Salam,,
Saya rasa bahang aidilfitri dah semakin kurang hangatnya sekarang...
Hari ini sudah 11 Syawal kalau tak salah pengiraan saya....
Tapi masih ada lagi orang2 yang masih semangat Raya..
Contohnya kedai runcit dan kedai makan di tempat saya bekerja ini...
Masih lagi pintu tertutup dan gelap gulita....
Disebabkan itunya satu2 kedai makan kat ofis...
makanya bagi orang2 yang malas nak drive makan kat luar...
hanya tapau makan makanan dari rumah saja la jawabnya...
dan oleh kerana nak tapau dari rumah maka saya pun kenalah masak untuk lauk pauk dan nasi yang hendak ditapaukan..
terpaksalah merajinkan diri dalam minggu ni....
oleh itu tiap2 malam saya akan masak lauk2 yang simple aja...
macam sardin.... cara masak yang sungguh simple....hanya ambil masa dalam 20 minit dah siap....
Huhuhuuuu.....tapi pada satu hari yang bertuah ni....
Lauk sardin yang simple ini telah bertukar jadi susah lagi melecehkan yang amat dasyat...
Bukan salah lauk sardin iteewww..
tapi sila salahkan si tukang masak yang bernama Cik Zy...
Semasa Si tukang masak ini hendak membuka tin sardin....
Cik Zy ini telah tak semena-mena menggunakan full force of energy untuk buka penutup tin sardin...
Akibatnyaaa......habeeessss satu dapur rumah Cik Zy terpercik tomato sos sardin....
Atas bekas gula ada sos sardin...atass pinggan adaa sos sardin....atas sudu , atas kuali, atas lesung batu...kat dinding...kat lantai.... kat tempat letak pinggan mangkuk basah....
Aduyaiiii....dari 20 minit terusss jadik satu jam kat dapur tu...
lagi 40 minit dihabiskan dengan mengelap benda-benda yang dah tercemar dengan sos sardin itu......
fuhhh fenatttt
Just sharing....
No comments:
Post a Comment