Friday 24 May 2013

Permit Pembantu Rumah Asing

Semalam bila berkesempatan M.C sebab diserang batuk dan selsema yg agak teruk kerana allergik akibat cuaca yg  tak menentu sekarang ni Cik Zy pun  bukak la balik file permohonan permit pembantu rumah asing yg telah Cik Zy submit di Imigesen Putrajaya pada bulan Disember 2012.
Dah 5 bulan baru terhegeh nak check status permohonan sedangkan kalau ikutkan standard prosedur imigresen sebulan selepas submit borang permohanan tu keputusan dah pon keluar.....(sila jangan tiru macam Cik Zy.....)

Untuk check status permohonan boleh rujuk website ni https://eservices.imi.gov.my/myimms/PRAStatus

Kenapa ada dua rekod eh...? Haa.... sebab sebelum Kak Fin datang kerja kat rumah..Cik Zy ada buat permit untuk pembantu sebelum ni iaitu Kak Nurial...tapi dulu ada agent yang uruskan permit Kak Nurial....disebabkan gaji Cik Zy bawah rm10000 maka hanya layak ambil satu je pembantu rumah oleh sebab tu Cik Zy kena batalkan dulu permit Kak Nurial dengan bayar denda sita RM250 dan buat laporan polis  dulu barulah boleh proceed buat permohonanan permit untuk Kak Fin pula...

Alhamdulillah ... permohonan permit untuk kak Fin dah diluluskan..... lepas dapat tau keputusan ini terus dgn gigih cik Zy  pergi ke Imigresen Jalan Duta untuk bertanyakan prosedur seterusnya....
(untuk pengetahuan u olss.....hanya pada peringkat pertama iaitu masa nak submit borang permohonan permit/pas kerja sementara hanya boleh buat di Imigresen Putrajaya.... tapi prosedur-prosedur seterusnya boleh dibuat di mana2 cawangan imigresen yang ada perkhidmatan bahagian pembantu rumah asing)

Sampai di sana....terus ke level 2 di bahagian pembantu rumah.....Tak sampai beberapa minit terus cik Zy dapat surat Permohonan Pas Lawatan Kerja Sementara yang mengandungi maklumat bayaran-bayaran yang perlu dibuat (dalam RM1100 la jugak kena bayar...hohoho) dan juga penerangan prosedur seterusnya....haaaaa sekarang lepas ni apa yg perlu dibuat is Cik Zy kena pi Fomema KL branch untuk register Kak Fin punye medical checkup....tapi sebelum tu kena singgah dulu bank untuk buat bank deraf RM190 untuk dibayar kepada fomema.....huhu...insyaAllah benda ni semua Cik Zy plan pada 28 May ini....dah siap2 amek cuti.....huhu....semoga berjaya ...!!


Registration procedures at Fomema



Sebelum mengakhiri entri pada hari ni....CIk Zy nak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tuan punye blog http://aweng-mamaglam.blogspot.com kerana sangat membantu dalam mendapatkan info-info mengenai permohonan pembantu rumah asing ni.....korang boleh terjah entri ni jika nak tau lebih lanjut.....

Klik sini untuk Prosedur pengambilan PRA - bahagian pertama

Klik sini untuk Prosedur pengambilan PRA - bahagian kedua

Klik sini untuk prosedur memperbaharui pas lawatan sosial tahun kedua

other related post...

~ Itsy Bitsy Itchy Typie Hand~: Permit oh permit
~ Itsy Bitsy Itchy Typie Hand~: Permit maid dah expired !!


Just sharing..

Monday 13 May 2013

DIY- pertama kali tukar paip di sinki

Entri ini ku kreditkan kepada kawanku yang bernama Khadijah Mohd Zulkifli kerana telah berkongsi ilmu dan memberi semangat dalam dunia DIY ni....nothing impossible ye ladies...!!!

Setelah hampir setahun paip sinki di rumahku bocor...baru hari ni terdapat semangat gigih nak cuba DIY ni.....

Gambar 1. Beli paip baru di kedai DIY kegemaran anda

Gambar 2. Sediakan tools sperti Spannar atau perengkuh paip dan tape putih


Gambar 3. Tutup bekalan air utama dengan menutup meter air yang terletak di luar rumah..Kemudian cabut paip lama mengguna spannar

Gambar 4. Tadaa.....dah tercabut.....tapi tapi tapi.....

Gambar 5. Ada sisa2 sambungan besi yg reput tertinggal dalam sambungan L tu.....

Gambar 6. Terpaksa la cik zy cabut sambungan L tu dan beli yang baru...


Gambar 7. Hasil tangkapan cik zy di kedai DIY tesco kota dmsara, yang berwarna keemasan tu...sambungan L yang lama yang warna kelabu tu......kat kedai DIY situ tak de jual sambungan L yang sesuai macam yang lama..jadi trpaksa beli 2 jenis sambungan paip..satu sambungan L san satu sambungan ke pangkal paip yang baru...sebelum bayar jangan lupa test dulu dekat sambungan pangkal paip yg baru dibeli....sebab takut tak sesuai....


Gambar 8 . Lilit dulu sambungan utama paip dengan tape putih dalam 6 kali lilitan atau mengikut kesesuaian...tujuannya agar penyambungan paip sempurna,tidak longgar dan tiada kebocoran di antara sambungan yang dibuat


Gambar 9 . Pasangkan pangkal sambungan L ....kemudian lilit lagi dengan tape putih di hujung yg satu lagi.....kali ni lilitan saya dalam 10 kali lilitan...


Gambar 10. Disebabkan hujung  sambungan L itu tidak sama/sesuai dengan sambungan paip yang baru dibeli...cik zy terpaksa memasang satu lagi sambungan perantara di antara sambungan L dan pangkal paip yang baru ...


Gambar 11. Pada paip baru  itu....cabut dulu segala bahagian yang boleh menghalang kerja2 pemasangan paip.....contohnya pelaras paip dan pemusing kepala paip....... kemudian lilit pangkal sambungan paip baru dgn tape putih sebanyak yang boleh agar muat utk kerja penyambungan

Gambar 12  dan 13. Pasang semula bahagian2 paip baru yg telah dicabut satu per satu  dan taraaaa....dah siap...