Tuesday 20 January 2015

Senangnya tanam pokok bendi a.k.a okra a.k.a lady's finger

Hati berbunga ria bila pokok yang disemai  dari sekecil kecil biji benih telah   membesar bagai johan raja lawak dan  mengeluarkan hasil yang riang ria.

SERIUS....aku sangatlah rekomen tanam pokok bendi bagi sesiapa yang baru hendak berjinak jinak dengan hobi berkebun. Sebab tak leceh menjaganya. Cuma  semai benih.....tunggu semaian mengeluarkan 1 @  2 set daun sebenar...kemudian ku alih ke dalam  polibeg  bersaiz sederhana....ku letak 2 pokok dalam satu polibeg tu....hehehe......kemudian biarkan dia membesar sendiri......tapi jangan lupa siram air tiap tiap hari pulak.....dan  membaja ala kadar...... dalam masa dua bulan dah mula berbunga dan berbuah...... serangga perosak memang jarang menyerang pokok bendi.. tu yang aku suka sangat....

Aku beli benih bendi dari blog Diari Petani dalam bulan Oktober 2014. Dan aku juga sangat rekomen kat korang beli benih dari Diari Petani ni, sebab dah banyak tempat aku beli benih dan yang aku paling berpuashati beli benih dari blog Diari Petani dan juga benih jenama Green World yang boleh didapati di pasaraya pasaraya Tesco, Aeon etc atau di nurseri. Ini kerana benih benih dari mereka ni mempunyai peratusan cambahanya yang tinggi walaupun kita ni hanyalah pekebun main main kat rumah je.

Baru baru ni ada keluar berita mengatakan harga bendi dah naik sebab kekurangan bekalan....pelik jugak la.... sebab aku rasa senang je nak tanam bendi ni... tak perlu tunggu lama untuk merasa hasilnya...  lepas berbunga dalam masa 4-5 hari je buah bendi sudah besar dan boleh di tuai... huhu...bila selalu tuai makin galak jugak dia berbunga dan berbuah....


JOM layan gamborr sekeping yuk !!










Just sharing....