongsi masalah dia dengan saya...
sebab saya rasa hanya orang-orang yang pernah mengalaminya saja yang tahu macamana rasanya bila ada penyakit ini....
ia memang amat sukar di fahami.... ecehhh

beberapa bulan lepas...bulan January tak salah saya....(ya puan-puan cerita ni dah agak basi tapi saya baru nak post kat sini)
saya pergi ke FRIM untuk sesi membakar lemak di sana bersama beberapa teman gegirl saya....
semasa proses membakar lemak tepu berada di tahap maxima semasa mendaki puncak bukit di FRIM...
tetibe tercatat sejarah yang memang dah lama saya tunggu....
semasa berborak sambil mendaki itu....terbongkar lah rahsia yang 2 orang kawan daripada 7 yang pergi mendaki pernah mempunyai masalah mental....
walaupun berlainan jenis tapi berada di bawah payung yang sama iaitu mental disorder....
yang sorang ni ada depression & emotional dependancy...pernah masuk wad sebab ada suicidal thought... kawan saya ni kerja PTD okeeehhh....
yang sorang lagi ada Dysthymia (kronik depression) & obesessive compulsive disorder....dia ni paling kesian...seorang pharmacist tapi sedang bercuti setahun kerana penyakit yang di alaminya....
saya dah syak sebenarnya kawan saya yg sorang ni ada 'penyakit' ...tapi saya diamkan saja....
akhirnya rahsia terbongkar....tatkala membakar lemak.... hehehehhehe
2 orang kawan saya ni kes nya lagi teruk dari saya .. (graf yang dicipta sendiri oleh cik zy...)
dan saya bersyukur bila berjumpa mereka....
dan sejak dari hari itu... kami ber3 selalu mengadakan sesi luahan perasaan khas untuk kami yang berpenyakit ini....sambil melepak makan char kuey tiow chord yang sendap kat sungai penchala....
sebab hanya kami saja yang memahami apa yg dirasa..




Just sharing....

Monday, 13 February 2012

Bila yang dirancang tak menjadi

Selalunya manusia bila yang dirancang itu tak menjadi pasti ada rasa marah & kecewa..
Sama lah macam saya.....saya pon memang manusia biasa pon...
Jadi apabila benda yang saya rancang dari bulan Januari lagi sampai ke Februari tak menjadi-jadi...
Saya pon jadi marah & kecewa pada mulanya...
Dan bila kita rasa marah & kecewa ...automatik diri akan jadi penat...
bila kepenatan dah reda...baru la fikiran kita tenang dan merancang untuk rancangan yang seterusnya aga 2benda yang dirancang menjadi kenyataan...


Benda yang dirancang : Mahu renew passport
Kenapa tak berjaya: dua kali pergi pejabat Imigresen nombor dah habis...mula tu pkul 11 pg lepas tu pkul 930 pg
rancangan seterusnya: sabtu depan pkul 7:30 am nak terpacak depan pejabat imigresen amek nombor :)


Just sharing....

Sunday, 18 December 2011

my blue black toe nail...

It was a tough challenge for me.at Malakoff Run..as the route has  uphill and  downhill  slope... huaarrghhh...next time i won't participate this route again..!!! i get a blue black toe nail after the race....




Just sharing....

Friday, 21 October 2011

berapa banyak kali mau amek exam daaa...

My second attempt amek fund management license...Failed....!!
Saya study tawww...sampai tak tido malam.....
tapi formula2 yang saya dok hafal2 bersungguh2 tak keluar pon...
formula pelik2 pulak  keluar..formula  pelik tu maknanya formula2 yang saya tak sempat nak khatam ...huhu
suruh kira information ratio laa....asset allocation spread laa.....stock selection spread la...
hahhh..? ape itu?? hanya mampu nganga dan klik mana yang saya rasa sedap je  jawapannya ..
ada jugak formula time weighted rate return keluar....saya hafal tuuu.....
tapikan ntah macam mana boleh saya terbalik kan nilai-nilai open value dengan close value....huhuu...
tu pasal kira  punya kira tak dapat-dapat jawapannya...
soalan pasal call option dan put option banyak jugak keluar....tapi masa study saya tak fokus plak benda ni
saya selak-selak jer notes pasal option tu....sebab pening kepala dok tengok penerangan pasal obligations..

aduyaii..masa saya jadi student dulu tak pernah dalam sejarah amek exam sebanyak ni...
30 je soalan ...tapi 16 jer betol....kalau nak lulus kena betul 18 soalan...
tapi ok la tu....first attempt saya hanyak dapat 8 markah jer....mueheheheh

target saya bulan December mau reseat......dan mau lulus jugakkk....!!

Jia you Cik Zy...



Just sharing....

Sunday, 16 October 2011

My Oat Challenge

Last month i did my annual medical check-up just for the purpose to get a tax rebate...hehehe...
shockingly my cholesterol level is high... the reading is 5.0...normal is 4.0..
panicky i became...then i started to motivate myself for My Oat Challenge...
it will go for 3 months ...and i will do blood test again to see if this challenge works.....

i don't like oat actually, and that's why my previous oat challenge (which was about 3 years ago failed...) which i end up throwing the expired oat into the bin...

but now i have found a new kind of way of cooking the oat...that makes me want to eat more oats...hehehe

and it goes like this

boiled minced meat/chicken in water together with 'rempah sup' or 'rempah kurma' or 'rempah kari' to make it tastier...
add mixed veggie or diced tomatoes or any veggie that u like...
a little olive oil...
Chilly paddy <-- dunno if i spelled it correctly .... to make it HOOOTT...
dices shallot & garlic ..
salt and pepper
and lastly add THE OAT....
u can also add a zest of lemon or lime for better taste....

TARAAAAA..!!!



it doesn't look sooo tempting right..? but i like it..ahakk ahakk..






Just sharing....

Wednesday, 12 October 2011

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2011

Tadi semasa di ofis baruku sedar tahun ni aku belum post apa2 entri pasal hari kesihatan mental sedunia 2011...
Pada hal tahun2 sebelumnya pada tarikh 10 Oktober ..2009 & 2010 aku pasti akan poskan sesuatu mengenai Hari Kesihatan Mental Sedunia..

Aku belum berkesempatan menanyakan pakcik Google apa tema pada tahun ni...
bukan sebab aku busy dengan kerja ....tapi aku buat-buat busy je depan bos ku...huhuuu...pandaikan Cik Zy berlakon...
Cuma fikiran aku aja agak busy berfikir sejak 2 menjak ni....
especially selepas peristiwa Audrey reception... otak ku agak ligat berfikir tentang hati dan perasaan yg tengah melanda...
mmmmmmm tak perlu cerita lanjut tentang hati dan perasaan aku.... karang kena sakit mental plak heheheh..
its all in your mind only....so lets move on...and see whatever have installed for me in the future...
lebihkan bertindak dari berfikir yang bukan-bukan ...tak giteeeww ??

so marilah kite sama-sama hayati video klip di bawah ni....
how i wish to be like him....full of love, care and affection....
tapi mentalku belum segagah ini.... untuk mengikut jejak langkah sebegini....


'food will give physical nutrition while love give them mental nutrition....see the joy of giving.....'








Just sharing....

Thursday, 29 September 2011

Sekali sekala kena ikut kata hati

Kali ni saya mahu ikut kata hati saya....
tak perlu banyak berfikir dah
sila lakukannya seperti yang dikatakan oleh hati..
Supaya yang kurang jelas boleh menjadi jelas...
waima apa pon penjelasan itu..
perlu terima dengan hati terbuka....
Ye dakk ????


Just sharing....