Monday 14 December 2015

Tanam turnip...tuai turnip....makan turnip...

Kegilaan ku suka ber eksperimentasi tanam sayur-sayuran ni telah menyebabkan aku ter pergi ke website www.mylestaryseeds.com.my . 

Kat website ni banyak benih yang rare dan kebanyakannya benih obersea mari. Cubaan ku menyemai benih yang dibeli dari  mylestary seed setakat ni 70% menjadi, cuma saiznya takde la segebu tanaman di tempat sejuk...tapi bolehlah  nak dibuat makan untuk famili kecikku.


Yang paling ku rasa macam best sekali ialah eksperimenku menanam turnip... turnip jenis white globe... aku terasa ingin mencuba tanam turnip bila kagum dengan khasiat yg terdapat pada turnip....bukan saja ubinya boleh makan....daunnya juga boleh dimakan. Antara kandungan nutriennya adalah asid folik, vitamin c, vitamin A, vitamin B, vitamin E, vitamin K, kalsium, mangan dan banyak lagi.

Turnip ku tanam kat bawah bumbung tapi masih terima cahaya matahari. Pokok-pokok turnip yang ku tanam di tempat yang banyak terkena tempias hujan lebat kurang menjadi, tapi yg kurang terkena tempias hujan lebat alhamdulillah terbentuk ubinya. Aku rasa la kan turnip ni kurang gemar tempat banyak air ni.

Ubi turnip ku tuai dan ku potong empat untuk gantikan kentang dalam masak lomak cili padi, kena tunggu lama sikit daripada kentang untuk empuk. Daun turnip pulak ku masak tumis air je.

Jom layan gambar..
















Just sharing....