Saturday 22 November 2014

Anggun Ayu Spa - promosi november & disember 2014






Huwaaaa..! Baru je sehari menjejak kaki kembali ke KL dari Melaka.....handphone ku terima  whatsapp mengenai promosi di Anggun Ayu Spa... Kalau ku tau pasal promo ni masa kat Melaka kan syiok...konpem pegi buat massage kat sini...
Pakej bali full body massage + lemon face refreshing rm90 tu sangat tempting hookkkehh..rasa  macam esok je nak balik Melaka semata-mata nak buat spa.










Just sharing....

Friday 21 November 2014

Kudap kudapan ~ nugget ikan homemade





Ini adalah kudapan favourite ku sejak dua  ni..daripada melihat gambar di atas tu, korang dah  rasa sedap tak fish nugget homemade ni?
Sedap....wa cakap lu...kalah fish manhattan dan fish & co.....

Belum cuba belum tau ye...

Meh saya bagi resepi....tu pun kalau nak la.

Bahan-bahan
1. Ikan  dory fillet frozen yang dibeli dari tesco.
2. Tepung goreng serbaguna adabi
3. Minyak untuk menggoreng.

Ini bahan basic....dah ada tiga bahan ini pun cukup. Tapi untuk jadikan lebih kick saya tambah serbuk lada hitam, serbuk lada putih, McCormick mixed herbs, sedikit tepung gandum , sedikit tepung jagung dan garam pada tepung goreng serbaguna  adabi tu kemudian digaul rata.

Tapi kalau korang nak improvise kaw kaw...boleh la tambah serbuk kari ke...rempah sup ke.........rempah briyani ke......opppss......lelebih plak.... jangan  lelebih sangat karang terlebih rasa rempah dari rasa ikan.

Cara masak.
1. Defrost ikan dory kemudian toskan airnya.
2. Perah sebiji limau nipis ke atas ikan dory.
3. Potong kecil ikan dory sesedap saiz.
4.  Salut dan gaul rata ikan dory dengan campuran tepung serbaguna adabi.
5. Goreng di dalam minyak yang cukup panas sehingga garing.

Siap...enak dimakan begitu saja.




Just sharing....

Thursday 20 November 2014

Ini kisahku ~ claim tune insure

Ni saya nak cerita..
Cerita pengajaran bagi saya..
Dalam hal hendak claim insurans...
Especially bab travel insurance ni...

Pernah juga saya claim insurans sebelum ni..
Pernah claim dari personal accident maybank.... tak de la serius mana accident tu...terpelecuk je...prosesnya senang...cuma bagi resit dan medical report serta isi borang claim...dalam masa sebulan dah dapat duit...tak banyak songeh pun.

Tapi.....
Baru-baru ni saya tak berapa sihat...
maknanya saya tak dapat travel naik flight  ni.....ada bisul yang agak besar tumbuh di tempat yang sensitif 3-4 hari  sebelum fly....
Saya rasa tak selesa la kan nak travel ..

Mula mula tu....selepas tak naik flight ... tak terfikir pula nak claim claim ni...sebab x pi jumpa doctor pun....
Selepas beberapa hari...Tetiba bisul tu pecah la pulak kan...berdarah...dan baru la terhegeh nak jumpa doktor...
Doktor picit picit nanah dan darah bagi keluar.....dah berlubang kecik kat situ bila dah habis darah dan nanah keluar...euww..

Selepas tu datang pulak idea nak claim / refund tiket flight yang saya tak dapat naik tu....maka saya bertanya doktor  untuk dapatkan medical letter mengenai penyakit saya ni yang menyebabkan saya tak naik flight....keesokannya medical letter tu siap....

Maka bermulanya cobaan saya untuk claim dari Tune Insurance...
Untuk pengetahuan kita boleh online claim...
Sangat mudah....


Website untuk online claim


Setelah key in no policy yang kita terima melalui email setelah kita purchase travel insurance melalui website Air Asia, online claim form akan dipaparkan. Semua dokumen yang  di kehendaki seperti medical letter &   booking itinerary boleh di upload dalam online claim
Hampir 2 bulan jugak baru ada response dari  Tune insurance ni....malangnya permohonan claim saya tak berjaya......dengan alasan tarikh medical letter tu selepas tarikh travel date saya . Sikit punya hal tak dapat claim?


Adoi.Adoi...sakit hati gak ok....

Sekarang ni saya tengah coba nak claim airport tax..yang dalam rm100 lebih jugak harganya. Tapi kali ni saya kena berurusan dengan  customer service AirAsia...bukan Tune Insurance...

Saya buat complaint untuk tuntut airport tax kat sini...

Ask AirAsia eForm




Dah 3-4 hari dah....tapi tak ada lagi khabar berita.......semoga dapat la claim ...Airport tax pun jadilah...




Just sharing....

Monday 3 November 2014

Fillet ikan dory & daun selasih

Sejak ku ketemu hobi bercucuk tanam....
Otak ku sentiasa ligat berfikiran resepi apa yang sesuai di masak dengan pokok-pokok yang ditanam di kebun sekangkang kucing ku ini...

Semalam berjaya menyambar 3 keping fillet ikan dory frozen dari tesco dengan harga RM 5.99. Saya bercadang nak masak grill dalam kertas aluminium. Selalunya ikan tu saya perap dengan McCormick's Mixed herbs...tapi rasa macam dah jemu pulak.....

Makanya....saya pon pergi la ke kebun saya tu mencari idea bahan perapan.
Hasilnya...saya telah mengutip daun selasih dan daun sweet basil. Kemudian saya tumbuk daun-daun ni dengan bawang putih kemudian ditambah sedikit olive oil dan sedikit pati ikan bilis sebagai bahan perapan.

Sedap jugak idea dari  kebunku ini.

Inilah dia idea dari kebun...ikan dory grill dimakan bersama salad yg dipetik dari kebun juga



Ps...abaikan kalau rasa bahasa saya entah apa apa...  tengah sakitnya hati menaip blog guna handphone huawei nii....bengong...




Just sharing...